02/04/2022
Assalamualaikim Wr Wb.
Sekedar mengingatkan terkait pelajaran Puasa
Mudah mudahan bermanfaat. Amin.
*Syarat Wajib Puasa*:
1. Islam,
2. Baaligh,
3. Berakal,
4. Sehat,
5. Bermukim (Tidak Musafir),
6. Suci dari Haid & Nifas.
*Syarat Sah Puasa* :-
1. Islam,
2. Berakal & Baaligh (Mukallaf),
3. Suci (dari Haid & Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Romadhon.
*Rukun-Rukun Puasa*:
1. Org yg Puasa,
2. Berniat (tiap mlm),
3. Menahan Diri Daripada Perkara yg membatalkan Puasa.
*Perkara yg Membatalkan Puasa* :
1. Makan & Minum dgn Sengaja,
2. Memasukkan dgn Sengaja Benda Ke dalam Rongga yg Terbuka,
3. Muntah dgn sengaja,
4. Keluar Haid & Nifas,
5. Gila,
6. Murtad,
7. Keluar Mani dgn Sengaja,
8. Bersetubuh pd Siang Hari,
*Perkara Sunat Ketika Puasa* :-
1. Segera berbuka Puasa
2. Berbuka dgn Kurma/Manis,
3. Baca Doa,
4. Melambatkan Bersahur,
5. Banyakkan baca Al-Quran, Berzikir, Bersholawat & membuat Amal Kebajikan,
6. Senantiasa bersedekah,
7. Jauhkan Diri daripada bercakap perkara yg sia-sia & perbuatan yg tidak membawa Manfaat,
8. Mandi Junub lebih awal sebelum masuk waktu Shubuh.
*Makruh Ketika Puasa*:
1. Bersuntik
2. Berbekam,
3. Berkumur-Kumur, secara berlebihan
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan,
5. Mandi yg berlebihan,
6. Mencoba Rasa makanan Di ujung Lidah. ( Tanpa hajat )
*Golongan yg Wajib Qodho Puasa* :-
1. Org Sakit yg ada Harapan utk Sembuh,
2. Org yg Musafir (Bukan krn Maksiat),
3. Org yg Kedatangan Haid & Nifas,
4. Org yg meninggalkan Niat Puasa,
5. Org yg Sengaja Melakukan Perkara2 yg membatalkan Puasa,
6. Org yg Pitam/Mabuk,
7. Org yg sangat lapar & dahaga.
*Mereka yg Di-Kenakan Membayar Fidyah Puasa*:
1. Mereka yg tidak dapat Mng-qodho-kan Puasa sehingga masuk Ramadhan Kali Kedua, (Fidyahnya: 1 Cupak Beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping meng-qodho Puasa) bagi setahun tertinggal..!
Kalau tidak di-Qodho sehingga melampaui 2 Tahun, maka dikenakan 2 Cupak, tetapi Puasa Tetap 1 Hari (Tiada Tambahan).
2. Org Sakit yg tidak ada harapan utk Sembuh,
3. Org yg terlalu tua & tidak berdaya utk Berpuasa,
4. Org yg ada Qodho Puasa tetapi meninggal Dunia sebelum sempat berbuat demikian, (Fidyahnya: dibuat oleh Kerabat Si Mati/diambil daripada Harta Pusakanya),
5. Perempuan yg mengandung/ menyusukan anaknya perlu meng-qodho Puasa Dan Membayar Fidyah 1 cupak beras (1 ltr) bagi setiap hari yg ditinggalkan, Sekiranya Dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya tetapi sekiranya Dia takut memudaratkan pada dirinya...Dia hanya Wajib meng-qodho Puasanya.
*Kifarat Bersetubuh Pd Bulan Ramadhan*:
Org yg bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan, maka kedua2 (Suami-Isteri) tersebut Perlu Meng-qodho Puasa & Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti:
1. Memerdekakan Seorg hamba Mukmin L/P,
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus,
3. Memberi makan kepada 60 org Fakir/Miskin (walau bagaimanapun),
Jika Persetubuhan Itu dilakukan krn terlupa, jahil ttg Haramnya & dipaksa atasnya *Tidaklah Wajib Kifarat*.
*Tingkatan Puasa*:
1. *Puasa Umum* - Sekadar Menahan Makan, Minum & Keinginan Berjima',
2. *Puasa Khusus* - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa, Selain menahan diri daripada perkara di atas,
3. *Puasa Khusus Al-Khusus* - Merangkumi puasa di atas dan disempurnakan p**a dgn Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zhohir & Batin.
*Mereka yg Dibolehkan tdk Puasa*:-
1. Org yg hilang Daya/Upaya seperti sakit yg apabila berpuasa akan menambahkan Ke'udzuran,
2.Org Musafir,
3.Org yg Terlalu Tua & Amat Lemah,
4.Org yg tersangat Lapar & Dahaga,
5.Perempuan Hamil/Menyusui Anaknya yg Apabila Berpuasa bisa Memudaratkan Diri/Anak yg Di Susui Itu.
NB:
1. Niat 1 bulan dibc pd mlm pertama saja:
*نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى*
*"Sengaja aku puasa 1 bln romadhon seluruhnya krn AllooH Ta'aalaa"*(tapi d sini harus bertaklid kpd imam malik ra)niat taklid..sengaja aku bertaklid kpd imam malik yg membolehkan niat puasa sebulan penuh..
2. Niat Tiap Malam:
*نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانِ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى*
*"Sengaja aku puasa besok hari daripada tunai fardhu bln romadhon ini tahun krn AllooH Ta'aalaa"*
3. Niat Makan Sahur:
*نَوَيْتُ بِاَكْلِيْ سُنَّةَ السَّحُوْرِ اِتِّبَاعًا لِنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ*
*"sengaja aku makan sunnat sahur mengikuti Nabi Kami Muhammadin SAW"*.
4. Bacaan/dzikir menjelang berbuka:
*اَشْهَدُ اَنْ لاَّ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ، اَسْتَغْفِرُ اللَّهَ، نَسْئَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوْذُبِكَ مِنَ النَّارِ، اللَّهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ، اللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا يَاكَرِيْمُ*
5. Doa setelah buka puasa:
*اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ اَفْطَرْتُ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَآءَ اللّهُ تَعَالَى...آمِيْن*
# *Selamat Menjalani Ibadah Puasa*!!!
Semoga Puasa pada tahun Ini memberi manfaat kepada kita & lbh baik dari tahun seblmnya...Aamiin.