Hayati Selamat

Hayati Selamat Informations de contact, plan et itinéraire, formulaire de contact, heures d'ouverture, services, évaluations, photos, vidéos et annonces de Hayati Selamat, Cabinet de conseil, Democratic Republic of the.

🔴Robin SharmaSeorang penulis buku motivasi yang terkenal, antara buku yang paling laris  "The 5am Club". Penulis buku in...
14/05/2020

🔴Robin Sharma

Seorang penulis buku motivasi yang terkenal, antara buku yang paling laris "The 5am Club". Penulis buku ini menekankan bangun seawal 5 pagi bagi menghasilkan rutin seharian yang lebih produktif dan juga menjamin kesihatan badan yang lebih baik lagi.

🔴Solat Sepertiga Malam

Kawan, kita juga semua tahu tentang kelebihan tahajud, tapi kita ini masih tak mahu juga bangun, cakap juga pada diri akak ni.
Ada sahabat bercerita, jika badan kita ni tidak mudah untuk bangun tahajud, maka nya lihat kembali dosa apa yang telah kita lakukan semalamnya, ingat kembali.. Muhasabah diri kembali😭😭 Allah.. Allah...
Selagi kita ni tak diuji terduduk, takde nya rasa nak bangun tahajud tu.

🔴Paksa Diri

Kita selalu lihat, seronoknya beliau, istiqomah buat ini, buat itu, walau orang tu tak tunjuk, tapi kita tahu melihat dari akhlaknya. Bagaimana beliau jadi begitu? Permulaan nya adalah paksaan, paksa diri jauh dari maksiat, paksa diri bangun sepertiga malam, paksa diri hanya pandang dan buat kebaikan. Bukan "cuba" tetapi "paksa".

🔴Circle

Mesti pernah dengarkan, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka kita terpalit wangi juga,begitu juga sebaiknya ia ada
dalam sebuah hadits Rasululah Saw menjelaskan tentang peranan dan pentingnya seorang teman dalam sabda beliau :

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة

“Teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau bisa membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan si pandai besi, bisa jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)

Marilah kawan, kita semua sama-sama paksa diri untuk bangun tahajud, kejut juga keluarga kita yang lain. Kita tiada masa lagi, bersenang-senang dan sambil lewa dengan dunia ini, akak tulis untuk tegur diri akak yang selalu alpa.

Kita yang pilih jalan mana yang nak kita lalui, kita pilih sahabat mana yang kita nak pegang tangan.

Kita pilih..

Jom, masih belum terlambat

https://madadcentre.com/




14/05/2020

Kita selalu dihambat rasa bersalah pada masa lalu, terpana dengan kata-kata Prof Muhaya, bonda kami di PMC.
Jangan tersekat dengan sejarah masa lalu dan jangan resah dengan masa sekarang.
Nikmati lah waktu sekarang. Syukur selalu

Assalamualaikum.Semalam, diberi kesempatan dengar Live FB Prof Muhaya dan Fizo Omar, so saya kongsi sedikit 7 perkara di...
16/04/2020

Assalamualaikum.

Semalam, diberi kesempatan dengar Live FB Prof Muhaya dan Fizo Omar, so saya kongsi sedikit 7 perkara di permulaan hari yang wajib kita lakukan 😊
1. Syukur
2. Sabar
3. Sayang
4. Sedar Diri (tidak
5. Sucikan Diri (taubat & minta maaf)
6. Silaturrahim
7. Sedekah sebelum subuh

Semoga Allah lindungi kita semua, bahagia menikmati hari-hari mendatang. Salam Subuh semua



  Assalamulaikum korang, hari ni akak nak share tentang salah faham terhadap Takaful.Takaful terbuka untuk semua, dan in...
17/12/2019




Assalamulaikum korang, hari ni akak nak share tentang salah faham terhadap Takaful.

Takaful terbuka untuk semua, dan individu bukan Muslim juga boleh medapatkan perlindungan Takaful atau menjadi ejen Takaful. Kurang tahap kesedaran dan salah faham mungkin sebab mengapa ramai berfikiran Takaful hanya untuk golongan Muslim, padahal perlindungan Takaful luas dan tanpa sepadan. Jadi, masyarakat perlu tahu terdapat banyak pelan insurans yang boleh dimohon selain pelan konvensional.

Prinsip asas takaful berbeza dengan insurans konvensional

Takaful dan insurans konvensional berkongsi prinsip asas dan objektif yang sama. Kedua-duanya melindungi individu dan badan korporat dari kerugian dan bahaya. Terdapat objektif sama iaitu untuk meringankan beban kewangan yang tercetus dari bencana dan kemalangan.

So korang faham dah tak?
Kita kongsi ilmu ya, atau kita ulang kaji balik apa yang korang faham tentang perlindungan Takaful ni😊

16/12/2019

Ada yang tidak faham apa itu Takaful?

Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri patuh Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat banyak produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan, Takaful kenderaan, dan banyak lagi.

Istilah Takaful juga merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama, dimana segala risiko dan dana dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan dibawah Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) dengan dana yang disumbang oleh individu dibawah perlindungan Takaful.

Syarikat Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984. Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association MTA) ialah badan yang bertanggungjawab untuk menjadi rujukan untuk semua perkara berkaitan Takaful di Malaysia. Selain itu, industri Takaful di Malaysia turut dikawal selia oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.


26/03/2016

Jangan bazirkan air mata kerana marahmu, jangan alirkan air mata kerana lelahmu.
Biarlah air mata itu hanya untuk mohon ampun pada yang Esa kerana ia mampu melenyapkan api neraka & memadam dosa kita.
Assalamualaikum sahabat syurga semua & salam sabtu nan indah😄
! !

21/03/2016

Ya Aziz Ya Fattah
Alhamdulillah syukur masih diberi peluang menaip dipagi Isnin yang indah..Alhamdulillah kesihatan anakanda semuanya baik-baik. Semoga kita semua mendapat rahmatNya hari ini, dilimpahi rezeki mencurah-curah banyaknya.
Assalamualaikum semua sahabat!😊
! !

20/03/2016

Assalamualaikum☺
Ku doakan semua sahabat disini dideraskan rezeki bak air terjun mengalir, dipelihara sepanjang hari dari malapetaka, dirahmati Allah SWT dan bahagia dunia akhirat.
Salam Istirehat semua! ! !

10/03/2016

Selalunya 'diam' itu adalah satu cara yang paling susah untuk dilakukan. Tapi 'diam' juga adalah satu cara untuk mendamaikan hati orang lain mahupun sendiri. 'Diam' bukan bermakna kita salah atau kalah,cuma tak mahu sesuatu menjadi lebih teruk.Betul ke betul?😊😊

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua sahabat yang dimuliakan Allah swt.

!

28/01/2016

Hati ini Allah yang pegang,
Hati ini Allah yang bolak-balikkan,
Hati ini sesuatu yang boleh mengubah semuanya menjadi baik atau buruk.

Maka,
berdoalah untuk hati ini agar tetap iman, cinta pada Allah & Rasulullah SAW

jom banyakkan Selawat hari ini..

💐💐Assalamualaikum wbt💐💐






Adresse

Democratic Republic Of The

Site Web

Notifications

Soyez le premier à savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque Hayati Selamat publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisée à d'autres fins, et vous pouvez vous désabonner à tout moment.

Contacter L'entreprise

Envoyer un message à Hayati Selamat:

Partager