Zahasni Consultancy

  • Home
  • Zahasni Consultancy

Zahasni Consultancy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Zahasni Consultancy, Consulting Agency, Desa Pandan, .

Its all about total financial solutions; property financing, family takaful, life insurance, group medical insurance, project financing, general insurance & takaful, refinancing etc

Harini lepak dgn Puan loyer hartanah tersohor di KV.. sama2 share peluang2 yg blh diterokai di tahun 2024 ini.. dh hampi...
28/02/2024

Harini lepak dgn Puan loyer hartanah tersohor di KV.. sama2 share peluang2 yg blh diterokai di tahun 2024 ini.. dh hampir 10 tahun bekerjasama dgn beliau.

Very passion loyer dan komited dlm handle file2 yg direfer pd beliau.
Thank you belanje lunch harini ye Fifi.. lain kali belanja lagi 😅😅





Jumpa kwn lama kt cimb dulu2. Sama2 kita share peluang dan ruang yg semakin sempit ini utk sama2 kita luaskannya kembali...
27/02/2024

Jumpa kwn lama kt cimb dulu2. Sama2 kita share peluang dan ruang yg semakin sempit ini utk sama2 kita luaskannya kembali..
Thank you Vennie for your time.. hope we can work together in near future..

Im looking for any bankers, UT consultant, Ins & Takaful player to work together and interested to level up your financial consultation service… we go on more professional approach, legit and certified.






Zahasni Md Rus
RFP
Lifa Planners Sdn Bhd

Jumpa kawan lama 16 tahun dlm ins n takaful industri… berkongsi peluang dan ruang yg sempit.. agar ia dpt diluaskan.. jg...
26/02/2024

Jumpa kawan lama 16 tahun dlm ins n takaful industri… berkongsi peluang dan ruang yg sempit.. agar ia dpt diluaskan.. jgn terkongkong.. open heart open mind.. tq bosskurrr belanja minum





Zahasni Md Rus
RFP (Assc)

26/07/2021

AL-KISAH MINGGU NI (tak rugi tak baca, tapi untung kalau baca)

COVID 19; ALAH BISA TEGAL BIASA (dalam sedar tak sedar)

Kebelakangan ini kes C19 semakin menjadi-jadi. Bilangan kes positif telah mencapai rekod lebih 17,000 kes sehari. Kena ingat 17,000 ini ialah manusia yg bernyawa ye, bukan jumlah kereta atau lori dan sebagainya.

Masa mula2 dulu Covid nih, naik jadi 100 kes pun dah menggelupur semua. Bukan setakat tangan, rasa nak lumur satu badan hand sanitizer tu pun ada...kann. Balik dari kedai atau pasaraya terus mandi, tukar pakaian and so on… ada buat lagi tak?

Sekarang ni blame game sedang hangat di pasaran, kerajaan salahkan rakyat tak patuh SOP punca kes naik, rakyat salahkan kerajaan sebab benarkan beratus ribu kilang beroperasi dengan lebih 2 juta pekerja yg terlibat. Ini salah.. itu salah..sana salahhh..

PKP/B/D, PPN, Total Lockdown hampir sepanjang tahun 2021 ini tapi kes masih naik malah mencanak-canak naiknye. Dari 5K sehari diunjurkan kpd 9K oleh KKM, diunjurkan p**a kepada 13K. Setakat harini dah lebih 17K kes sehari. Unjuran seterusnya 24K kes sehari menjelang 1 September.

Unjuran KKM bagi ni sbg amaran.. tapi MKN buat sbg KPI plak.. kena achieve. KPI MKN skrg ni 4.. above expectation. Cukup tahun naik gaji, naik pangkat.. untunglahhh. Setakat ni tk pernah gagal capai KPI unjuran kes tu..

Jumlah kes postif terkumpul telah mencecah 7 angka iaitu 1 juta dari 33 juta rakyat Malaysia. Saban hari kita mendahului negara2 lain yg jauh lebih ramai pop**asinya dr kita (untuk setiap 1 juta penduduk).

Apa ikhtiar kita lagi selain berdoa kpdNya semoga dijauhi dr wabak ini? Hari2 bila bukak wasap, fb ada shj kwn2, sedara mara dan kenalan yg positif C19 ni. Betul la C19 ni mmg dah jadi sebahagian dr komuniti.

Kita betul2 Di Persimpangan Dilema..mcm lagu Nora tu. Antara survivor nak sediakan makanan atas meja dengan risiko kesihatan. Sektor2 PKS terus ditutup untuk tempoh lebih 2 bulan. Banyak sektor bkn keperluan terussss dijadikan korban untuk mengimbangi kes sektor2 yg dibuka yg bukan la keperluan sangat ponggg.. pembinaan contohnya.. stage earth work and land clearing pun bagi bukak.

Dah la takde duit, nak kerja tak boleh, bantuan asyik bantut bantut aje dapatnye idakk. Sampai ada yg kata ‘dah takde apa nak dijimatkan lagi”. Tekanan dan ditekan hari2 pasti koyak mental kita, semakin ramai mengambil jalan singkat.. terjun bangunan, gantung diri dah tak kira agama dan bangsa dah. Hebat cabaran kali ini.

Kemudahan kesihatan juga berada pada paras yg kritikal. Ada yg telah penuh dan ada yg telah “overloaded”. Viral di media sosial keadaan jenazah/mayat yg diletakkan sementara di lantai. Pesakit berkongsi tangki oksigen, rumah mayat dah penuh, tiada peruntukan untuk tambahan kontena mayat. ICU yg tidak mencukupi hingga mengakibatkan “I Cant See U” lagi.

Kerenah gedik org2 politik juga memualkan walaupun sah tak mengandung. Makan durian ramai2, lepak2 homestay laaa, jalan2 tempat awam tak pakai mask laa, tak scan suhu dan sebagainya. Ni yg buat naik hanginnn, tatkala marhaen nih terkurung kat rumah, ini tak boleh itu tak boleh. Kang tak pasal2 melayang ribu riban bayau saman. The lawmaker break the law… sendiri buat undang2 sendiri langgar.. shame on you guys, this is KORO kwn saya kata. TERBARU… ada p**ak malam pesta muda mudi Pak Maon… adoii laaa.. mamposss mcm ni

Huhhh.. banyaknye masalah. Kalau dihalusi setebal kamus Oxford kot. Tapi, kepada yg tak terkesan secara langsung terutama dr segi gaji dan pendapatan serta tidak pernah positif C19 anda kena merancang sesuatu sebelum terlambat. Dengan kadar kematian yg semakin tinggi setiap hari, kadar keboleh jangkitan yg tinggi juga pasti meletakkan diri kita dalam risiko kesihatan yg tinggi.

Terbaru Hospital Selayang telah diumumkan sbg hospital Covid 19 (hanya merawat C19) shj. Hospital2 awam dah banyak yg bertukar status jadi hospital covid. Ini bermakna semua sakit2 lain kena rawat dihospital awam yg lain.

Kita kena ingat juga utk pesakit2 yg ada sakit2 kritikal seperti kencing manis, kanser, jantung, buah pinggang dan lain2. Juga untuk sakit2 tak kritikal atau kemalangan. Mana arah dorang nak pergi. Saya mmg amat bersimpati dengan keadaan ni… terutama golongan kurang upaya dan kurang kemampuan.

Ye… maslah tetap la maslah. Untuk covid ni hanya masa aje akan menentukan mcm mana pengakhirannya. Belum gagal, belum menang, belum kalah, belum tewas… itu aje la kata2 yg masih ada utk meyakinkan kita yg semakin terhimpit nihhh…

Saya rasa kini tiba masa yg amat sesuai, kita kena jaga diri kita sendiri dan keluarga kita. Kerajaan dah tak boleh nak jaga kita dah, terutama berkaitan kesihatan dan kemudahan berkaitan kesihatan. Bukan sekadar lagii.. bendera putih berkibaran disana sini dahhh…

Sekarang adalah masa yg tepat dan terbaik untuk kita semua memiliki medical card. Sekurang2nya ada tempat utk kita dapatkan rawatan tanpa perlu memikirkan kos. Jgn kecam, ini untuk yg mampu tapi tak ada medical card sbb selama ini pikir hospital gomenn kann ado..

Pada hakikatnye premium/caruman bukan mahal sangat jika dibandingkan dengan benefit yg ada. Sila rujuk dgn perunding2 takaful dan ejen insuran yg kita kenal mungkin kawan2, sedara mara atau carik aje kat FB, bersepah ada orang ni. Cuba mintak dorang bg quotation yg sesuai dengan kemampuan kita.

Semua org yg kena covid akan kata “saya pun tak tau mcm mana boleh kena”. Itu hakikat, sbb mmg tak siapa blh nampak kuman tu ada kat mana dan sapa yg ada. Kalau dah kena covid, kemudian hari amatttt lahh payah untuk insuran company bg kelulusan. Dalam sejuta rakyat Malaysia yg positif ni brp ramai yg ada medical card atau sijil takaful (hibah takaful) sebagai back up jika terjadi apa2 perkara diluar jangkaan.

Harini wife bgtau ada kenalan dia meninggal di rumah atas sebab home quarantine. Kena faham situasi, varian Delta mmg tkde sintom. Masa buat test covid mungkin keadaan kategori 1 atau 2, tapi varian ni mmg ganas dan pantas tu yg sebabkan kita tak perasan mungkin dah menyerang paru2 kita. Tambahan kita ada penyakit2 sampingan lain tanpa kita sedar. Wallahualam.

Kalau nak beli medical card tu kena faham 2 perkara asas. Pertama, kena tau apa yg di cover? Kedua, kena tau apa yg tak cover. Yang tak cover ni 99% orang tak amik tau. Bila nak claim tau2 tak boleh, pastu salah kan insuran atau takaful menipu.. pastu viralkan supaya org lain tak amik polisi/sijil takaful. Mana yg s**a dgn viral2 ni pun setuju aje tanpa tau asal usul kisah. Sama mcm kempen anti vaksin… main hentam ikut aje.

Insuran company tak boleh tipu sbb polisi/sijil takaful adalah kontrak yg sah, ada bayar “duti setem” atau mati setem RM10 tu. Kalau betul company tipu saman aje.. kompom menang sbb hakim akan berpandukan kontrak polisi/sijil takaful tu.

Covid 19 ni ialah PANDEMIK, kena tengok polisi tu cover pandemik ke tidak? Ini penting utk jangka panjang, manatau selepas ini ada lagi virus2 dlm kategori pandemik ini (mintak dijauhkan).
Ok lahh.. setakat ini shj cerpen minggu ini. Saya bercerita utk kesedaran bersama bukan menjual medical card.

Tapi jika mahukan perkhidmatan rundingan percuma secara eksklusif, insyaallah saya sedia berkhidmat atau carik aje mana2 ejen takaful pilihan anda sendiri. Yg penting ialah miliki satu medical card untuk anda dan keluarga sekarang. Bertangguhlah dlm melakukan kejahatan, dan bersegera melakukan kebaikan.

Zahasni Md Rus
0126674086

Salam Ramadhan 1442H to all clients. May Allah bless us with health and wealth.
13/04/2021

Salam Ramadhan 1442H to all clients. May Allah bless us with health and wealth.

04/12/2020

To do sale n rental for completed property and under construction project.

15/06/2020

Propose, consult and selling mortgage financing, medical card, takaful products and investment.

14/06/2020

Address

Desa Pandan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zahasni Consultancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zahasni Consultancy:

  • Want your business to be the top-listed Business?

Share