Infant Photography_BySekkole

Infant Photography_BySekkole https://heylink.me/GGwp612211/ ทางเช้ารวย
(2)

Slot semakin penuh yer gaiss.... Sape lambt tinggal dh...PHOTOSHOOT RAYA Make Up Artis juga di sediakan jika sekiranya a...
31/03/2024

Slot semakin penuh yer gaiss....
Sape lambt tinggal dh...
PHOTOSHOOT RAYA
Make Up Artis juga di sediakan jika sekiranya ada yang nak make up...
Jangan risau jika anda malu atau tak reti posing sebab :
✅ - Photographer kami sporting & boleh ajar anda posing
✅ - Gambar terus dapat selepas shoot
✅ - Kenangan raya bersama keluarga/ couple/rakan
✅ - Servis edit/design juga disediakan
Kemudahan⁠
✅ Ruang berhawa dingin⁠
✅ Tempat salin pakaian⁠
✅ Ruang menunggu⁠
✅ Ruang make up⁠
Tempah slot anda sekarang SEBELUM PENUH!
Lokasi studio kami di Ayer lanas jeli (belakang kedai runcit zanita) , whatsapp kami untuk location.
Klik link di bawah sekarang
https://linktr.ee/satulafazphotography
https://linktr.ee/satulafazphotography
https://linktr.ee/satulafazphotography

Hai sep awok 👏👏Baju raya dah lawa-lawa dondon-dondon blako tu rugi lah  tak simpan jadikan kenangan dengan shoot studio ...
29/03/2024

Hai sep awok 👏👏
Baju raya dah lawa-lawa dondon-dondon blako tu rugi lah tak simpan jadikan kenangan dengan shoot studio raya dengan kami😍😍
Meh la booking shoot raya family dondon dengan kami.. Abadikan kenangan terindah bersama keluarga tersayang . Booking selalu tuh takot dey sloot penuh.. Berminat roger-roger cepat deh👏👏
https://linktr.ee/satulafazphotography

Slot semakin penuh yer gaiss.... Sape lambt tinggal dh...PHOTOSHOOT RAYA Make Up Artis juga di sediakan jika sekiranya a...
27/03/2024

Slot semakin penuh yer gaiss....
Sape lambt tinggal dh...

PHOTOSHOOT RAYA
Make Up Artis juga di sediakan jika sekiranya ada yang nak make up...
Jangan risau jika anda malu atau tak reti posing sebab :
✅ - Photographer kami sporting & boleh ajar anda posing
✅ - Gambar terus dapat selepas shoot
✅ - Kenangan raya bersama keluarga/ couple/rakan
✅ - Servis edit/design juga disediakan
Kemudahan⁠
✅ Ruang berhawa dingin⁠
✅ Tempat salin pakaian⁠
✅ Ruang menunggu⁠
✅ Ruang make up⁠
Tempah slot anda sekarang SEBELUM PENUH!
Lokasi studio kami di Ayer lanas jeli (belakang kedai runcit zanita) , whatsapp kami untuk location.
Klik link di bawah sekarang
https://linktr.ee/satulafazphotography
https://linktr.ee/satulafazphotography
https://linktr.ee/satulafazphotography

PHOTOSHOOT RAYA Make Up Artis juga di sediakan jika sekiranya ada yang nak make up...Jangan risau jika anda malu atau ta...
24/03/2024

PHOTOSHOOT RAYA
Make Up Artis juga di sediakan jika sekiranya ada yang nak make up...

Jangan risau jika anda malu atau tak reti posing sebab :
✅ - Photographer kami sporting & boleh ajar anda posing
✅ - Gambar terus dapat selepas shoot
✅ - Kenangan raya bersama keluarga/ couple/rakan
✅ - Servis edit/design juga disediakan
Kemudahan⁠
✅ Ruang berhawa dingin⁠
✅ Tempat salin pakaian⁠
✅ Ruang menunggu⁠
✅ Ruang make up⁠

Tempah slot anda sekarang SEBELUM PENUH!
Lokasi studio kami di Ayer lanas jeli (belakang kedai runcit zanita) , whatsapp kami untuk location.
Klik link di bawah sekarang
https://linktr.ee/satulafazphotography
https://linktr.ee/satulafazphotography
https://linktr.ee/satulafazphotography

Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf,Yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin terucap mo...
24/04/2020

Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf,
Yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin terucap mohon maaf setulus-tulusnya.
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan.
Ya Allah, muliakan dan sayangilah saudaraku ini,
Bahagiakan keluarganya limpahkan rezekinya,
Kuatkan Imannya,
Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin. “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”
Marhaban ya Ramadhan,
Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadhan kembali menjelang,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan,
Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2020 (1441 Hijrah)


Cara Penjagaan Bayi 👶🏻 Di Dalam Pantang 🤱🏻Pastikan kita mandikan bayi ketika waktu Dhuha (8.30am - 11am).. kerana ketika...
20/02/2020

Cara Penjagaan Bayi 👶🏻 Di Dalam Pantang 🤱🏻

Pastikan kita mandikan bayi ketika waktu Dhuha (8.30am - 11am).. kerana ketika ini jantung dan pernafasan bayi berada dalam keadaan yg paling tenang..

Seeloknya bayi dimandikan 2x sehari.. Pagi dan petang sebab nak elakkan kulit kering dan mengekalkan suhu normal badan bayi.. Untuk waktu petang, mandikan bayi sebelum masuk waktu Asar atau satu jam selepas masuk waktu Asar (5.30pm - 6.30pm).. Ketika ini darah dlm badan bayi sudah beransur "sejuk" dan elok dimandikan..

Jangan mandikan bayi sebaik saja masuk waktu Asar atau 30 minit selepas Asar!

Setiap kali selesai memandikan bayi, sediakan air mutlak segayung dan ambilkan wudhu ke atas bayi.. Tak perlu ulang 3x utk anggota wudhu tapi cukup sekadar sekali sahaja bagi anggota wajib wudhu..

Niat je dalam hati ambilkan wudhu utk anak.. Ini salah satu cara nak elakkan gangguan Ummu Syibhan (jin jahat) yg memang s**a menyakat bayi..

Credit : Afiqah (Ika Trb)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2628098034133848&id=100008010302529

👶 Rambut Baby Baru Lahir👶Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7.Cu...
18/02/2020

👶 Rambut Baby Baru Lahir👶

Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7.

Cukur sampai botak. Tak kira babygirl or babyboy. Jangan cukur sipi-sipi je.

Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.

Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.

Kalau dah terlepas hari ke-7..? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak 😂

Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan 👍

Contoh rambut baby ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.

Ini contoh ye.

0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.

Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.

Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;

1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette je or mane² yang ada. Pastikan yg baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je 😂. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas 😉

Atas nasihat UAI.

Kredit: Halimatulssaadiah Wan Jusoh

Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada ...
16/02/2020

Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk – namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini. Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.

Penyusuan Bayi: Apa yang Perlu Diketahui

Susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai bagi bayi. Penyusuan susu ibu memberikan faedah daripada segi fizikal dan emosi kepada ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan.

Menyusui bayi mengikut permintaan: Lebih kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.

Mengikuti cara bayi anda menyusu: seperti mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan pergerakan bibir.

Mengetahui bila bayi anda kenyang: apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu sebentar sebelum menyus**an sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disus**an.

Menyusu dengan mencukupi: Ibu bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak. Beberapa panduan berikut mungkin dapat membantu. Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar kurang daripada 6 hingga 8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa. Jika anda mengesyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan cukup, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.

Apabila bayi sentiasa menangis: lapar, perlu ditukarkan lampin, perlu sendawa, letih, perlu didodoi, hendak menukar kedudukan atau berasa tidak selesa.

Anda mungkin berasa tertekan sekiranya bayi anda menangis secara berterusan tanpa henti. Namun, anda mesti cuba terus tenang sepanjang masa dan jangan menggoncang bayi kerana ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius.

Bayi Di Lahirkan Terlalu Awal

Kadang-kala bayi akan dilahirkan dengan lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.

Bayi tidak cukup bulan mempunyai keperluan khas:

Sekiranya bayi dilahirkan terlalu awal, bayi perlu diberikan penjagaan di Unit Penjagaan Khas yang disediakan untuk bayi yang baru dilahirkan.

Antara masalah yang akan dibincangkan oleh doktor adalah seperti berikut:

- Masalah pernafasan
- Memerlukan bantuan untuk mengekalkan suhu badan
- Masalah penyusuan
- Kesenangan mendapat jangkitan
- Episod berhenti bernafas (apnea), dan
- Pendarahan dalam otak, terutamanya bagi bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 34. Komplikasi jangka masa panjang adalah masalah pendengaran atau penglihatan, dan kelewatan perkembangan atau kelemahan dalam pembelajaran.

Penjagaan kulit bayi – bayi mungkin ada keadaan-keadaan berikut:

- “Infantile seborrheic dermatitis”, yang juga dikenali sebagai ‘cradle cap’, menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala. Walaupun tidak serius, ia boleh mengakibatkan kerak yang keras dan sisik putih atau kuning. “Cradle cap’ biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan, namun mencuci kepala bayi setiap hari menggunakan syampu boleh membantu untuk mengurangkan dan menghilangkan sisik. Berjumpa dengan doktor jika ‘cradle cap’ masih kekal atau kelihatan semakin serius.

- “Diaper rash” merupakan ruam biasa disebabkan oleh menggunakan lampin yang basah dengan agak lama. Ia dirawat dengan memberikan pengudaraan pada bahagian bawah bayi. Pastikan bahagian bawah bayi bersih dan kering sepanjang masa untuk mengelakkan daripada ‘diaper rash’. Jumpa dengan doktor sekiranya ruam tidak hilang.

- “Miliaria crystallina” atau dipanggil ‘milia’ adalah benjolan kecil berwarna putih di bahagian hidung, dagu dan p**i. Kebanyakan bayi yang lahir mempunyai ‘milia’ yang terjadi apabila cebisan kulit yang sangat kecil tersangkut dalam kantung yang kecil berdekatan dengan permukaan kulit bayi. Kebanyakan kes ‘milia’ akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu.

- Jangkitan “yeast” adalah ruam berwarna merah terang pada bahagian bawah bayi, atau bahagian lain di mana kulit bersentuhan dengan kulit. Jangkitan “yeast” disebabkan oleh mikroorganisma (Candida albicans) yang terdapat di persekitaran yang panas dan lembap. Ia biasanya dirawat dengan krim antikulat.

- “Oral Thrush” merupakan satu lagi masalah yang sering terdapat di mulut bayi. Lapisan putih yang biasanya dilihat di bahagian lidah, p**i dan lelangit merupakan jangkitan oleh kulat Candida albicans. Anda dinasihati supaya membawa bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan.

Mengurut Bayi

Sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak kajian telah dibuat dalam bidang mengurut bayi.

Mengurut bayi menggunakan sentuhan, mengurut dan refleksologi bagi mempromosi kesihatan bayi. Mengurut bayi meningkatkan perkembangan bayi termasuk otak, fizikal, emosi, mental dan perkembangan sosial.

Ada terdapat bukti bahawa sentuhan kasih sayang dapat membantu bayi membesar dan berkembang.

Bayi yang diurut kerap kali oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Ia mungkin berkaitan dengan fakta di mana bayi akan tidur dengan lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Selain itu, terdapat peningkatan dalam fungsi sistem pencernaan.

Memandangkan terdapat begitu banyak faedah mengurut, ibu bapa kepada bayi yang tidak cukup bulan digalakkan mengurut bayi mereka untuk membantu tumbesaran dan perkembangan bayi.

Sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang dapat meningkatkan ikatan anda dengan bayi anda melalui komunikasi secara positif dan pemeliharaan hubungan. Bercakap atau menyanyi kepada bayi semasa mengurut dapat membantu bayi untuk mempelajari bahasa. Pengekalan hubungan mata semasa mengurut adalah penting untuk komunikasi dan mengenali isyarat bayi.

Faedah-faedah mengurut termasuk:

-Menyokong proses ikatan (bonding) antara anda dan bayi anda,
-Melegakan tekanan otot yang disebabkan oleh ‘motor skills acquisition’,
-Menenangkan bayi dan melegakan simptom ‘colic’,
-Menyumbangkan kepada perkembangan otak dan motor serta keyakinan diri, dan
-Membantu bayi mempelajari postur yang betul dan cara pergerakan.

Kredit Sumber : http://www.myhealth.gov.my/

Adresse

NO 87, BLOK PASIR MAS, AYER LANAS
Jeli
17700

Öffnungszeiten

Montag 09:00 - 17:00
Dienstag 09:00 - 17:00
Mittwoch 09:00 - 17:00
Donnerstag 09:00 - 17:00
Freitag 09:00 - 17:00
Sonntag 09:00 - 17:00

Telefon

+60145094280

Benachrichtigungen

Lassen Sie sich von uns eine E-Mail senden und seien Sie der erste der Neuigkeiten und Aktionen von Infant Photography_BySekkole erfährt. Ihre E-Mail-Adresse wird nicht für andere Zwecke verwendet und Sie können sich jederzeit abmelden.

Service Kontaktieren

Nachricht an Infant Photography_BySekkole senden:

Teilen