Hana gold business

Hana gold business Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hana gold business, Business service, Mulaut, Brunei Town.

08/01/2017

Basic tentang emas

1⃣ Emas juga dikenali sebagai logam kuning..
2⃣ Emas semuanya sama.. jgn tertipu dengan brand.. Emas hanya berbeza dari segi ketulenannya..
3⃣ SIFAT EMAS

🔸Berwarna kekuningan
🔸Mudah di bentuk
🔸 Berkongsi kumpulan dengan Perak dan Tembaga dlm jadual berkala.
🔸 Tidak terhakis.

4⃣ GRED EMAS

# Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen

Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Barang Kemas)
-------------------
Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Barang Kemas)
-------------------
Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)
-------------------
Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas
-------------------
Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian)
--------------------
Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas
--------------------
Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll)
Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas
--------------------
Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas
--------------------
Emas 375 = 9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA)
🌷🌺🌻🌸🌷🌺🌻🌸

5⃣ Campuran lain selain dari emas kebiasaannya Perak dan Tembaga utk menguatkan struktur emas.

Contoh
-------
Gold Bar 999.9 bermaksud 99.9% emas tulen

Barang Kemas 916
Bermaksud 91.6% emas
8.4% lagi adalah campuran perak dan tembaga.

6⃣ Sesetengah Barang kemas (Emas Kelantan) 916 agak kelihatan merah kerana campuran emas dan tembaga jadi Barang kemas / alloy

Bagi sesetengah pengeluar pulak.. mereka mencampur emas dan Silver. Warna barang kemasnya lebih kuning dan banyak di pasaran Malaysia

TAPI jika emas 999 warnanya sama walau datang dari mana pun pengeluarnya.. itulah warna Emas yg asal.

7⃣ Basic timbangan emas lama yg masih digunakan di sesetengah negeri di Malaysia

KELANTAN
Emas Se Rial =2.72gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
---------------------
TERENGGANU
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm
----------------------

Contoh pengiraan👇

Satu gram = rm 150
Se rial berat = rm 150 x 2.72g = Rm 408

# so.. kalau pegi sana.. dia akan ckp harga emas hr ni ialah rm408.. jangan la terkejut plak.. sebab tu dlm rial.. bkn dlm gram.. kita kena tahu mcm mana nak convert..😅

9⃣ Spread / Susut Nilai Emas.

Susut Nilai ni mcm second hand value.. Macam jer..

Lepas keluar kedai.. harga akan berkurang.. contoh kita beli handphone.. beli harga 1000.. bawak balik rumah.. x syok.. esok nak tolak balik kat kedai tu.. emm dia amik rm 600 jer.. tu maksudnya spread atau susut nilai dia 40%..

TAPI KENAPA EMAS PON ADA SPREAD ?

Barang kemas spreadnya lebih tinggi sebab
1. Barang kemas ada design. Ada kemungkinan design yg kita trade in tu dah outdated..

proses penyimpanan akan jadi lama sehingga ada pembeli baru.. atau mungkin perlukan pemprosesan semula utk dijadikan design baru..

Kos ni lah yg telah di ambil kira dlm jual beli emas..

2. Gold Bar dan Dinar
Susut Nilai wujud kerana adanya admin fees semasa proses penjualan dan pembelian balik.. lain2 terdapat juga proses re packing jika packaging dah x sempurna mcm asal..😅

21/09/2015

🐝🐝12 tips yg mudah untuk mereka yg ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa🍯🍯

🌟Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu.

🌟Dengan lembut, cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.

🌟Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yg tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic. Tips ini sesuai untuk emas yg besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda lihat barang kemas tersebut melekat pada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

🌟Jika barang anda berupa rantai atau gelang yg boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut. Ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yg banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan sahaja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

🌟Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasaanya setiap emas akan ditanda kualitinya seperti 916, 750 atau apa saja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina ada beberapa gambarajah seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 atau emas lama.

🌟Jika ada tanda seperti GP(Gold Platted), atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup. Lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu.

🌟Jika anda tidak sayang barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yg terhasil. Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

🌟Ada juga barang kemas palsu yg terbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu bawa sendiri emas anda dan berjumpa dengan mereka yg lebih arif.

🌟Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jeans yg anda pakai (dockers pun boleh) sehingga panas dan cuba bau. Jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi,bau ikan).

🌟Jika ia jongkong yg ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang kerana kebiasaanya jongkong palsu tidak mempunyai berat yg tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yg lain. Emas adalah logam yg paling padu, maka tiada logam lain yg mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yg sama.

🌟Jika anda menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya. Ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut. Anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta (tapi kami tidak akan bertanggungjawab jika gigi anda patah ye..hehehe)

🌟Bagi mereka yg bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen.
Ni cara2 nk uji ketulenan emas tulen@tidak..👆👆👆

Jom simpan emas sekurang2nya 1gm sebln
07/07/2015

Jom simpan emas sekurang2nya 1gm sebln

Serba sedikit tentang powergold
28/06/2015

Serba sedikit tentang powergold

28/06/2015

Address

Mulaut
Brunei Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hana gold business posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share