23/03/2019
I am an image consultant, public speaker and business owner currently working in Mont Kiara, Malaysia. My interests range from entrepreneurship to travel. I am also interested in outdoors, movies, and fashion. For more details click at my official account below;
Be the best version of you
Etiquettes | Grooming | Image
Speaker | Instructor | Trainer
Mobile: Messenger
Address: Mont Kiara, Kuala Lumpur
Email: [email protected]
Facebook : .official
KONSULTASI IMEJ
Sebelum layak diikhtiraf sebagai CPIC, ujian penguasaan berserta pembentangan pada peringkat akhir sesi pentauliahan akan diadili terlebih dahulu, sebelum layak ditauliahkan sebagai penerima Certified Professional Image Consultant.
Tahap penguasaan bagi setiap topik diuji bagi memahirkan kami sebagai Perunding Imej Profesional.
Sebagai Perunding Imej Professional, bukan hanya merubah gaya pada pemakaian seseorang.
Malah, tanggungjawab kami memberikan pendedahan dari sudut penampilan yang baik, etika yang baik serta sikap yang perlu ditampilkan dalam setiap situasi, juga cara berkomunikasi secara Profesional pada semua peringkat umur sebagai tanda hormat.
Selain memahami berkaitan setiap modul yang dipelajari, Tools atau alat bantuan dalam memberikan latihan serta konsultansi juga dilatih bagi melahirkan kami sebagai Perunding Imej Profesional.
Kami tidak dilatih untuk memberikan solusi pada perubahan gaya seseorang hanya melalui pandangan mata.
Setiap perincian pada saranan gaya atau warna, perlu mengikuti ujian yang akan diberikan bagi mendapatkan keputusan yang tepat kepada pelanggan, terutamanya dalam sesi rundingan Imej secara perseorangan.
Penggunaan alat bantuan atau Tools yang diikhtiraf sahaja digunakan untuk memberikan keputusan yang tepat pada sesi konsultasi.
Keputusan pada konsultansi yang tepat,mampu membina kredibiliti sesorang ke peringkat yang lebih berdaya saing.
Bukan sekadar berpenampilan menarik, secara generalnya, ilmu dapatan yang
diberikan boleh digunapakai sebagai panduan sebelum memilih sesuatu gaya agar sesuai pada personaliti diri.
Pastikan sebelum memilih gaya pada trend terkini, penguasaan ilmu pada personaliti diri dapat dikenalpasti terlebih dahulu.
Usah jadikan diri sebagai mangsa pada sesuatu fesyen dan seterusnya pemilihan pada sesuatu fesyen tidak mampu menjadikan ia bertahan lama pada penampilan diri.
Kenali gaya personaliti diri, bentuk wajah, bentuk badan serta warna pada diri sebagai panduan yang tepat dalam memilih gaya pada penampilan.
Sharing notes by