Firqah Dzulfiqar

Firqah Dzulfiqar Kumpulan Dzulfiqar Ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Haji Muhd Nursyahmi Bin Haji Jumat ketika masih menuntut di Maktab Duli sesi 2007-2008.

Kumpulan ini ditubuhkan untuk menambahkan sebuah lagi kumpulan hadrah di Negara Brunei Darussalam sebagai penerus kepada warisan seni hadrah masyarakat Melayu di Brunei. Para ahli adalah terdiri daripada rakan-rakan seperjuangan dari Maktab Duli dan juga Universiti Brunei Darussalam disamping beberapa ahli yang secara sukarela menyertai kumpulan ini. Kumpulan ini sering dijemput untuk membuat pers

embahan di majlis-majlis perkahwinan, acara-acara rasmi, menyambut kedatangan tetamu-tetamu kehormat, pelancong dan sebagainya. Keunikan kumpulan ini ialah membuat persembahan dengan lagu-lagu tradisional Brunei, lagu-lagu yang berunsur dakwah/keagamaan/nasihat, dan berkemampuan untuk mencipta rentak irama dan pukulan yang tersendiri tetapi mengekalkan keaslian dalam masa yang sama. Memandangkan kumpulan ini masih baru ditubuhkan, amatlah sukar untuk menjadikan kumpulan ini sebuah kumpulan yang dikenali di negara ini. Namun ahli-ahli kumpulan ini akan sentiasa berusaha dan memantapkan lagi mutu persembahan di masa yang akan datang dengan berbekalkan semangat untuk meneruskan warisan hadrah yang kian pupus dan kurang digemari pada masa kini. Harapan kami adalah untuk menjadi pilihan anda semua dan semoga terhibur dengan persembahan yang kami berikan, tidak lupa juga beroleh manfaat daripadanya jua.

Address

Bandar Seri Begawan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Firqah Dzulfiqar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share