29/11/2024
Bismillah
Kisah hari ini. Lepak dan bercerita tentang kewangan dan planning dan update client.
Selepas mendengar kisah sahabat saya itu, saya terfikir panjang. Dia ni bukan sekadar bijak mengurus kewangan, tetapi dia juga mempunyai satu perkara yang saya rasa ramai orang terlepas pandang, kesedaran diri. Dia sedar apa yang dia mahu capai dan bagaimana untuk mencapainya, walaupun perlahan-lahan.
Kami berbincang lebih mendalam tentang strategi bertahan dan menyerang. Menurutnya, strategi bertahan adalah fokus kepada perlindungan terlebih dahulu—tabungan kecemasan, perlindungan insurans yang mencukupi, dan memastikan semua hutang berada di bawah kawalan. Setelah asas ini kukuh, barulah dia mula bergerak ke fasa menyerang.
Dia menekankan betapa pentingnya tabiat kewangan yang kecil tetapi konsisten. Katanya:
"Kewangan ni macam main bola. Kalau pertahanan kuat, tak mudah bolos. Kalau nak menyerang tanpa pertahanan, risiko tinggi nak kalah." Teringat pulak Man U skrg.hehehe
Saya kagum dengan disiplinnya. Walaupun strategi menyerang lebih agresif, seperti melabur dalam portfolio berisiko tinggi, dia kekal memilih bertahan sehingga betul-betul yakin. Disiplin dan sabarnya membuahkan hasil, kerana kini dia bebas dari tekanan kewangan dan boleh merancang untuk masa depan dengan lebih tenang.
Pengajaran yang saya Ingin kongsikan:
Tidak salah bermula dengan perlahan dan bertahan. Apa yang penting ialah konsisten dan memahami keutamaan diri.
Kewangan bukan sekadar soal keuntungan, ia tentang kestabilan, ketenangan, dan keselesaan jangka panjang.
Lepas berbual dengan dia, saya jadi lebih semangat nak belajar daripada pengalaman orang lain. Mungkin, inilah masanya untuk saya gabungkan strategi menyerang dan bertahan dengan lebih seimbang.
InsyaAllah, nanti saya akan kongsi lebih lanjut tentang bagaimana nak bina pertahanan kewangan yang kukuh dan bila masa terbaik untuk mula menyerang. 😊
Gambar Penyerang2 yg menunggu untuk menyerang.
Mohd Azri Rosli
0192340960
Your Consultant