SEDCO Mining

SEDCO Mining Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SEDCO Mining, Management Service, Level 5, Wisma Perkasa, 39 Jalan Gaya, .

26/05/2026
19/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Sr. Alan Chua Ming Ling, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah atas pelantikan rasmi beliau sebagai Pengerusi baharu SEDCO Mining Sdn Bhd.

Kepercayaan ini merupakan bukti kepimpinan, dedikasi, serta sumbangan cemerlang beliau dalam memacu agenda pembangunan ekonomi negeri Sabah. Semoga di bawah teraju baharu ini, SEDCO Mining terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, memperkukuhkan operasi perlombongan lestari, dan memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

Selamat maju jaya dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan.

15 Mei 2026 — Majlis Serah Tugas Pengerusi SEDCO Mining Sdn Bhd daripada YB Datuk Rubin Balang kepada Pengerusi baharu, ...
18/05/2026

15 Mei 2026 — Majlis Serah Tugas Pengerusi SEDCO Mining Sdn Bhd daripada YB Datuk Rubin Balang kepada Pengerusi baharu, Datuk Sr. Alan Chua Ming Ling.

Turut hadir YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah serta Datuk Ar. James Wong, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Johari Saiman, Timbalan Pengerusi SMSB, Datuk Vincent Chin Kiang Ming, Ahli Lembaga Pengarah SMSB dan Dr. Samuil Mopun, Ahli Lembaga Pengarah SMSB.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada YB Datuk Rubin Balang selaku Pengerusi pertama SEDCO Mining Sdn Bhd. Kepimpinan, komitmen serta sumbangan beliau dalam membentuk dan meletakkan asas penubuhan syarikat ini merupakan satu legasi penting yang menjadi landasan kukuh dalam meneruskan kesinambungan kecemerlangan dan pembangunan syarikat pada masa hadapan.

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Datuk Sr. Alan Chua Ming Ling atas pelantikan sebagai Pengerusi baharu SEDCO Mining Sdn Bhd. Semoga kepimpinan beliau akan terus memperkukuhkan hala tuju syarikat ke arah pertumbuhan mampan, berdaya saing dan memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi Negeri Sabah.




06/05/2026

🩸 Jelajah Kempen Derma Darah 2026

Anjuran Kumpulan SEDCO
📍 Lahad Datu
🗓️ 9 Mei 2026 (Sabtu)
📌 Kompleks Darvel Bay

✨ “Setitis Darah, Sejuta Harapan” ✨

Ayuh warga Lahad Datu bersama-sama kita menyumbang kepada masyarakat dengan menderma darah. Satu beg darah mampu menyelamatkan nyawa! ❤️

🎁 Cenderamata khas untuk 70 penderma terawal!

💪 Kenapa perlu derma darah?
✔️ Menyelamatkan nyawa
✔️ Membantu pesakit yang memerlukan
✔️ Baik untuk kesihatan penderma
📣 Jangan lepaskan peluang ini!

Ajak keluarga & rakan-rakan anda untuk turut serta.





SELAMAT HARI PEKERJA 2026.
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026.

23 April 2026 - Datuk Johari Saiman yang merupakan Timbalan Pengerusi SEDCO Mining Sdn Bhd, telah turun padang hari ini ...
23/04/2026

23 April 2026 - Datuk Johari Saiman yang merupakan Timbalan Pengerusi SEDCO Mining Sdn Bhd, telah turun padang hari ini bagi menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Saman, Berungis iaitu keluarga Shalfarina Binti Iman dan keluarga Shaifizy Bin Iman.

Sumbangan tersebut adalah sumbangan peribadi daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan disampaikan oleh Datuk Johari sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa yang terlibat.

Kehadiran beliau bukan sahaja menyampaikan bantuan, malah turut memberikan sokongan moral kepada mangsa agar terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

Turut hadir ialah CEO SEDCO Mining Sdn Bhd, Tuan Shamsul Bahri Johari serta rombongan.

Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban dan memberi sinar harapan kepada semua mangsa yang terlibat.


17 April 2026 – Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan secara sederhana dalam suasana harmoni dan penuh kemes...
17/04/2026

17 April 2026 – Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan secara sederhana dalam suasana harmoni dan penuh kemesraan.

Program ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta meraikan Syawal bersama warga kerja dalam suasana santai.

Sesi taklimat dan perkongsian kertas kerja berkaitan pendakwaan serta penyitaan kuari perlombongan pasir di Negeri Sabah...
17/04/2026

Sesi taklimat dan perkongsian kertas kerja berkaitan pendakwaan serta penyitaan kuari perlombongan pasir di Negeri Sabah telah diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan.

Perbincangan turut melibatkan perkongsian pandangan serta usaha memperkukuh tindakan penguatkuasaan bersepadu dalam membanteras aktiviti perlombongan pasir haram di negeri ini.

06/04/2026

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 & 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga Perbadanan dan Syarikat Kumpulan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Sabah Tahun 2026.

Pengurniaan ini adalah bersempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Semoga pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin semangat untuk berbakti dengan lebih cemerlang demi kemajuan negeri.




Address

Level 5, Wisma Perkasa, 39 Jalan Gaya

88821

Telephone

+6088413337

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEDCO Mining posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SEDCO Mining:

  • Want your business to be the top-listed Business?

Share