Perkhidmatan Pintar NADI

  • Home
  • Perkhidmatan Pintar NADI

Perkhidmatan Pintar NADI Perkhidmatan Pintar NADI - Menyediakan pembelajaran, peningkatan kemahiran, kesihatan percuma, bimbingan usahawan, aktiviti digital & kesedaran siber.
(2)

Sertai kami di 1,099 Pusat NADI seluruh negara. Pendaftaran percuma!

MACAM- MACAM PROGRAM PERCUMA ADA, LOKASI PUN DEKAT JE TU… TINGGAL NAK JOIN JE  👀5–7 Jun 2026 ni, Perkhidmatan Pintar NAD...
05/06/2026

MACAM- MACAM PROGRAM PERCUMA ADA, LOKASI PUN DEKAT JE TU… TINGGAL NAK JOIN JE 👀

5–7 Jun 2026 ni, Perkhidmatan Pintar NADI & NADI On Wheels dah sediakan pelbagai program terus ke komuniti — Tuisyen Rakyat, VOD Revision, SLS Mahir Masak, keselamatan digital, penuaan sihat, dumbbell exercise, E-Sports Awareness Class dan Kidventure: Business Operation.

Korang tak perlu pening nak cari kelas jauh-jauh. Semak je lokasi dalam poster, pilih program yang kena dengan minat atau keperluan korang, kemudian datang ke lokasi terdekat.

📚 Anak boleh tambah sokongan belajar
🔐 Korang lebih peka tentang scam, berita palsu & cybertrap
🍳 Boleh belajar skill praktikal macam memasak
💪 Dapat ilmu jaga kesihatan & kekal aktif
🎮 Anak muda pun ada ruang melalui E-Sports Awareness

💬 Kalau pilih satu je dulu, korang nak join yang mana?
Tuisyen / Digital Safety / Masak / E-Sports / Penuaan Sihat

Komen pilihan korang & tag kawan yang patut tahu program ni 🔁

Mahir Short Learning Series (SLS) Jun (Q2 2026)🧑🏻‍🍳 Mahir MasakTajuk SLS: Ragout Ayam 🍗🫔Dalam sesi ini, peserta akan bel...
03/06/2026

Mahir Short Learning Series (SLS) Jun (Q2 2026)
🧑🏻‍🍳 Mahir Masak
Tajuk SLS: Ragout Ayam 🍗🫔

Dalam sesi ini, peserta akan belajar teknik asas penyediaan inti ragout ayam, cara membalut dengan kemas, teknik salutan yang betul, serta tips menggoreng supaya hasil lebih cantik dan sesuai untuk hidangan keluarga mahupun jualan kecil-kecilan (produk frozen).

📅 Tarikh: Jumaat, 5 Jun 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Platform: YouTube Studio NADI MAHIR

📢 Kunjungi NADI berhampiran anda untuk pendaftaran dan maklumat lanjut 📢

Jangan lupa sertai kelas ini. Kemahiran kecil hari ini boleh jadi peluang pendapatan esok ☺️

Mahir Short Learning Series (SLS) Jun (Q2 2026)🎞️ Mahir FotoTajuk SLS: KAMERA JADI DUIT: TIKTOK AFFILIATE EDITION 📸💰Bela...
03/06/2026

Mahir Short Learning Series (SLS) Jun (Q2 2026)

🎞️ Mahir Foto
Tajuk SLS: KAMERA JADI DUIT: TIKTOK AFFILIATE EDITION 📸💰

Belajar guna kamera bukan sekadar untuk rakam video, tetapi untuk cipta peluang jualan dan pendapatan 🤩

📅 Tarikh: Khamis, 4 Jun 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Platform: YouTube Studio NADI MAHIR

📢 Kunjungi NADI berhampiran anda untuk pendaftaran dan maklumat lanjut 📢

Jangan lepaskan peluang menarik ini!

Mahir Short Learning Series (SLS) Jun (Q2 2026)🌱 Mahir Pertanian PintarTajuk SLS: STRATEGI SURVIVAL PEKEBUN: BEBAS RACUN...
03/06/2026

Mahir Short Learning Series (SLS) Jun (Q2 2026)

🌱 Mahir Pertanian Pintar
Tajuk SLS: STRATEGI SURVIVAL PEKEBUN: BEBAS RACUN & BAJA IMPORT 👨🏻‍🌾

Dalam sesi ini, peserta akan belajar pendekatan lebih bijak dan praktikal untuk mengurus tanaman tanpa terlalu bergantung kepada racun kimia dan baja import. Cikgu Hanif akan berkongsi strategi dan pilihan alternatif yang lebih selamat, serta tips memastikan tanaman terus sihat dan produktif.

📅 Tarikh: Rabu, 3 Jun 2026
⏰ Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
📍 Platform: YouTube Studio NADI MAHIR

📢 Kunjungi NADI berhampiran anda untuk pendaftaran dan maklumat lanjut 📢

Jangan lepaskan peluang untuk belajar strategi pertanian yang lebih bijak dan selamat ini.

BERNIAGA TAPI AKAUN BOCOR? JOM BELAJAR BUSINESS PLANNING & FINANCIAL PLANNING. 📈  Sales ada tapi kita tak tahu mana perg...
03/06/2026

BERNIAGA TAPI AKAUN BOCOR? JOM BELAJAR BUSINESS PLANNING & FINANCIAL PLANNING. 📈

Sales ada tapi kita tak tahu mana pergi duit jualan kita.. kalau korang ada masalah ni jom belajar macam mana nak selesaikan. Bukan tu je, Perkhidmatan Pintar NADI ada banyak lagi program yang boleh bantu korang — dari kesihatan, bisnes, skill, sampai keselamatan digital.

Korang pilih je mana yang paling kena 👇
🩺 Belum sakit, tak perlu check — betul ke?
💼 Business Plan & Financial Planning
🌱 SLS Mahir Pertanian Pintar
🎨 Pertandingan KIS Ambassador & Reka Bentuk Logo
📰 Webinar Berita Palsu
📚 Tuisyen Rakyat / VOD Revision

📍 Kita juga ada NADI On Wheels di lokasi terpilih di Sabah. Jemput hadir & sertai aktiviti menarik.
Datang je ke lokasi/Pusat NADI berhampiran — petugas akan bantu daftar & pilih program yang sesuai.

💬 Kalau kena pilih satu dulu, korang nak join yang mana?
Kesihatan / Bisnes / Pertanian Pintar / Logo / Berita Palsu

Komen dekat bawah 👇
Tag kawan yang perlukan ilmu baru tu 😆

Dirgahayu TuankuMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Ya...
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, keberkatan, kesihatan dan kebijaksanaan dalam menaungi rakyat serta negara.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada,
Perkhidmatan Pintar NADI

Selamat Hari Wesak 🪷✨Perkhidmatan Pintar NADI mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh masyarakat Buddha yang merai...
31/05/2026

Selamat Hari Wesak 🪷✨

Perkhidmatan Pintar NADI mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh masyarakat Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan keharmonian kepada semua, serta memperkukuh nilai kasih sayang, perpaduan dan saling menghormati dalam komuniti.

Marilah kita terus menyemai semangat kebersamaan demi masyarakat yang lebih harmoni, inklusif dan sejahtera.

Selamat Hari Wesak.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙✨Perkhidmatan Pintar NADI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙✨

Perkhidmatan Pintar NADI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, menyuburkan nilai keikhlasan, serta memperkukuh semangat pengorbanan, perpaduan dan keprihatinan dalam komuniti.

Marilah kita meraikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran, saling menghargai dan terus menyantuni sesama insan.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin.

DAGING KORBAN BARU DUA PINGGAN… IBU JARI KAKI DAH BERDENYUT? 😅🥩Musim Aidiladha ni memang susah nak tolak lauk sedap. Tap...
25/05/2026

DAGING KORBAN BARU DUA PINGGAN… IBU JARI KAKI DAH BERDENYUT? 😅🥩

Musim Aidiladha ni memang susah nak tolak lauk sedap. Tapi kalau ada isu gout, kolestrol, atau selalu rasa “eh badan macam tak kena je”, meh ambil tahu sikit sebelum terlajak.

Jom join Program Perkhidmatan Pintar NADI minggu ni, kita ada topik yang sesuai sangat dengan korang. 👇

🥩 Gout & Kolestrol — cara nikmati daging korban dengan lebih selamat
🛠️ SLS Mahir Baiki Gajet — skill praktikal yang memang berguna
📚 Tuisyen Rakyat / VOD Revision — untuk yang nak teruskan pembelajaran
💼 NADIPreneur & EmpowHer — video pra-latihan bisnes
🔐 Cybersecurity — ancaman siber di tempat awam

📍 Program turut melibatkan NADI On Wheels di beberapa lokasi terpilih. Semak poster dan datang ke lokasi berhampiran anda.

💬 Tajuk mana yang menarik untuk korang? — Gout & Kolestrol, Baiki Gajet, Tuisyen, atau Cybersecurity?

Komen kat bawah ni 👇
Tag ahli keluarga yang tiap kali raya korban cakap "makan sikit je" tapi lepas tu bertambah-tambah. 😆🔁

Address

Lot 33066 Jalan Teknologi 2

63000

Telephone

+60133999920

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan Pintar NADI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Business?

Share