23/02/2026
Alhamdulillah, hari pertama Bantuan Amal & Infak Kebajikan (BAIK) telah berlangsung dengan jayanya dan penuh keberkatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) yang telah bersama-sama menyumbang sama ada dalam bentuk masa, tenaga mahupun harta benda. Keprihatinan dan kemurahan hati biskita bukan sahaja membantu menyediakan makanan kepada mereka yang memerlukan, malah turut menyemarakkan lagi kemuliaan dan kegembiraan suasana Ramadhan pada hari ini.
Penghargaan khas juga dirakamkan kepada Ustaz Haji Loqman Hamdan, NYDP Hal Ehwal Agama DPPMB, atas penyampaian tazkirah yang penuh penghayatan dan memberi peringatan bermakna buat kita semua.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi terima kasih kepada usaha Sitty Delima (USD) atas kesudian menyediakan tempat dan makanan, serta mengadakan sedekah service yang telah menyumbang kepada kelancaran dan keberkatan program ini.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita, memberkati setiap usaha yang dilaksanakan, dan melipatgandakan ganjaran di bulan yang penuh rahmat ini.
Aamiin, Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.