Public Gold Putrajaya

  • Home
  • Public Gold Putrajaya

Public Gold Putrajaya Sekarang adalah masa untuk EMAS. Ketahui cara membuat pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat. Join bina empayar emas hanya dari rumah.

𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗩𝗘𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗧Sedar tak sedar, usia Ringgit Malaysia sudah mencecah 55 tahun setelah diperkenalkan selepas 10 tahun...
05/07/2022

𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗩𝗘𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗧

Sedar tak sedar, usia Ringgit Malaysia sudah mencecah 55 tahun setelah diperkenalkan selepas 10 tahun merdeka.

Dalam tempoh masa 55 tahun ini, kita telah melihat terlalu banyak jenis matawang kertas Ringgit Malaysia yang telah ditamatkan daripada penggunaan. Walaupun wang kertas Ringgit berwarna warni dan nampak cantik tapi hakikatnya fungsi wang kertas itu sendiri tertakluk kepada nilai yang diberi oleh kerajaan pada waktu tu.

Pada bila–bila masa sahaja, kerajaan boleh menarik balik duit kertas yang ada dalam pasaran dan meninggalkan nilai duit kertas itu menjadi kosong. Kebanyakan pakar kewangan sentiasa mengingatkan bahawa nilai wang kertas tidak bersandarkan apa-apa nilai yang kukuh kecuali jaminan kerajaan semata-mata.

Sebagai insuran kepada kewangan, kita sebagai rakyat marhen sudah pasti nak miliki wang yang kekal berharga dan bernilai sampai bila–bila kan❓

Wang sebenar yang terbukti sejak ribuan tahun yang lampau keka bernilai, mudah dicairkan, laku di seluruh pelusuk dunia dan berfungsi dalam semua keadaan adalah Emas.

Wang Emas sangat berbeza dengan wang kertas. Nilai wang Emas berdiri dengan sendirinya dan bersandarkan kepada ketulenan dan berat Emas itu sendiri.

Jika kita memiliki Emas, ia tidak akan membuatkan kita kaya dengan tiba-tiba dan yang paling penting dengan simpanan Emas, kita tidak akan mudah jatuh miskin dengan tiba-tiba.

Cuba lihat negara yang jatuh bankrup seperti Sri Lanka:
❌ Rakyat Sri Lanka akan jatuh miskin dengan tiba-tiba jika mereka simpan Rupee (LKR)
✅ Rakyat Sri Lanka tak akan jatuh miskin dengan tiba-tiba jika mereka simpan Emas

Sebab Emas masih bernilai di Sri Lanka dan di seluruh pelusuk dunia. Malah nilai dan harga Emas di Sri Langka naik berlipat kali ganda asbab matawang LKR jatuh merudum.

Adakah Malaysia berpotensi jadi situasi yang sama❓
Dengan situasi Politik dan Ekonomi dunia sekarang ini, apa-apa pun boleh berlaku‼️ Negara kita tidak terkecuali.

Kita sebagai rakyat marhen tidak boleh kawal Politik dan Ekonomi negara serta Dunia tapi kita masih boleh kawal kekayaan kita dengan simpanan Emas. Sebab nilai Emas tidak bergantung dengan mana-mana kerajaan dan ia kekal bernilai sejak ribuan tahun yang lampau.

Saya kongsikan dari awal sampai akhir bagaimana cara-cara menguruskan kewangan dengan emas dan Public Gold untuk menangani kesan inflasi. Bacalah disini dan daftar secara PERCUMA: bit.ly/fanashafie

KENA UP JUGA, KALAU TAK NANTI KORANG TERTINGGAL BASSo gais, harini emas menjunam. Turun RM5 tau. Harga diskaun, jadi apa...
14/06/2022

KENA UP JUGA, KALAU TAK NANTI KORANG TERTINGGAL BAS

So gais, harini emas menjunam. Turun RM5 tau. Harga diskaun, jadi apa boleh korang buat adalah:

1. Boleh mula serendah RM100 bagi yang belum bermula. Dapat kumpul 0.3++ gram.

2. Bagi yang ada duit lebih sikit, genapkan simpan terus 1 gram RM279. Weh diskaun ni. Kang melepas lagi.

3. Yang dah ada akaun emas GAP, Boleh la tambah emas pada harga diskaun. Borong lebih sikit tak berdosahh ya gais. Sangat digalakkan sebab selalu orang borong emas masa rendah. Tambah sikit-sikit bila harga mendaki. Gituhh

4. Bagi yang sangat yakin dan sangat berdisiplin, boleh lock dan buat bayaran 6x atau 10kali bayar. Percayalah.

Bila dah habis bayar 6kali atau 10kali, maka akan rasa weh bestnyaaa simpan emas cara ni. Baru nampak kemana duit ku pergi selama ini. Percayalah. Ok pergi lock cepat. Tengok ruang komen, klik je saya bantu dengan gembira.

5. Yang direzekikan duit melimpah ruah, beli sekilo terus, pejam mata. Harga terlajak diskaun. Pasti bersyukur, duit selamat jadi emas.

Apa pun yang penting kita mula simpan emas.

Banyak sikit, ikut kemampuan poket ya.

Borong pada harga rendah, tetap menyimpan walaupun harga naik.

bit.ly/fanashafie

Jika kita asyik fikir tentang harga emas, sampai bila bila pun kita tidak beli emas.Jika kita asyik bertanya tentang har...
08/06/2022

Jika kita asyik fikir tentang harga emas, sampai bila bila pun kita tidak beli emas.

Jika kita asyik bertanya tentang harga emas, sampai bila bila pun kita tidak beli emas.

Jika kita asyik lihat harga emas, sampai bila bila pun kita tidak beli emas.

Cara yang betul miliki emas ialah :

Beli dan tunggu harga emas naik. Elakkan tunggu untuk beli emas kerana selalunya pengakhiran tidak beli beli emas.

Dulu biar papa asal bergaya, kini biar tiada apa asalkan berharta.

Buatlah tindakan bijak hari ini dengan bermula simpan emas. Jika 1gram atau RM281 hari ni diluar kemampuan, boleh mulakan dengan RM100. Lepas tu adjust ikut kemampuan.

Daftar akaun emas secara PERCUMA 💯dan Patuh Shariah di sini,

bit.ly/fanashafie

Barang kemas atau goldbar/dinar?Persoalan yang biasa bermain di fikiran kita sebelum mula simpan emas. Ramai yang kenal ...
24/05/2022

Barang kemas atau goldbar/dinar?

Persoalan yang biasa bermain di fikiran kita sebelum mula simpan emas. Ramai yang kenal barang kemas, alat perhiasan bagi kaum wanita di seluruh dunia.

Hari ini saya nak kongsikan ilmu asas tentang barang kemas dan goldbar/dinar supaya untuk kita buat keputusan sebelum mula simpan emas.

Sebelum kita mula berjinak dalam dunia emas kita perlu tahu fungsi emas dan matlamat kita beli emas. Pastikan matlamat kita beli emas sesuai dengan fungsi emas tersebut.

Setiap jenis emas ada fungsi tertentu yang patut kita semua tahu. Barang kemas sesuai untuk perhiasan, goldbar/dinar sesuai untuk simpanan dan pelaburan.

Bila kita beli barang kemas untuk pelaburan ianya sangat kurang sesuai sebab lari dari fungsinya. Belilah goldbar/dinar sebagai pelaburan sebab ianya lebih murah dan mempunyai kadai ‘spread’ yang rendah.

Contohnya Ali beli barang kemas bernilai RM10,000 dan Abu beli dinar RM10,000 hari ini untuk pelaburan. Tunggu 10 tahun Abu dah untung RM8,000 tapi Ali baru untung RM4,000.

Kenapa ada beza untung walaupun jumlah pembelian asal sama RM10,000? Ianya sebab caj premium untuk dinar lebih rendah masa beli dan ‘spread’ yang nipis masa jual balik.

Keduanya tetap boleh bagi untung tapi untuk dapatkan untung yang cepat dan maksimum kita perlu pilih jenis emas yang betul.

Pelaburan emas dalam bentuk goldbar/dinar lebih untung dan cepat berbanding dengan barang kemas.

Jika nak berhias bolehlah beli barang kemas, pilih barang kemas yang padu supaya lebih tahan lasak dan upah tukang yang rendah.

Emas sangat sesuai untuk orang yang dah berkeluarga, si isteri boleh pakai barang kemas dan di suami boleh simpan goldbar/dinar untuk dijadikan aset keluarga.

Jika sesak-sesak waktu dilanda musibah emas boleh bantu sikit sebanyak untuk dapatkan tunai segera. Nak jual boleh, nak gadaikan dulu pun boleh. Dua-dua cara tetap boleh dapat duit.

“Ada emas pasti ada duit.”

Tak perlu untuk tunggu bantuan dari orang lain untuk ‘survive’. Mungkin dengan simpanan emas kita boleh bantu orang lain sekali. Insyaallah.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Wallahua’lam.

Pembeli Emas yang Kurang Bijak1. Beli Emas Perhiasan untuk Pelaburan Semata-mata. Emas perhiasan sangat mahal harga beli...
09/05/2022

Pembeli Emas yang Kurang Bijak

1. Beli Emas Perhiasan untuk Pelaburan Semata-mata.

Emas perhiasan sangat mahal harga beliannya kerana upah pembuatan yang tinggi. Selain itu, susut nilainya juga sangat besar sekitar 30%. Apabila membeli, kita terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal untuk gram yang sedikit. Apabila menjual balik p**a, kita terpaksa berpuas hati dengan harga yang rendah kerana perbezaan susut nilai tadi.

2. Beli Emas Yang Ada Yuran untuk Dapat Harga yang Lebih Murah.

Ada sesetengah penjual emas yang mengenakan yuran tertentu bagi menarik pembeli untuk membeli lebih banyak emas dengan harga yang kononnya lebih murah. Walhal, nilai yuran tersebut pun sudah boleh dapat membeli beberapa gram emas.

Jadi jangan terpengaruh dengan yuran yang kononnya untuk pelbagai keistimewaan termasuk harga rendah. Konsep perniagaan sebegini sebenarnya lebih kepada untuk menyedekahkan sebahagian yuran tersebut kepada orang yang memperkenalkan kita kepada jenama emas tertentu dan juga menjadi untung besar kepada syarikat emas tanpa perlu menjual emas pun.

3. Beli Emas Pelaburan di Bank.

Harga emas pelaburan di bank biasanya dikemaskini sekali atau dua kali saja sehari. Ini menyebabkan kita sukar untuk mendapat harga terbaik ketika membeli kerana tidak ada pilihan harga yang banyak.

Selain itu, kita terpaksa berurusan dalam waktu pejabat di cawangan-cawangan tertentu sahajau untuk membeli emas pelaburan tersebut. Ini akan memberikan kita sedikit kesulitan terutamanya apabila harga turun mendadak ke paras yang menarik untuk kita membelinya.

4. Beli Emas yang Susah untuk Digadai.

Ada juga emas yang tidak diterima di semua pajak gadai. Biasakan untuk mengambil tahu dan bertanya terlebih dahulu, adakah emas yang kita beli itu diterima di semua pajak gadai atau tidak.

5. Pemegang Akaun Simpanan atau Pelaburan Emas yang Tiada Emas.

Biasanya, akaun simpanan atau pelaburan emas di bank tidak berasaskan emas fizikal. Ini dipanggil ‘paper gold’. Pembeli akan dapat buku akaun dan hanya melihat nombor tanpa boleh memegang emas fizikalnya.

Jika harga emas turun, pembeli hanya akan terkebil-kebil melihat nilai duitnya makin susut dalam akaun banknya. Nak dijual atau digadai juga tidak boleh kerana tiada emas fizikal.

6. Beli Emas Pelaburan di Kedai Emas.

Kedai emas bukan tempat terbaik untuk membeli emas pelaburan. Emas pelaburan di kedai emas biasanya mahal harga per gramnya dan juga dikenakan upah pembuatannya. Susut nilai jualan balik juga sangat tinggi.

7. Beli Emas yang Tidak Dijamin Belian Balik.

Emas yang dijual dengan harga sangat murah kadang-kadang merbahaya kerana ada kes di mana penjual tidak menjamin belian balik emas tersebut. Pembeli akan berada dalam kesusahan nanti di kemudian hari apabila membuat keputusan untuk menjual emas miliknya.

8. Beli Emas Menggunakan Skim Cepat Kaya Emas.

Kategori ini semua orang pun tahu, tetapi sangat ramai yang kena tipu.

Salah satu ciri-ciri skim cepat kaya emas adalah beli emas dengan p**angan tetap yang tinggi setiap bulan. Jangka hayat skim cepat kaya emas biasanya tidak lama, antara 3 ke 6 bulan saja.

Selagi ada duit orang baru yang masuk, selagi itulah ‘keuntungan’ dapat dibayar. Ia juga dikenali sebagai skim ponzi, money game atau scam.

Sebagai peringatan, berhati-hati dengan pelbagai skim cepat kaya yang nampak macam menguntungkan tetapi sebenarnya kita sedang menempah sengsara.

Janganlah terpedaya dengan janji manis bulan dan bintang daripada sesiapa sekalipun kerana asas emas adalah ia tidak boleh menghasilkan pendapatan atau keuntungan dengan sendirinya tanpa perlu berbuat apa-apa.

Robert T. Kiyosaki pernah berkata, “savers are losers”! Orang yang simpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.Sebab,...
21/04/2022

Robert T. Kiyosaki pernah berkata, “savers are losers”! Orang yang simpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Sebab, orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya seperti hartanah, termasuklah emas!

Ehem! Sekarang ni bila dapat RM 10k, gatal je tangan tu nak berbelanja, kan ?

Fun fact;

dengan RM 10k tu, kita boleh alihkan kepada simpanan emas, yang kalis inflasi dan paling penting, tak TERbelanja benda-benda yang bukan keperluan.

RM 10k KWSP, apa yang boleh dapat ?


Sejarah.Perang Vietnam berlaku dari tahun 1950an sehingga tahun 1970an.Perang ini melibatkan kehilangan nyawa yang besar...
07/03/2022

Sejarah.

Perang Vietnam berlaku dari tahun 1950an sehingga tahun 1970an.

Perang ini melibatkan kehilangan nyawa yang besar.

Dianggarkan 58,220 tentera Amerika, 1.1 juta rakyat Vietnam Utara dan pejuang Viet Cong dan 250,000 askar Vietnam Selatan mati sepanjang perang tersebut.

Rakyat Vietnam berpusu-pusu lari meninggalkan negara mereka.

Mereka lari menggunakan bot-bot dan belayar ke seluruh dunia mencari perlindungan.

Antara kisah yang terkenal tentang pelarian Vietnam adalah mereka menjual semua harta benda mereka, kemudian mereka membeli emas yang dipanggil Kim-Thanh. Emas ini mereka jahit kat baju.

Dengan emas Kim-Thanh inilah mereka memulakan hidup baru mereka. Mereka menjual emas ini kepada orang tempatan negara tersebut dan menggunakan hasil duit tersebut untuk memulakan kehidupan.

Gais.

Emas adalah insurans kekayaan. Dalam situasi yang ekstrem seperti perang, ia adalah talian hayat anda. Sebab itu anda perlu simpan sebahagian kekayaan anda dalam bentuk emas.

Minima 10%

Kita perlu belajar sejarah. Sebab sejarah pasti berulang.

Sebagai contoh.

Mana kita sangka, tahun 2022 nie akan berlaku perang di Eropah.

Tapi itu yang berlaku sekarang.

Gambar: 1955 - 1975 EMAS VIETNAM KIM-THANH BAR DAN PLASTIK PEMBALUTNYA.

publicgold.me/fanashafie

AKAUN GAP TU MACAM MANA?𝗚𝗼𝗹𝗱 𝗔𝗰𝗰𝘂𝗺𝘂𝗹𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 (𝗚𝗔𝗣) tu kaedah simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia....
05/03/2022

AKAUN GAP TU MACAM MANA?

𝗚𝗼𝗹𝗱 𝗔𝗰𝗰𝘂𝗺𝘂𝗹𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 (𝗚𝗔𝗣) tu kaedah simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia. Ia disahkan patuh syariah.

Kelebihan Akaun Emas GAP:

1️⃣ Boleh mula beli & simpan 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸𝗮𝗹 secara online dengan bajet 𝗺𝗶𝗻𝗶𝗺𝘂𝗺 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬.
2️⃣ Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Boleh beli & jual bila-bila masa secara online.
3️⃣ Emas tu boleh 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗚 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮. Tak ada had belian & tak ada had tempoh masa untuk simpan.
4️⃣ Kalau beli 1 gram, emas tu kekal 1 gram dalam akaun walaupun harganya dah berubah.
5️⃣ Kalau nak keluarkan emas tu & simpan sendiri pun boleh. Boleh keluarkan bila-bila masa.
6️⃣ Boleh keluarkan emas fizikal paling kecil 𝗴𝗼𝗹𝗱 𝗯𝗮𝗿 𝟭 𝗴𝗿𝗮𝗺, paling besar emas 1 kilo. Item 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗿 pun boleh. Asalkan cukup baki dalam akaun.
7️⃣ Boleh minta PG 𝗽𝗼𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 melalui servis dinamakan GIT (Gold In Transit).

Daftar percuma di sini 👇🏻
publicgold.me/fanashafie

 Minggu Gaji :Setelah penat lelah bekerja selama sebulan, 'self-reward’lah di hari gaji dengan menyimpan sebahagian dari...
02/03/2022



Minggu Gaji :

Setelah penat lelah bekerja selama sebulan, 'self-reward’lah di hari gaji dengan menyimpan sebahagian dari gaji 💰

Cara yang betul untuk "self-reward" diri di minggu gaji ialah bayar diri sendiri dahulu.

👉 Simpan minimum 10% gaji

Kalau gaji terlalu kecil, mulakan dengan menyimpan rm50/bulan.

Bila kita menyimpan, kita sebenarnya sedang "bayar" kepada diri kita sendiri.

Ini adalah contoh ‘self-reward’ yang betul. Self-reward yang membuatkan kita makin kaya.

Bila kita menyimpan, kita sebenarnya sedang menangguh KEMAHUAN kita sekarang demi KEPERLUAN kita di masa akan datang.

Awal bulan sudah berjaya paksa diri menyimpan, tapi bukan hujung bulan tengah bulan korek balik.

Ini masalah biasa bila kita simpan duit.

Awal bulan sudah simpan 1 gram. Hujung bulan ada duit lebih, tambah lagi. Ini "masalah" bila simpan emas. Dalam tak sedar harta bertambah.

“Good problem"!

Dua (2)   untuk berjaya dalam dunia emas. Saya senaraikan mengikut keutamaan. Beli emas ketika ada duit. Beli emas ketik...
29/01/2022

Dua (2) untuk berjaya dalam dunia emas. Saya senaraikan mengikut keutamaan.


Beli emas ketika ada duit.


Beli emas ketika harga rendah.

Ramai diantara penyimpan emas yang gagal dan kecundang awal kerana mereka meletakkan sebagai keutamaan.

Bila harga emas turun RM1, kita mahu tunggu sehingga turun sehingga RM5.

Bila harga emas turun RM5, kita mahu tunggu sehingga turun sehingga RM10.

Bila harga emas turun RM10, kita mahu tunggu sehingga turun sehingga RM50.

Bila harga emas turun RM50, kita mahu tunggu sehingga turun sehingga RM100.

Apabila kita mengambil keputusan menunggu iaitu meletakkan sebagai keutamaan, kita sebenarnya bakal merugikan masa & juga duit kita sendiri.

Hanya kerana mahu tunggu turun RM1, kita berhenti menyimpan emas.

Hanya kerana mahu tunggu turun RM5, kita lupakan emas.

Hanya kerana mahu tunggu turun RM10, duit kita habis.

Jadi, beli ketika ada duit jauh lebih berbanding beli emas ketika harga rendah.

Harga rendah belum tentu kita boleh beli kerana duit (RM) yang ada mungkin telah pun habis.

Tapi jika kita ada duit (RM) sudah semestinya kita boleh beli emas.

Jika daripada awal kita fokus kepada RM (harga rendah), kita akan mengalami suatu keadaan yang tertekan dan menekan.

Harga naik hati menjerit.
Harga turun jiwa kacau.

Oleh sebab itu simpanan kita tidak akan berubah.

Kita takut tambah emas.
Kita risau beli emas.
Kita gusar miliki emas.

Biasalah harga emas naik. Tak kan kita nak tengok harga statik dan tidak berubah.

Biasalah harga turun. Tak kan kita nak lihat sahaja dan tak ambil peluang.

Bahasa mudah,

Harga naik Rezeki.
Harga turun juga Rezeki.

Cuma bagaimana kita menerima keadaan itu untuk rezeki atau Rezeki.

Mudah kan?
Faham kan?

Ambil peluang ya. Jangan bertangguh 🥳

Baca juga disini Sebab kenapa Perlu Simpan emas

publicgold.me/fanashafie

S I M P A N  D U I T Menyimpan adalah salah satu perkara penting dalam mengurus kewangan. Menyimpan melatih kita untuk d...
28/01/2022

S I M P A N D U I T

Menyimpan adalah salah satu perkara penting dalam mengurus kewangan. Menyimpan melatih kita untuk disiplin dan konsisten, kita akan lebih berhati-hati sebelum berbelanja.

Pandai urus kewangan bukan bermaksud kedekut, kita berbelanja mengikut keutamaan terlebih dulu. Selesai semua perbelanjaan perkara keperluan, jika ada lebihan baru boleh belanja untuk perkara kehendak.

Menyimpan adalah salah satu keperluan untuk kita hari ini, simpan minimum 10% dari gaji pada hari gaji sudah cukup memadai.

Dapat simpan lebih itu lebih baik, sebanyak mana simpanan yang kita ada itulah yang akan membantu kita pada masa depan.

Bagaimana untuk tambah simpanan setiap bulan? Ada dua cara untuk kita buat simpanan yang banyak setiap bulan;

1. Potong belanja kehendak, cara ini lebih mudah sebab tak perlu ‘extra effort’. Cuma kena tahan nafsu belanja sahaja.

2. Buat ‘part time’ pada waktu terluang, cara ini perlukan komitmen masa dan tenaga untuk dapat side income.

Cara yang pertama lebih mudah untuk kita buat, risiko rendah dan kita boleh ada masa yang berkualiti untuk rehat.

Bila masa nak beli perkara kehendak? Bila target simpanan kita dah cukup nak beli apa pun boleh. Simpan elok-elok hasil simpanan di tempat yang tidak mudah bocor.

Tidak digalakkan simpan dalam akaun bank yang kita senang akses; dugaan nak berbelanja sekarang amatlah tinggi.

Ada banyak cara untuk selamatkan duit simpanan, masuk dalam Tabung Haji atau ASB adalah cara yang biasa orang ramai amalkan.

Saya lebih selesa simpan dalam bentuk emas, cara nak simpan pun mudah dan susah untuk dibelanjakan. Perlu ada proses untuk ‘cairkan’ emas tersebut kepada duit.

Sebaiknya kita ada semua jenis simpanan, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Simpanan duit untuk jangkamasa pendek dan simpanan emas untuk jangkamasa panjang, dua-dua simpanan saling melengkapi.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua insyaallah. Wallahua’lam.

publicgold.me/fanashafie

M I N D S E T  P O S I T I FPengurusan kewangan adalah salah satu perkara penting dalam hidup kita, kewangan yang kukuh ...
28/01/2022

M I N D S E T P O S I T I F

Pengurusan kewangan adalah salah satu perkara penting dalam hidup kita, kewangan yang kukuh memberikan kehidupan yang lebih stabil untuk diri dan keluarga kita.

Gaji yang tinggi tidak menjamin kewangan yang kukuh, ada ramai di luar sana yang ada gaji yang tinggi tapi simpanannya kosong.

Lebih menyedihkan lagi, pendapatan tinggi tapi hutangnya bertambah setiap bulan. Aliran tunai (cashflow) negatif. Adehhh!

Mula bina asas kewangan yang kukuh dari hari pertama mula bekerja, pendapatan yang kecil jika diurus dengan teratur boleh menghasilkan aliran tunai (cashflow) positif setiap bulan.

Senaraikan setiap perbelanjaan harian dan bulanan, susun kepada dua kategori iaitu perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan kehendak.

Utamakan perbelanjaan keperluan dulu, potong belanja kehendak kalau bajet tidak cukup. Jika pendapatan cukup-cukup makan, boleh tambah pendapatan untuk kita dapat beli perkara kehendak.

Kalau boleh elakkan buat komitmen bulanan untuk perkara kehendak, tidak berbaloi bayar bulan-bulan untuk perkara kehendak yang tidak mendatangkan duit.

Pengurusan kewangan bukan soal gaji besar atau kecil, pandai mengira matematik pun belum tentu pandai menguruskan kewangan.

Orang yang pandai kawal emosi dalam berbelanja insyaallah pandai urus kewangan, kebanyakan dari mereka mengamalkan ‘dapat gaji simpan dulu baru belanja’.

Sifu kewangan saya pesan; “bila kita belanja kita kayakan orang lain, bila kita menyimpan kita kayakan diri sendiri”.

Ada banyak medium untuk membina kekayaan dalam kewangan, pilih mana yang sesuai dengan bajet masing-masing.

Tiada kaedah simpanan yang sempurna dan sesuai untuk semua, setiap kaedah simpanan melengkapi antara satu sama lain.

Jika gagal simpan duit dalam bank jangan cepat putus asa, ada banyak lagi medium lain untuk kita simpan duit.

Cari ‘ahli’ yang berpengalaman dalam bidang tersebut untuk minta nasihat, insyaallah ada 1001 nasihat yang kita akan dapat.

Kita percaya dan ikut nasihat dan tunggu hasilnya, buat sikit-sikit secara konsisten jauh lebih baik dari tidak berbuat apa-apa.

‘Ilmu tanpa amal adalah sia-sia’.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Wallahua’lam.

publicgold.me/fanashafie

Address


62250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Gold Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Public Gold Putrajaya:

  • Want your business to be the top-listed Business?

Share