28/10/2022
Salam Jumaat 🕌
Rasulullah SAW bersabda: خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia.
Orang yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Untuk memberi manfaat kepada orang lain, wasilah yang paling penting yang perlu kita ada ialah ilmu, tidak kira ilmu duniawi atau ukhrawi. Hal ini disebabkan dengan kedua-dua ilmu ini kita dapat memberi faedah kepada orang lain.
Manfaat yang paling utama yang boleh seseorang itu beri kepada seseorang yang lain bukanlah wang ringgit, harta, pakaian, makanan dan sebagainya tetapi perkara manfaat yang paling besar itu ialah memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya kepada orang lain dengan mengajak mereka kepada Din Allah SWT yang suci ini melalui akhlak, adab serta qudwah (contoh tauladan).
Jom baca Al-Mulk