12/04/2025
“Kenapa tak ramai orang Jepun dalam senarai individu terkaya dunia walaupun Jepun antara negara paling kaya?”
Aku pun pernah tertanya benda yang sama.
Bayangkan… negara yang hasilkan jenama gergasi dunia macam Toyota, Honda, Sony, Nintendo tapi bila tengok senarai Forbes, nama Jepun tak bersepah pun kat situ. Pelik, kan?
Tapi bila aku baca kisah-kisah usahawan Jepun dan cara mereka hidup, aku mula faham… dan rasa respect.
Orang Jepun percaya bisnes bukan untuk diri sendiri saja.
Di sana, falsafah hidup dan kerja sangat berbeza. Mereka tak percaya pada hidup bermewah-mewah, apatah lagi menunjuk kekayaan.
Kata salah seorang kenalan aku yang pernah kerja di Osaka, “Orang Jepun kerja bukan sebab nak jadi kaya gila tapi nak pastikan semua orang dalam syarikat dia hidup selesa.”
Gaji CEO dengan pekerja biasa tak beza sampai 100 kali ganda macam kat tempat lain. Depa jaga keseimbangan.
Tak percaya? Cuba tengok keluarga pengasas Toyota, Honda, Panasonic…
Tak ramai pun yang viral, buat konten tunjuk koleksi kereta atau rumah macam istana.
Sebab budaya mereka ajar untuk merendah diri. Silent success, bukan loud wealth.
Depa percaya kekayaan sebenar bukan apa yang kau simpan tapi apa yang kau beri.
Berbeza dengan budaya kapitalis yang kejar ranking kekayaan.
Di negara lain, makin tinggi angka dalam akaun bank, makin kuat pengaruh.
Tapi di Jepun, makin tinggi tanggungjawab, makin besar keutamaan jaga komuniti dan pekerja.
Mungkin sebab tu kita tak nampak mereka dalam senarai bilionair dunia tapi kita nampak produk mereka di seluruh dunia, tahan lama, berkualiti, dipercayai.
Ada sesuatu yang kita boleh belajar.
Kaya itu bukan dosa.
Tapi bila kaya sampai masyarakat sekeliling terbiar, atau hidup hanya untuk menunjuk dan tamak… di situlah letaknya kehilangan nilai kemanusiaan.
Orang Jepun ajar kita, kaya itu alat, bukan matlamat. Kaya itu amanah, bukan trofi untuk dibanggakan.
Kredit https://www.facebook.com/share/166GdKkHXT/