PPL JPA Paris

PPL JPA Paris Informations de contact, plan et itinéraire, formulaire de contact, heures d'ouverture, services, évaluations, photos, vidéos et annonces de PPL JPA Paris, Services aux entreprises, 2 bis Rue benouville, Paris.

Rasanya masih belum terlambat untuk kita ucapkan Ramadhan Kareem untuk semua! Semoga setiap ibadah kita diterima Allah d...
04/03/2025

Rasanya masih belum terlambat untuk kita ucapkan Ramadhan Kareem untuk semua! Semoga setiap ibadah kita diterima Allah dan membawa rahmat untuk kita semua..

Cuba kongsi sikit, menu apa yang paling best untuk berbuka puasa?

26 Februari 2025Telah tiba masanya untuk "pass the baton"Setelah 3 tahun dan 26 hari, hari ini merupakan hari terakhir s...
01/03/2025

26 Februari 2025

Telah tiba masanya untuk "pass the baton"

Setelah 3 tahun dan 26 hari, hari ini merupakan hari terakhir saya, Mohd Nazim bin Annas berkhidmat sebagai Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Paris. It has been a privileged to hold the responsibility of managing JPA students in France for the past 3 years. I wish only for the best for all the JPA-sponsored students in France for the future.

Saya percaya pelajar-pelajar tajaan JPA di sini merupakan pelajar yang hebat-hebat dan baik budi pekertinya, cuma biasalah memerlukan tunjuk agar dan teguran daripada kami di Pejabat PPL dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat teguran, perbuatan atau percakapan saya yang mengguris hati pelajar, saya mohon maaf. Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai ‘bapa’/penjaga angkat’ anda sepanjang pengajian di sini.

Sekarang, tiba masanya untuk saya "pass the baton".

Over to you, Puan Wan Maisarah Md Isa, the new PPL who will be taking over the rein. Semoga dipermudahkan urusan, dan setiap pelajar JPA/Malaysia di Perancis beruntung kerana adanya pegawai seperti beliau yang bakal meneruskan legasi pegawai PPL JPA di Paris.

Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi

Pergi ke Strasbourg balik hari
Melaksana program Engage & Inspire
Ada rezeki boleh jumpa lagi
Dengan segulung ijazah yang di 'aspire'

Sekian sahaja daripada saya.

Mohd Nazim Annas
PPL JPA Paris (1 Feb 2022 - 26 Feb 2025)
-signing out-

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2025Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2025 kepada semua pelajar berbangsa Cina dan yan...
29/01/2025

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2025

Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2025 kepada semua pelajar berbangsa Cina dan yang meraikannya.

Semoga tahun ini membawa keharmonian, kebaikan, kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua pelajar Malaysia di Perancis.

Gong Xi Fa Chai

Sesi Libat Urus (SLU) dan Perbincangan dengan Pihak Akademik IUT Paul Sabatier III📆 6 November 2024📍 ToulousePejabat PPL...
11/11/2024

Sesi Libat Urus (SLU) dan Perbincangan dengan Pihak Akademik IUT Paul Sabatier III

📆 6 November 2024
📍 Toulouse

Pejabat PPL Paris telah turun ke Toulouse untuk mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan pihak akademik dari IUT Paul Sabatier III, Toulouse. IUT Paul Sabatier III menempatkan 11 orang pelajar tajaan JPA meliputi bidang mekanikal, chemical dan informatique (computer science).

✅ Engagement dengan pihak akademik
✅ Pemantauan semasa kelas berlangsung
✅ Lawatan ke makmal kimia
✅ Penerangan berkaitan fasiliti di kampus
✅ Perbincangan dengan pelajar semasa di kampus

Kebanyakan pensyarah memberikan maklum balas positif mengenai prestasi semasa pelajar-pelajar tajaan JPA di IUT berkenaan. Syabas diucapkan kepada semua!




Jabatan Perkhidmatan Awam
Embassy of Malaysia in Paris / Ambassade de Malaisie à Paris
SFERE

Rumah Terbuka Deepavali📆 2 November 2024📍LillePPL JPA Paris telah menerima jemputan ke sesi ‘gathering dan makan-makan’ ...
03/11/2024

Rumah Terbuka Deepavali

📆 2 November 2024
📍Lille

PPL JPA Paris telah menerima jemputan ke sesi ‘gathering dan makan-makan’ sempena perayaan Hari Deepavali oleh pelajar-pelajar di Lille. Pelajar-pelajar di Lille yang dikenali sebagai Lilloise merupakan antara komuniti pelajar Malaysia di Perancis yang paling aktif dan kerap menganjurkan program ‘gathering’ sebegini.

Terima kasih kepada semua atas hospitality dan kesudian untuk menjemput PPL bersama-sama mereka dalam meraikan Hari Deepavali untuk rakan mereka yang menyambutnya.

Makanan sedap ✅
Suasana ceria dan ‘havoc’ ✅
Ukhwah dan persahabatan ✅

Semoga kumpulan pelajar ini terus mengekalkan tradisi sebegini untuk perayaan/sambutan lain di masa akan datang (dan jangan lupa jemput lagi sekali nanti ✌️)

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar tajaan JPA di Perancis yang berag...
01/11/2024

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar tajaan JPA di Perancis yang beragama Hindu dan yang menyambutnya.

Diharap perayaan kali ini akan membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kegembiraan kepada semua pelajar Malaysia di Perancis.

Deepavali Vaalthukkal.

Engage & Inspire: Rejuvenation (Belfort/Mulhouse) 📅 25 Oktober 2024 📍 BelfortProgram E&I: Rejuvenation yang mengumpulkan...
30/10/2024

Engage & Inspire: Rejuvenation (Belfort/Mulhouse)

📅 25 Oktober 2024
📍 Belfort

Program E&I: Rejuvenation yang mengumpulkan kumpulan pelajar di bandar-bandar berhampiran di Perancis diteruskan di Belfort. Program Rejuvenation ini melibatkan pelajar-pelajar peringkat Ecole (tahun ke-3, 4 dan 5) di UTBM Belfort dan Universiti Haute-Alsace, Mulhouse.

Kesempatan berkumpul berama-ramai sebegini membolehkan PPL menyampaikan amanat dan penjelasan semula mengenai prosedur kerja serta tangggungjawab mereka selaku pelajar tajaan JPA serta mengadakan sesi perbincangan terbuka dengan mereka semua. Perkara ini kerap perlu diberi penjelasan memandangkan dari semasa ke semasa ada sahaja pelajar yang mungkin tidak memahami atau mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Beberapa siri konsultasi dengan pelajar-pelajar tertentu juga diadakan sebagai peluang untuk memberi nasihat dan panduan, terutama dari segi akademik dan pasca pengajian.

Lokaliti bandar Belfort yang kecil memudahkan pergerakan pelajar-pelajar di sini, dan PPL berkesempatan mengunjungi dan membuat tinjauan ke 3 rumah pelajar di sini dengan berjalan kaki sahaja. Betapa untungnya pelajar-pelajar di sini kerana jarak yang berdekatan antara rumah dan universiti, pengangkutan awam, kedai/farmasi dan pusat komuniti.

Secara ringkasnya:

Sesi konsultasi ✅
Sesi networking ✅
Perkongsian/peringatan prosedur ✅
Pemantauan/lawatan ke kediaman pelajar ✅

Semuanya done in 1 night with all of them. Alhamdullillah.

“You don’t have to be great to start, but you have to start to be great.”

1. Adaptability.
2. Resilience.
3. Repeat no 1 and 2 continuously.

Semoga berjaya untuk kesemua anak-anak muda di Belfort/Mulhouse ini.

Bon courage!






Jabatan Perkhidmatan Awam
Embassy of Malaysia in Paris / Ambassade de Malaisie à Paris
SFERE
Campus France Malaysia

Engage & Inspire: Reform to Perform (Reims) 📅 24 Oktober 2024 📍 ReimsSiri E&I seterusnya bertempat di Reims, sebuah band...
30/10/2024

Engage & Inspire: Reform to Perform (Reims)

📅 24 Oktober 2024
📍 Reims

Siri E&I seterusnya bertempat di Reims, sebuah bandar yang terletak 155km dari Paris di sebelah timur utara. Bandar ini menempatkan seorang pelajar JPA, saudara Aliki yang sedang berada di Tahun Pertama di IUT Reims.

PPL berkesempatan meninjau bandar pengajian dan kediaman pelajar yang terletak berhampiran centre ville (pusat bandar) Reims. Kemudahan di dalam tampak lengkap, berhampiran dengan pelbagai jenis kedai dan restoran halal serta akses yang mudah ke pengangkutan awam sedikit sebanyak membantu pelajar ini dalam mengharungi hari-hari beliau di Reims.

Walaupun berseorangan, tetapi saudara Aliki berazam untuk memastikan ia tidak menggangu kehidupan harian beliau dan kekal bermotivasi dalam pengajian sekarang.

Selamat maju jaya kepada beliau!

“Believe you can and you’re halfway there”





Jabatan Perkhidmatan Awam
Embassy of Malaysia in Paris / Ambassade de Malaisie à Paris
SFERE

Engage & Inspire: Reform to Perform (Rouen) 📅 16 Oktober 2024 📍 RouenSelepas Amiens, PPL Paris terus menuju ke bandar Ro...
17/10/2024

Engage & Inspire: Reform to Perform (Rouen)

📅 16 Oktober 2024
📍 Rouen

Selepas Amiens, PPL Paris terus menuju ke bandar Rouen untuk meneruskan siri E&I dengan mengadakan perjumpaan dengan Johan, Daniel, Izyan, Nurnajwa dan Diyana yang merupakan 5 orang pelajar tajaan JPA yang sedang menjalani pengajian d IUT Rouen.

Mereka merupakan pelajar tahun pertama dan kedua BUT, dan tampak bertenaga walaupun baru tamat kelas semasa sesi perjumpaan ini. Bila ditanya mengenai kehidupan di Rouen – semuanya menjawab dengan positif walaupun tekanan berkaitan jadual akademik tetap ada. Itulah kecekalan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda ini, yang PPL terapkan supaya dikekalkan momentum sehingga tamat peringkat BUT, dan seterusnya ke peringkat ecole kelak.

Semangat setiakawan di antara mereka juga di sini dapat membantu sebagai support systems sepanjang pengajian di Rouen.

Gunakanlah sebaiknya:

Consistency.
Time management.
Active learning.

Antara 3 elemen penentu kejayaan dalam pembelajaran.

Semoga sukses!



Engage & Inspire: Reform to Perform (Amiens)📅 16 Oktober 2024📍 AmiensSiri E&I diteruskan ke bandar Amiens yang menempatk...
17/10/2024

Engage & Inspire: Reform to Perform (Amiens)

📅 16 Oktober 2024
📍 Amiens

Siri E&I diteruskan ke bandar Amiens yang menempatkan seorang pelajar bidang kejuruteraan mekanikal, saudari Hani Nasihah. Beliau merupakan satu-satunya pelajar Malaysia yang berada di Amiens, dan merupakan pelajar tahun pertama peringkat BUT di IUT Amiens.

Walaupun baru sahaja berada di bandar ini hampir dua bulan, namun didapati beliau telah mula mengadaptasi dengan persekitaran baharu ini. Lokasi kediaman yang strategik dengan universiti, pengangkutan awam (bas) dan kedai serbaneka (supermarket) sedikit sebanyak membantu dan memudahkan beliau untuk menyesuaikan diri di sini.

PPL JPA Paris seperti kebiasan menyampaikan sedikit pesanan, nasihat dan peringatan kepada saudari Hani dalam mengharungi pengajian beliau di sini.

Semoga beroleh kejayaan!

“The expert in anything was once a beginner.” – Helen Hayes



Road to Excellence: Guide to Glory📅 12 Oktober 2024📍 BloisProgram khas untuk pelajar batch FP25 dianjurkan secara bersam...
17/10/2024

Road to Excellence: Guide to Glory

📅 12 Oktober 2024
📍 Blois

Program khas untuk pelajar batch FP25 dianjurkan secara bersama dengan Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) dan Persatuan ARIF.

17 orang pelajar ini yang baru tiba di Perancis pada 1 Oktober 2024 (kurang dari 2 minggu) telah dipertemukan dengan pelajar-pelajar senior dan diberikan perkongsian berkaitan keperluan mengimbangi kehidupan sebagai pelajar dan pada masa diterapkan kepentingan berkaitan keperluan kerohanian (Muslim) dan moral (non-Muslim) masing-masing.

PPL turut menyampaikan perkongsian berkaitan konsep ‘akar’ yang boleh dijadikan sebagai pedoman dan pegangan asas dalam mengharungi pengajian masing-masing di Perancis.

Semoga bermanfaat kepada 17 orang pelajar ini, dan ingatlah pesanan PPL dan rakan-rakan senior anda semasa program ini.

“Setiap perjalanan dimulakan dengan satu langkah, yang lama-lama akan tiba jua ke destinasi yang dituju dengan adanya fokus, kesabaran dan kecekalan yang utuh berserta dengan pelbagai pengalaman dan kemahiran yang dikutip sepanjang perjalanan” (PPL Paris, 2024).





Jabatan Perkhidmatan Awam
Embassy of Malaysia in Paris / Ambassade de Malaisie à Paris
Masaf France

Adresse

2 Bis Rue Benouville
Paris
75116

Site Web

Notifications

Soyez le premier à savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque PPL JPA Paris publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisée à d'autres fins, et vous pouvez vous désabonner à tout moment.

Mis en avant

Partager