Suriati Ghani

Suriati Ghani Memberi info berkaitan dengan masalah kekeluargaan Islam terutamanya tuntutan di Mahkamah Syariah

KEPUTUSAN RAYUAN NAFKAH ANAK NAIK HAMPIR 100% DARI PERINTAH ASALAlhamdulillah saya tumpang happy & rasa kepuasannya..Say...
29/04/2026

KEPUTUSAN RAYUAN NAFKAH ANAK NAIK HAMPIR 100% DARI PERINTAH ASAL

Alhamdulillah saya tumpang happy & rasa kepuasannya..

Saya telah selesaikan kes tuntutan nafkah anak client ini di Mahkamah Rendah Syariah, tapi saya sendiri pun tak puashati dengan keputusan, takpe kita masih ada peluang merayu saya pujuk dia suruh buat rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah..

Dan itulah hasilnya, RM2000 sebulan untuk anak-anak, asalnya perintah Mahkamah Rendah Syariah hanya RM1100 untuk 3 orang anak, bapanya bulan calang-calang kerjanya, pegawai kerajaan..

Puan-puan yang tak puashati dengan keputusan Mahkamah usahalah buat rayuan, sebab masih ada peluang, jangan hanya kutuk keputusan di belakang sahaja tapi kita tak ambil peluang..

Client saya tu buat rayuan sendiri sahaja tanpa peguam, tapi saya tetap guide & bagi sokongan kepada beliau..tahniah puan, alhamdulillah..lama kes di Mahkamah Rendah Syariah puan pun dah boleh jadi peguam juga😂😅


Eh dia main cak2 pulak, dia yang failkan kes lepas tu ikut s**a pulak tak datang Mahkamah ye..Bagi sesiapa yang dapat sa...
27/04/2026

Eh dia main cak2 pulak, dia yang failkan kes lepas tu ikut s**a pulak tak datang Mahkamah ye..

Bagi sesiapa yang dapat saman tuntutan daripada bekas suami @ bekas isteri di Mahkamah Syariah, tiba2 yang menyaman tu tak datang 2-3x, terus je mohon buang kes tak payah buang masa dah nak layan, minta buang kes + minta kos sekali, jangan lupa minta KOS sekali sebab dia dah menyusahkan kita. Sekian.


13/11/2025

Soalan yang biasa ditanya kepada saya, bagaimana kes cerai hakam jika suami tak datang Mahkamah, boleh selesai ke?

05/11/2025

Masa dalam tempoh kawin dulu takde pun bulan2 hulur duit kat mak ayah, tiba2 sekarang dalam kes nafkah timbul komitmen bagi duit kat mak ayah sorang RM500, tiba2 jadi anak soleh😌

BAGAIMANA NAK SETTLEKAN KES CEPAT DI MAHKAMAH SYARIAH?Pernah tak terfikir, apabila bercerai bermulalah segala masalah? M...
31/10/2025

BAGAIMANA NAK SETTLEKAN KES CEPAT DI MAHKAMAH SYARIAH?

Pernah tak terfikir, apabila bercerai bermulalah segala masalah?

Mungkin hanya selesai 1 sahaja masalah iaitu hubungan perkahwinan yang mungkin dah tak boleh nak diselamatkan..tapi selepas itu macam‐macam lagi masalah baru yang akan timbul..TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN.

Berapa ramai bekas pasangan yang kes mereka bertahun masih tak selesai sebab banyak tuntutan di Mahkamah, sampai dah kawin baru & beranak pinak masih lagi tak settle kes dengan bekas pasangan.

Sebenarnya kes berlanjutan panjang antara sebabnya adalah kerana sikap masing-masing ada yang ego, tak mahu mengalah, tak mahu bertolak ansur, berdendam, yakin sangat 100% boleh menang kes kalau lawan habis-habisan.

Berbanding dengan mereka yang boleh bertolak ansur, win-win situation masing-masing dapat hak masing-masing & pada masa yang sama terpaksa lepaskan sedikit hak sendiri, hidup mereka lebih tenang kerana tiada lagi tuntutan yang timbul di Mahkamah selepas bercerai.

Kes client saya ini hanya 5 bulan sahaja selesai segalanya termasuk perceraian, nafkah anak, hak jagaan anak & hak-hak lain selepas bercerai, hanya dalam 1 PERSETUJUAN BERSAMA sahaja.

Pesanan saya..jika anda pilih untuk melalui perbicaraan yang panjang di Mahkamah dengan menyerahkan kepada Hakim untuk membuat keputusan, mungkin keputusan yang Hakim buat tersebut tidak memuaskan hati anda, kerana sifat manusia tidak akan pernah rasa puashati & cukup..sedangkan anda telah menghabiskan masa yang lama di Mahkamah.

Maka sebaiknya berbincanglah secara baik untuk selesaikan kes anda kerana di situ akan wujud sifat memberi & menerima yang lebih mendamaikan..

🙋 BAGAIMANA NAK BUAT PERSETUJUAN BERSAMA?

❤️ Jika boleh berbincang sendiri dengan pasangan, boleh buat sendiri, jika s**ar berbincang boleh lantik peguam syarie sebagai orang tengah.

🙋 JIKA SUDAH ADA PERSETUJUAN BERSAMA, APA TINDAKAN SETERUSNYA?

❤️ Failkan kes di Mahkamah Syariah untuk rekodkan persetujuan tersebut sebagai perintah Mahkamah, jangan di simpan sahaja kerana jika salah 1 pihak tidak mengikut perjanjian tersebut, pihak 1 lagi tidak boleh mengambil tindakan di Mahkamah kerana perjanjian bukan perintah Mahkamah.

31/07/2025

Tips untuk Mahkamah luluskan tuntutan tunggakan nafkah makan minum isteri, simpan resit pembelian @ at least beli online tulis beli makan apa (bukti bank statement)😉

26/06/2025

Ada ke isteri-isteri kalau keluar makan dengan suami @ beli barang dapur suami minta balik duit suruh bayar separuh?😑😑
Kesian dapat suami jenis berkira

💔KEPUTUSAN KES HARTA SEPENCARIAN: Isteri Terima 90% & 70% Bahagian RumahRamai tak tahu, sumbangan seorang isteri dalam r...
25/06/2025

💔KEPUTUSAN KES HARTA SEPENCARIAN: Isteri Terima 90% & 70% Bahagian Rumah

Ramai tak tahu, sumbangan seorang isteri dalam rumahtangga, mempunyai nilai besar di sisi undang-undang.

Alhamdulillah hari ini Mahkamah telah memutuskan pembahagian harta sepencarian melibatkan dua buah rumah:

🏠 Rumah pertama – Isteri diberikan 90% bahagian
🏡 Rumah kedua – Isteri menerima 70% bahagian

Kenapa keputusan sebegini dibuat?

✔️ Mahkamah mengambil kira sumbangan langsung (seperti bayaran ansuran, kos renovation, kos penyelenggaraan)
✔️ Dan juga sumbangan tidak langsung (seperti menjaga anak-anak, mengurus rumah tangga, sokongan emosi dan moral)

Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa pengorbanan isteri bukan sesuatu yang boleh diketepikan. Undang-undang melindungi hak mereka.






TERUTAMANYA KEPADA KAUM WANITA..Yang nikah belum daftar lagi..@ yang bercadang nak nikah diam-diam tanpa kebenaran..INI ...
25/06/2025

TERUTAMANYA KEPADA KAUM WANITA..

Yang nikah belum daftar lagi..@ yang bercadang nak nikah diam-diam tanpa kebenaran..INI YANG ANDA PERLU TAHU..





NAFKAH ANAK TERTUNGGAK RM56,100.00, BAPA KE PENJARA JIKA TAK BAYAR DALAM TEMPOH 30 HARIPerjuangan seorang ibu untuk dapa...
19/06/2025

NAFKAH ANAK TERTUNGGAK RM56,100.00, BAPA KE PENJARA JIKA TAK BAYAR DALAM TEMPOH 30 HARI

Perjuangan seorang ibu untuk dapatkan hak anak-anak, doa orang teraniaya insyaAllah, Allah makbulkan.

Nafkah 4 orang anak termasuk seorang anak OKU diabaikan, alhamdulillah hari ini Mahkamah luluskan permohonan ibu untuk penjarakan ayah yang gagal patuh perintah Mahkamah, 15 hari penjara jika tak bayar nafkah tertunggak anak sebanyak RM56,100.00 dalam tempoh 30 hari.

Kita tunggu apa jadi dalam masa 30 hari nanti.

Alhamdulillah.





Address

Mohamad Azlin & Suriati Associates
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suriati Ghani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Suriati Ghani:

Share