21/12/2021
Allahuakhbar...Terima Kasih Perwira...
besar Pahala kalian.. 🤲🤲😭
stay safe Malayisa..
Setiap sesuatu yg terjadi, fitrah manusia akan segera mengingat kepada Allah apabila sedang berada dipuncak pengharapan. Inilah saat mustajab utk kita segera beristiqhfar & bermuhasabah atas dosa² kita, agar musibah tidak diteruskan sebaliknya segera dihentikan dan penderitaan jg segera dilenyapkan. Namun, musibah dari Allah itu tetap tidak pernah mengenal juga untuk tertimpa pada hamba yg taat mahupun yg dimurka :-
1. Pada yg dimurka itu menjadi kaffarah dosanya insyaAllah jika ia kembali sedar & insof..
2. Pada yg taat itu menjadi ujian & meningkatkan darjatnya insyaAllah jika ia sabar & redha..
Dan pada yg selamat dan tidak mengena musibah p**a, ingatlah samada terdiri pada 2 hal ;-
1. Pada yg taat itu syukurilah bahawa Allah masih mengampunkanmu dan memelihara secara khusus.
2. Pada yg dimurka p**a akan terus diulikkan oleh Allah akan rasa senang, lapang & bahkan terasa seperti telah diselamatkan Allah, sedangkan ianya tidak lebih dari 'istidraj' yg dikekalkan berterusan demikian, yg mana secara tak sedar akan terus membinasakan dirinya dan semakin menjauhkan Allah dari dirinya.. Ketahuilah bahawa kenikmatan dan keselamatan itu boleh juga menjadi salah satu cabang azab & musibah yg tersembunyi...
Golongan ini lebih teruk hal mereka sebenarnya dari golongan yg dimurkai tetapi dimusibahkan sebagai peringatan.. wal'iyazubillah..
Di saat musibah ini, marilah kita semua segera dan bersegera kita bermuhasabah, lebih² lagi buat yg masih diselamatkan oleh Allah s.w.t, jangan sampai ditenggelamkan baru nak sedar... dan segeralah jg memperbanyakkan istiqhfar kpd Allah, dan bersama² segera bertawassul kpd Rasulillah s.a.w, agar segera juga diangkat segala kesusahan & ujian kita, agar diangkat segera segala musibah dan bala, moga keadaan cepat menjadi reda & tidak menjadi semakin teruk berganda².. wal'iyazubillah..
لا إله إلا أنت سبحانك إنا كنا من الظالمين 🤲
Pak Ngah alDimashqy