27/10/2023
Apabila anak kita bertanya, "Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"
Apa jawapan kita?
Ceritakan kepada anak kita: "Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.
🇵🇸 Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke PALESTIN.
🇵🇸 Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.
🇵🇸 Nabi Daud عليه السلام tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.
🇵🇸 Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).
🇵🇸 Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.
🇵🇸 Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.
🇵🇸 Di PALESTIN, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.
🇵🇸 Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa عليه السلام akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut."
1. Anak kita bertanya:
“Bagaimana dengan Nabi Muhammad ﷺ dan hubungannya dengan PALESTIN?”
Jawablah:
“Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan mas