NOR AKMAL MASOR

  • Home
  • NOR AKMAL MASOR

NOR AKMAL MASOR KEPAKARAN SAYA ADALAH MEMBANTU ANDA MELENGKAPKAN
PORTFOLIO KEWANGAN ANDA
MENJADI LEBIH SEIMBANG DA

DAH ISI E-FILLING 2023 KE BELUM TU ??๐ŸคญCik Mal perasan, ramai klien PruBSN Takaful yang masih KELIRU macam mana cara nak ...
18/03/2024

DAH ISI E-FILLING 2023 KE BELUM TU ??๐Ÿคญ

Cik Mal perasan, ramai klien PruBSN Takaful yang masih KELIRU macam mana cara nak baca Penyata Sumbangan Takaful Keluarga yang dikeluarkan oleh syarikat PruBSN..

Ok, sebelum korang isi e-Filling bahagian Pengecualian Cukai bagi insurans Nyawa, Perubatan dan Pendidikan..
Korang kena download dulu penyata sumbangan takaful ni tau..

Nak download dekat mane??
--> dkt portal klien PruBSN Touch boleh
--> minta tlg ejen download kan pun boleh
Utk pelepasan cukai bagi insurans NYAWA
--> max blh claim yg dibenarkan LHDN sehingga RM 3,000
--> โ boleh claim atas polisi diri sendiri dan pasangan
--> dalam penyata tahunan takaful yg dikeluarkan oleh PruBSN Takaful, ambil nilai yg dekat "Basic Family Takaful Contribution"
Utk pelepasan cukai insurans PERUBATAN DAN PENDIDIKAN
--> max blh claim yg dibenarkan LHDN sehingga RM 3,000
--> boleh claim ke atas polisi diri sendiri, pasangan dan anak-anak
--> dalam penyata tahunan takaful yg dikeluarkan oleh PruBSN, ambil nilai yg dekat "Medical Takaful Contribution"
Jelas??
Jika masih keliru, pm Cik Mal tepi la.. ๐Ÿ˜˜

Make sure korang masukkan nilai yg betul tau..
Bukan main letak je bayaran bulanan darab 12 bulan..
No โœ–๏ธโœ–๏ธ no no.. salah tu..
Nanti kalau korang dapat surat cinta kena audit dengan LHDN, abes la sebab isi salah.. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Jangan cakap Cik Mal tak payung ๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™€๏ธ





Klien baby warded sebab demam.. Alhamdulillah claim warded dah lulus.. ๐Ÿคฒ๐Ÿป5 hari 4 malam duduk hospital, total bil rawata...
28/12/2023

Klien baby warded sebab demam..
Alhamdulillah claim warded dah lulus.. ๐Ÿคฒ๐Ÿป
5 hari 4 malam duduk hospital, total bil rawatan ๐‘๐Œ ๐Ÿ”,๐Ÿ“๐Ÿ‘๐ŸŽ.๐Ÿ’๐ŸŽ..

Yang pasti, mak ayah selesa jaga anak yang kurang sihat dalam wad..
Servis dan kemudahan pun tip top drpd pihak hospital..

Bile anak sakit ni, mak ayah berjaga malam itu sudah pasti..
Tido tak lena, kurang rehat, terpaksa ambil cuti bekerja..
Kadang emosi juga terganggu, jadi cepat stress..

Ditambah lagi bile tengok anak kena cucuk, menangis bile disuntik ubat..
Lagi la mak ayah rase sedih..
Mase tu fikir nak buat yang TERBAIK je untuk anak kan..
Asalkan anak cepat sihat dan aktif semula..

Sebab itulah, kemudahan rawatan perubatan dan keselesaan itu penting untuk diutamakan..
Lagi-lagi bile melibatkan anak2 yang masih kecil ni..

TQ PruBSN Takaful memudahkan urusan klien Cik Mal..
TQ semua klien pencarum PruBSN Takaful, same2 menyumbang ke Tabung Tabarru' untuk kemaslahatan bersama..
Same2 kita jaga kita.. โค๏ธ

Tak semua pesakit yg demam Dr akan bagi warded..
Demam yang memerlukan rawatan dan warded ni ade kriteria2 dia..
Jika memenuhi salah satu kriteria ni, lebih mudah la GL lulus utk warded..

Cthnya:

# bacaan sel darah putih @ White Blood Cell (WBC) yang tinggi..

# pesakit mengalami dehydration yg teruk

# ada jangkitan kuman dekat peparu

# demam yg boleh berjangkit spt demam denggi, demam influenza A

Jadi..
Jangan marah jika korang demam panas, tapi Dr tak bagi warded pun..
Nak pakai medical card, tapi GL tak lulus..

Jika korang demam panas..
Tapi takde kriteria seperti di atas..
Tapi masih aktif boleh makan minum berjalan, Tiada batuk hanya selesema..
Pastu Dr tak bagi warded..
Dr bagi ubat, boleh balik rumah..
Dr suruh sambung makan ubat sehingga beberapa hari..
Jika demam tak kebah baru datang jumpe Dr semula..
So, korang jangan la marah dekat Dr plak tau..
Jangan marah dekat pihak takaful..

Di pihak underwriter takaful, report yang Dr tulis dan submit kepada syarikat takaful, hasil penilaian ke atas diri korang, adalah penentu sama ade GL lulus atau tidak..
Dan disokong oleh laporan ujian darah, X-ray, swab test dan sebagainya..

Jika memang korang perlu diberikan rawatan di dlm wad, in Shaa Allah, takde masalah pun utk warded..
Ramai je klien Cik Mal dapat warded
Dan pakai medical card sebab demam ni..

Pape korang tak clear, direct je call atau pm Cik Mal..
Nnt Cik Mal bantu ๐Ÿ˜˜

Yg penting..
Make sure anak2 korang dah ade medical card sorang satu..

๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—น..
๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป..




27/12/2023

Yang ambil Skim Pencen, jom maksimakan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 7,000 melalui pelan Hibah Takaful !!
Berbaloi-baloi.. Macam free plak bayar takaful setiap bulan..

"SAYA ADA SIMPANAN DI BANK SEBAGAI PENGGANTI GAJI JIKA SAYA TAK DAPAT BEKERJA"Tuan puan..Duit simpanan di bank jika seti...
08/12/2023

"SAYA ADA SIMPANAN DI BANK SEBAGAI PENGGANTI GAJI JIKA SAYA TAK DAPAT BEKERJA"

Tuan puan..
Duit simpanan di bank jika setinggi gunung ๐Ÿ”๏ธsekalipun, gunung ni kalau kita selalu tarah, makin tinggi ke makin hilang?

Nak jaga gunung simpanan kita, kita kena faham dulu konsep pengganti gaji ni macam mane..

Pelan pengganti gaji @ income protection ni melindungi kite dalam 5 keadaan sebenarnya..

1) DIDIAGNOS SAKIT KRITIKAL

--> Ketika didiagnos sakit kritikal spt sakit kanser, sakit jantung, sakit buah pinggang..
Kite perlu duit tunai @ pampasan secara lump sum utk backup gaji yg mungkin hilang terus atau berkurang..

--> Pesakit yg mengalami sakit kritikal ni biasanya tak dapat bekerja seperti biasa dlm 6 bulan pertama kerana perlu fokus kepada rawatan

--> Risiko ambil cuti tanpa gaji
--> Risiko tak dpt gaji penuh, gaji terpaksa dikurang daripada asal
--> Risiko dibuang kerja, tiada sumber pendapatan

--> Terpaksa menanggung komitmen baru untuk rawatan..
Untuk rawatan perubatan masih boleh diterima di hospital kerajaan kerana ada subsidi drpd kerajaan..
Tapi tetap perlu sediakan wang untuk membayar kos sampingan seperti kos pengangkutan ulang- alik hospital, kos rawatan konservatif, kos penginapan, bil utiliti yg tetap berjalan, perbelanjaan rumah, pembelian supplement

--> Risiko terpaksa keluarkan duit sendiri beli ubat kemoterapi

--> Risiko terpaksa keluarkan duit sendiri untuk dialisis buah pinggang sementara menunggu bantuan kebajikan

--> Tetap perlukan duit untuk survive seandainya berjaya sembuh kerana masih perlu berjaga-jaga untuk 2nd attack atau penyakit relapse

2) CACAT AKIBAT KEMALANGAN

Ketika mengalami kecacatan akibat kemalangan, keupayaan diri untuk mencari sumber pendapatan terjejas sekaligus menjejaskan pendapatan

--> keupayaan untuk bekerja terhad
--> risiko dibuang kerja kerja kualiti kerja berkurang, menyebabkan hilang sumber pendapatan

--> terpaksa sediakan kos untuk pengubahsuaian kenderaan, renovation kediaman, pembelian peralatan diri yg sesuai

--> terpaksa cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji semasa proses rawatan dan penyembuhan

3) TERPAKSA DICUTIKAN LAMA (MC) AKIBAT KECEDERAAN SELEPAS KEMALANGAN

Ketika terpaksa mengambil MC yang lama akibat kemalangan, ade elaun MC yg diberikan sebagai pengganti gaji, MC tapi dpt duit..

--> jika sebelum ini berniaga atau bekerja dengan dibayar gaji mengikut hari, sumber pendapatan akan tiada jika tidak dpt bekerja pada hari-hari yang dicutikan (MC)

--> tetap perlu tanggung kos rawatan dan ulang alik hospital untuk follow up

--> Bila accident cuti lama, risiko gaji kena potong

4) MENGALAMI HILANG UPAYA KEKAL

Ketika diuji mengalami hilang upaya kekal atau lumpuh kekal
--> tidak dapat bekerja, hilang sumber pendapatan
--> risiko dibuang kerja

--> tetap perlukan duit utk kos rawatan dan kos sara hidup
--> terpaksa bergantung kepada bantuan dan jagaan orang

--> perlu keluarkan kos untuk ubahsuai kediaman dan beli peralatan diri seperti pampers, wheelchair, katil hospital dengan tilam yang kurang pressure

--> perlu beli supplement dan makanan tambahan seperti susu yg sesuai walaupun harganya mahal

5) MENINGGAL TANPA BERSEDIA
Ketika dijemput Ilahi tanpa diduga, sumber pendapatan diri dan keluarga juga automatik hilang

--> hilang penyumbang utama sumber kewangan keluarga secara mengejut
--> jika keluarga hilang sumber pendapatan, hidup makin susah, komitmen bulanan tetap berjalan seperti biasa dan mungkin bertambah..

--> famili yang ditinggalkan perlu survive dan teruskan kehidupan walaupun kekurangan sumber kewangan

--> bisnes yang ditinggalkan tetap perlu diteruskan, gaji pekerja perlu dibayar, hutang dengan supplier perlu disetelkan, sewa kedai tetap berjalan

--> hutang masih kekal hutang walaupun telah meninggal dan hutang tetap wajib dibayar

INILAH KONSEP YANG DIKETENGAHKAN DALAM PELAN PENGGANTI GAJI..

Pelan pengganti gaji bukan sekadar backup gaji anda untuk seminggu dua..
Tapi..

Pelan pengganti gaji ini adalah sebagai backup kewangan anda sehingga 5 hingga 10 tahun, dan mungkin lebih lama..

Dah clear apa itu Pelan Pengganti Gaji?

Nk clear lagi meh pm Cik Mal for details untuk korang sediakan Pelan Pengganti Gaji yang terbaik untuk diri korang sendiri..

"๐—–๐—ถ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ณ๐˜‚๐—น, ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ"



Masyi ditanya.. "Macam mane nak ada circle yang bagus dan supportive?"IT IS START WITH YOU !!Because for things to chang...
13/10/2023

Masyi ditanya..

"Macam mane nak ada circle yang bagus dan supportive?"

IT IS START WITH YOU !!

Because for things to change, I MUST CHANGE FIRST..
Macam mane kite nak ade circle yg bagus, kalau kite sendiri berperangai toksik?

Satu perkataan yg Cik Mal kagum dengan kekentalan jiwa Masyi.. iaitu DIREZEKIKAN

Saya diuji dengan kemalangan ~ BIASA KITE DENGAR

Saya diREZEKIKAN dengan kemalangan ~ MASYI YANG BERJIWA KUAT SAHAJA MAMPU BERKATA BEGITU..

Kata Masyi..
Apa sahaja yang Allah bagi dalam hidup kite, baik nikmat ataupun ujian, adalah rezeki dan hadiah daripada Tuhan..

Prinsip hidup Masyi..
"Ade perkara yang kite rase tak bagus untuk kite, tapi sebenarnya perkara tu bagus utk kite..
Ade perkara yang kite rase bagus utk kite, tapi sebenarnya tak bagus utk kite.."

Orang yang berjaya, ade satu mindset bahawa kena cepat2 move on..
Bukannya healing sampai pagi..
Bukannya healing sampai hilang..

Kalau kite menangis bucu katil pun, masalah takkan selesai..
Kena cepat2 move on..
Focus on SOLUTION..
Focus on what you can do..

Healing yg terbaik adalah distract otak kite kepada berfikir perkara yang kite BOLEH BUAT instead of menangisi..
Always think, what should we do next?

Buat perkara yg kite boleh handle..
Bounce back..
Berdamai dengan takdir..
Yakin dan pasti bahawa Allah dah sediakan satu hadiah yang best utk kite di hadapan..

Pesanan Masyi..
Fokus kepada KEMAMPUAN DAN KEKUATAN..
Fokus kepada perkara yang kite ade..
Bukan kepada perkara yg kite takde..



Alhamdulillah berkesempatan hadir ke BYB di Prudential Branch Kuala Terengganu malam tadi.. Seronoknya dalam bisnes taka...
20/09/2023

Alhamdulillah berkesempatan hadir ke BYB di Prudential Branch Kuala Terengganu malam tadi..

Seronoknya dalam bisnes takaful ni, kite bley bergaul dengan orang yg daripada pelbagai background pekerjaan..

Ade yg asalnya doktor gigi, pegawai bank, cikgu, jurutera, ustaz ustazah, pekerja offshore, jururawat, doktor perubatan, dan pelbagai lagi..

Ade yg asalnya dah T20, tapi masih berani bertukar kerjaya menjadi ejen takaful..

Ade yg asalnya B40, kini dah berjaya jadi T20 asbab memilih kerjaya di bidang takaful..

Bidang takaful ni memang terbuka luas untuk semua orang daripada pelbagai bidang..

Yang penting korang sanggup belajar daripada zero ilmu tentang takaful, sanggup datang training untuk belajar dan diajar, dan yg penting be humble untuk menuntut ilmu dan follow pengalaman ejen yang dah berjaya sebelum ni..

So, if korang dah ade rase-rase mcm nak try je kerjaya takaful ni, pm je Cik Mal..
Nnt kite gih mengopi, Cik Mal sembang details.. ๐Ÿ˜˜



Arissa Sofea dah ade perlindungan takaful sejak dalam perut lagi tau.. Acik2 yang tengah mengandung tu, cepat2 la roger ...
14/09/2023

Arissa Sofea dah ade perlindungan takaful sejak dalam perut lagi tau..

Acik2 yang tengah mengandung tu, cepat2 la roger Cik Mal..
Nanti Cik Mal boleh tlg sediakan perlindungan takaful untuk geng Arissa..
Macam Arissa punye jugak..






TQVM Prudential invite Cik Mal for Hi Tea..๐Ÿคฒ๐ŸปCik Mal pun dapat tempias positive vibes drpd qualifiers yg hebat2 belake n...
13/09/2023

TQVM Prudential invite Cik Mal for Hi Tea..๐Ÿคฒ๐Ÿป

Cik Mal pun dapat tempias positive vibes drpd qualifiers yg hebat2 belake ni..

Doakan Cik Mal terus berjaya dalam industri takaful dan menjadi ejen yang mampu memberikan servis yang terbaik buat semua klien Cik Mal..

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada golongan yang lain"

TAK semua orang LAYAK ade perlindungan takaful.. Ade yang apply, tapi permohonan DECLINED..Ade yang apply, tapi permohon...
23/08/2023

TAK semua orang LAYAK ade perlindungan takaful..

Ade yang apply, tapi permohonan DECLINED..

Ade yang apply, tapi permohonan kena POSTPONED sehingga ke 6 bulan atau 1 tahun yang akan datang..

Ade yang apply, tapi dapat PENGECUALIAN coverage bagi penyakit tertentu..

Ade yang apply, tapi kena RATED UP dengan harga bulanan dinaikkan sedikit..

Setiap orang alami kisah yang berbeza dengan takaful..
Tapi apa yang pasti..
Takaful itu SATU KEPERLUAN, bukan lagi sekadar kehendak atau kemewahan..

Yang dah ade perlindungan takaful, HARGAILAH dan JAGA BAYARAN BULANAN elok2..
Sentiasa REVIEW keperluan coverage yang ada..

Kerana kite tidak tahu bile Allah akan takdirkan takaful datang membantu kite..

"๐™†๐™š๐™จ๐™š๐™™๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™ข๐™–๐™จ๐™– ๐™Ž๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™ช ๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡"




AYAH MENGALAH DALAM EGOSelalu kite perasan yang ayah ni seorang yg ego, jual mahal, serius, garang, straight..Sebenarnya...
18/07/2023

AYAH MENGALAH DALAM EGO

Selalu kite perasan yang ayah ni seorang yg ego, jual mahal, serius, garang, straight..
Sebenarnya dalam keegoan seorang ayah, dia tetap mengalah dalam egonya..

Dalam keegoaan seorang ayah, dia tetap berkorban untuk isteri dan anak-anaknya..

Dalam keegoaan seorang ayah, dia tetap berusaha dan bekerja mencari nafkah keluarga..

Dalam keegoaan seorang ayah, dia lupakan penat dan sakit badannya..

Dalam keegoaan seorang ayah, dia sentiasa titpkan doa buat isteri dan anak-anaknya..

Dalam keegoaan seorang ayah, dia sanggup ketepikan impian dirinya untuk memiliki sesuatu dan dahulukan keperluan keluarganya..

Dalam keegoaan seorang ayah, dia tetap memikirkan bagaimana mahu mengubah nasib keluarganya dan menjamin masa depan anak-anaknya..

Semasa arwah mak Cik Mal masih ade, kami adik beradik memang tak rapat sangat dengan ayah..
Hanya bercakap dengan ayah bila ade keperluan sahaja..
Nak bergurau jauh sekali..
Tapi itu dulu..

Teringat lagi dulu..
Mase Cik Mal bersekolah dan nak duduki peperiksaan, pihak sekolah akan panggil ibubapa dtg ke majlis solat hajat sama ada di sekolah atau di masjid..
Ayah Cik Mal konfem tak datang la..

Pada mase tu, memang Cik Mal marah dalam hati, cakap ayah ni sombong tak nak join solat hajat untuk anak sendiri nak exam..
Rupa-rupanya..
Ayah akan bangun tahajud solat malam sorang2 dan berdoa untuk anak-anak setiap kali nak exam..
Ayah cakap, ayah akan buat solat hajat 12 rakaat untuk setiap anak setiap kali nak exam..

Dulu ayah bekerja sebagai tukang gunting rambut di kg..
Kerja setiap hari dari pagi ke petang, kecuali hari Jumaat sahaja half day sebelah pagi..

Tengah demam pun selagi boleh bangun berdiri, ayah tetap akan buka kedai dan gunting rambut pelanggan macam biasa..
Kadang arwah mak pun geram dengan ayah..
Dah tahu badan tak sihat, tapi tak nak mengalah, ego, nak jugak pergi gunting rambut orang..

Waktu bekerja di kedai gunting rambut, pakaian ayah selalu smart je, tak pakai tshirt..
Walaupun kedai tu ayah sendiri yg punye..
Ayah la tokey, ayah la kuli..

Time gunting rambut org, ayah pastikan dia selalu tampil kemas..
Ayah pakai baju kemeja, baju masuk dlm seluar, pakai kasut kulit..
Sekali tgk, macam orang kerja pejabat..

Tapi dulu Cik Mal perasan..
Kasut ayah agak lusuh, tapak kasut pun koyak tapi ayah tetap pakai..
Baju ayah bertahun tak beli baru..
Asyik duk ulang 3,4 helai baju yang ade berulang kali..

Ayah tak bagi mak beli baju dan seluar baru, ego..
Kalau perlu, ayah akan beli sendiri..
Selagi boleh jahit dan baiki, ayah minta arwah mak baiki..

Pengorbanan dan jasa seorang ayah macam ni la yang kadang2 kite sebagai anak selalu terlepas pandang..

Seorang ayah memang payah nak zahirkan kesusahan, keperitan dan kesedihan yg dialami depan anak2..
Menyebabkan si anak mudah tersilap faham dan fikirkan yang ayah ego dan tidak berkorban untuk keluarga..

Dalam program agensi Prudential sabtu lepas, leader MDAEC, abg Eddy ade berpesan dan berkongsi mengenai jasa ayah..

Dalam perjalanan hidup seorang ayah dari dulu sampai sekarang..
Pasti ade impian atau keinginan yg belum dia capai kerana dia sanggup korbankan dulu impian itu demi keperluan anak2..

Cik Mal pernah tny ayah ade pape lg tak impian yang ayah nak beli atau nak pergi..
Utk waktu skrg ni, ayah jawab, ayah tak nak pape dh, semua dah cukup..

Satu keinginan ayah yg pernah disuarakan dekat Cik Mal 5 tahun lepas..
Ayah berhajat nak pergi jalan2 ke Pulau Langkawi..
Cik Mal tak sempat nk tunaikan lagi walaupun pada tahun tu rasenye 2,3 kali jgk ayah ckp nk pegi..

Nak ajak ayah pergi sekarang pun, ayah dah tak larat dh nak berjalan..
Ajak pergi jln2 ke Kuala Terengganu pun puas pujuk dh skrg..

Silap jugak la Cik Mal..
Time ayah sihat lg, tak bawa ayah pegi..
Skrg ayah pun dh tak nak pegi dh sbb tak larat..
Nanti Cik Mal pegi Langkawi utk ayah la ๐Ÿ˜›



Prince Court Medical Centre..Hospital Panel Prudential dan PruBSN Takaful.. Cantik sangat hospital ni..Dah macam hotel.....
22/06/2023

Prince Court Medical Centre..
Hospital Panel Prudential dan PruBSN Takaful..

Cantik sangat hospital ni..
Dah macam hotel..
Pesakit pun mostly VVIP..

Dengan medical card Prudential BSN Takaful, korang pun boleh ambil rawatan di hospital level kayangan ni..

Cik Mal pernah datang ke hospital ni, memang suke duduk sini..
Surau dia cantik, baru masuk ke surau pun dah rase tenang je..

Pertama kali datang lepas grad dulu..
Datang untuk interview jawatan jururawat..
Dapat la offer kerja jururawat dekat sini..
Tapi lepas tu ubah fikiran..
Cik Mal serba salah nak terima offer bile fikirkan ayah di kg..
Jadi Cik Mal tolak offer kerja di hosp ni..

Next datang ke hosp Prince Court ni untuk buat rawatan LASIK dengan Prof Muhaya..
Mase tu Prof Muhaya still bekerja under Prince Court..

Lepas tu, takde pergi lagi la setakat ni utk apa2 rawatan.. ๐Ÿคญ

Tunggu klien Cik Mal warded sini plak..
Tak sabar Cik Mal nak gih melawat sambil bawa bouquet cokelat dan bunga.. ๐Ÿ˜„

Address

First Avenue, Bandar Utama City Centre

46200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NOR AKMAL MASOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NOR AKMAL MASOR:

  • Want your business to be the top-listed Business?

Share