10/06/2020
老板们注意了!!!
职业安全与卫生局将每日必须呈报的SOP报告进行了更改,改为每周一次。老板们不需要那么辛苦每天呈报了。
-[NOTIS AWAM]–
LAPORAN MINGGUAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ingin memaklumkan mulai 10 Jun 2020, Laporan Mingguan Program Pencegahan Wabak COVID-19 Di Tempat Kerja perlu dilaporkan melalui "one stop centre" di pautan :-
-----[http://notification.miti.gov.my]-----
INFO-INFO LAIN
1. Laporan bertujuan untuk mendapatkan status pematuhan mingguan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Maklumat yang dilaporkan hendaklah memberi gambaran sebenar pematuhan SOP pada minggu berkenaan.
2. Majikan atau penyelaras yang dilantik di tempat kerja bertanggungjawab untuk melengkapkan laporan ini dan mengemukakannya sekali dalam SETIAP MINGGU iaitu:-
a- bermula tarikh 10/6/2020 (Rabu) sehingga 14/6/2020 (Ahad) – 1 laporan sahaja
b- bermula tarikh 15/6/2020 (Isnin) sehingga 21/6/2020 (Ahad) – 1 laporan sahaja
c- bermula tarikh 22/6/2020 (Isnin) sehingga 28/6/2020 (Ahad) – 1 Laporan sahaja
d- bermula tarikh 29/6/2020 (Isnin) sehingga 5/7/2020 (Ahad) – 1 Laporan sahaja
dan seterusnya..
3. Pelaporan Mingguan ini berkuatkuasa daripada tarikh 10 JUN 2020.
4. Satu laporan bagi setiap tempat kerja yang beroperasi (walaupun terdapat seorang pekerja yang bertugas).
5. Pelaporan perlu dikemukakan berdasarkan kehendak Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, tanggungjawab am majikan, setakat yang praktik memastikan keselamatan, kasihatan dan kebajikan pekerjanya, yang dikuatkuaskaan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
6. Makluman : Segala pertanyaan berkaitan Laporan Mingguan Pencegahan Wabak COVID-19 di Tempat Kerja boleh diajukan kepada:
• JKKP ; Soalan Langkah Pencegahan COVID-19
o Telefon : 03-8871 1247
o e-mail : [email protected]
• Teknikal MARii ; Sistem Atas Talian CIMS 3.0
o Telefon : 03-8318 7742
o e-mail : [email protected]