Innovation and Commercialisation Centre UUM

Innovation and Commercialisation Centre UUM ICCUUM is a reference centre and a model for university's innovation and development especially for commercialization and intellectual property (IP).

01/01/2024
SINTOK, 5 Disember 2023: Sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan menyelaras hal...
05/12/2023

SINTOK, 5 Disember 2023: Sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan menyelaras hal ehwal berkaitan harta intelek milik universiti, permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) semalam mengukuhkan lagi hasrat universiti untuk membantu para penyelidik di samping mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Majlis berkenaan yang berlangsung secara maya disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd F**d Sakdan dan Ketua Pengarah MyIPO, Kamal Kormin.

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) UUM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap segala usaha yang dilaksanakan sehingga MoU ini berjaya dimeterai.

https://uumtoday.com/news/perbadanan-harta-intelek-sedia-bantu-uum/

ICC IP TALK: JOM CAKNA HARTA INTELEKUUM Online: Unit Pengurusan Harta Intelek, Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), ...
25/01/2022

ICC IP TALK: JOM CAKNA HARTA INTELEK

UUM Online: Unit Pengurusan Harta Intelek, Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan ICC IP Talk : Jam Cakna harta Intelek secara dalam talian baru-baru ini.

Webinar yang berlangsung selama dua (2) jam ini disampaikan oleh Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Zon Utara iaitu Encik Mohd Radhi Ahmad. Dalam perkongsian beliau, Encik Mohd Radhi menerangkan jenis-jenis harta intelek secara umum dan memfokuskan kepada harta intelek kategori paten. Beliau memberi pendedahan tentang bentuk-bentuk reka cipta yang boleh dipatenkan, syarat-syarat kebolehpatenan sesuatu reka cipta dan panduan bagaimana untuk menggunakan maklumat dalam carian paten dalam membantu sesuatu usaha inovasi yang sedang dijalankan. Di samping itu, Encik Mohd Radhi turut berkongsi tentang harta intelek kategori cap dagangan. Encik Mohd Radhi juga menyatakan bahawa program yang dianjurkan oleh ICC ini bersesuaian dengan program mingguan yang dianjurkan oleh MyIPO.

Hampir 100 orang peserta menghadiri program ini yang turut mendapat sambutan di kalangan pensyarah Kolej Komuniti Bandar Darulaman, pensyarah UiTM Cawangan Merbok, pegawai Undang-Undang Universiti Awam, staf dan pelajar UUM sendiri daripada pelbagai bidang untuk mendapatkan penerangan tentang harta intelek.

Peserta program turut memanfaatkan sesi soal-jawab dengan mengutarakan pelbagai persoalan berkaitan harta intelek terutamanya yang berkaitan dengan paten termasuklah panduan untuk mengenal pasti jenis-jenis harta intelek selain paten, prosedur permohonan harta intelek dan potensi kebolehpatenan sesuatu produk atau hasil inovasi yang dibangunkan oleh penyelidik.

“Program ini juga merupakan pengisian yang bermakna kepada warga UUM kerana dapat memberi pendedahan dalam pengurusan harta intelek hasil penyelidikan pensyarah,” ujar Timbalan Pengarah ICC, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohamed selaku moderator program tersebut. Habis.

Tahniah Yang Berusaha Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia...
19/01/2022

Tahniah Yang Berusaha Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkuat kuasa 17 Januari 2022

ICC IP Talk: Jom Cakna Harta IntelekTarikh: 13 Januari 2022Masa: 10.00 Pagi
09/01/2022

ICC IP Talk: Jom Cakna Harta Intelek
Tarikh: 13 Januari 2022
Masa: 10.00 Pagi

SIGG 2021 Award Announcement
07/11/2021

SIGG 2021 Award Announcement

Happy Diwali
03/11/2021

Happy Diwali

Assalammuailaikum dan Salam Sejahtera📣📣PELANJUTAN TARIKH TUTUP: PENAWARAN GERAN PRA-PENGKOMERSIALAN (INOVASI DIGITAL)📣📣S...
26/09/2021

Assalammuailaikum dan Salam Sejahtera

📣📣PELANJUTAN TARIKH TUTUP: PENAWARAN GERAN PRA-PENGKOMERSIALAN (INOVASI DIGITAL)📣📣

Sukacita dimaklumkan Pusat Inovasi dan Pengkomersialan menawarkan geran pra-pengkomersialan (Inovasi Digital) untuk dimohon oleh para penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM).

Antara objektif geran ini ditawarkan adalah untuk membantu perekacipta membangunkan produk/servis yang sedia ada dalam bentuk digital dan mampu untuk dikomersialkan.

Bagi para penyelidik yang berminat bolehlah memohon

⏳Tarikh tutup permohonan: 9 Oktober 2021⏰
Pautan Borang permohonan: http://inovasi.uum.edu.my/index.php/blog-with-left-sidebar/innovation-fund/geran-pra-pengkomersialan-inovasi-digital

Sekian, terima kasih.

_ Pusat Inovasi dan Pengkomersialan _



Selamat Menyambut Hari Malaysia
16/09/2021

Selamat Menyambut Hari Malaysia

SESI PENGAUDITAN KUALITI ISO 9001:2015 SESI 2021 PUSAT INOVASI DAN PENGKOMERSIALANUUM ONLINE:  Sesi pengauditan kualiti ...
12/09/2021

SESI PENGAUDITAN KUALITI ISO 9001:2015 SESI 2021 PUSAT INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN

UUM ONLINE: Sesi pengauditan kualiti ISO 9001:2015 telah diadakan di Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) pada 6 September 2021 yang lalu.

Sesi pengauditan yang diketuai oleh Dr. Azmi bin Mat dari Jabatan Keselamatan dan dibantu oleh Dr. Marini Kasim dari Pusat Pengajian Pendidikan, Encik Nik Kamarul Anuar Abdullah dari Akademi Golf Nasional dan Puan Syazwani Daud daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik, dilaksanakan secara dalam talian.

Pasukan juruaudit mengadakan temu bual bersama staf ICC bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan tentang proses kerja di ICC. Di samping itu, pasukan juruaudit juga telah mengkaji dan membuat semakan dokumen yang telah dimuat naik ke dalam Google Drive yang disediakan.

Proses pengauditan ini berjalan lancar dengan disertai oleh semua staf ICC. Pengarah ICC iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar telah memulakan sesi pengauditan ini dengan ucapan aluan pembukaan bagi mengalu-alukan pasukan juruaudit. Seterusnya, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar membentangkan latar belakang ICC, misi, visi, piagam pelanggan dan unit-unit di ICC.

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Innovation and Commercialisation Centre UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Innovation and Commercialisation Centre UUM:

Share