Sahabat Perihatin Ummah Kemboja

Sahabat Perihatin Ummah Kemboja Jom sama-sama kita berkhidmat untuk masyarakat islam di kemboja yang susah dalam hidup.

08/04/2025

Assalamualaikum Wbt.

*KEPADA YANG BERHAJAT KIRIM QURBAN & AQIQAH DI KEMBOJA*

Boleh Kirim Melalui Ustaz Abdul Azim AL-Hafiz Di Bumi Kemboja Dan Al Faqir Sendiri Yang Uruskan Program Ini.

*1BHG LEMBU HANYA: RM350 TERMASUK KOS PENGURUSAN*

*KAMBING SEEKOR RM750*

Terdapat banyak hadis yang menganjurkan ibadat korban antaranya di mana Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih dis**ai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.[1] Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a..
مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.

Ibadah Qurban di Kamboja, khususnya di Thaboung Khamum Dan Ou Thom, dapat dilakukan dengan menyembelih hewan kurban (Lembu dan Kambing) dan membagikan dagingnya kepada kaum muslimin yang membutuhkan, sebagai bentuk ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Berikut adalah beberapa poin penting mengenai ibadah Qurban di Kamboja:
• Tujuan:�Ibadah Qurban bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan berbagi kebahagiaan dengan sesama, khususnya kaum muslimin yang kurang mampu.

⏩ Untuk Penyertaan Sila Hubungi Whatsapp Ustaz Abdul Azim: +855965723001

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISKekayaan Orang Bertakwa حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ...
27/05/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kekayaan Orang Bertakwa

حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَمِّهِ قَالَ كُنَّا فِي مَجْلِسٍ فَطَلَعَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى رَأْسِهِ أَثَرُ مَاءٍ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَاكَ طَيِّبَ النَّفْسِ قَالَ أَجَلْ قَالَ ثُمَّ خَاضَ الْقَوْمُ فِي ذِكْرِ الْغِنَى فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنْ اتَّقَى وَالصِّحَّةُ لِمَنْ اتَّقَى خَيْرٌ مِنْ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنْ النَّعِيمِ

Mu'adz bin 'Abdullah bin Khubaib dari ayahnya dari pamannya meriwayatkan kepada kami bahawa; Ketika kami berada disuatu majlis kemudian Rasulullah SAW datang, dirambut baginda ada sisa-sisa air. Kami berkata; Wahai Rasulullah! Kami melihat Rasulullah seorang yang memiliki jiwa bahagia. Rasulullah SAW menjawab: "Ya Benar." Kemudian di majlis itu orang-orang berbual mengenai kekayaan. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak mengapa kaya kalau disertai dengan ketakwaan. Namun kesihatan dengan ketakwaan kepada Allah itu lebih baik (dari kekayaan). Manakala kebahagian jiwa p**a adalah sebahagian dari nikmat (Allah) (Musnad Ahmad No: 22144) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang tidak tercela asalkan ia diurus dengan cara yang bertakwa.

2. Pemilik yang bertakwa akan memastikan sumber hartanya bersih lagi halal disamping menunaikan hak terhadap harta yang dimiliki seperti zakat dan sedekah.

3. Orang kaya yang dicela apabila ia tidak menunaikan hak harta dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sangat beruntung orang yang masuk Islam, diberikan rezeki yang cukup oleh Allah serta dia p**a merasa puas (qanaah) dengan apa yang Allah berikan kepadanya.” (HR Muslim no: 1746)

4. Kesihatan yang dimiliki oleh orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik dari harta kekayaan. Kesihatan yang dimiliki tidak boleh ditukar dengan wang ringgit dan harta.

5. Kebahagiaan jiwa (ketenangan, ketenteraman dan kelapangan) merupakan sebahagian dari kekayaan dan nikmat hidup.

6. Memiliki wang ringgit dan kekayaan harta benda belum tentu menjamin ketenangan jiwa.

Biar berharta, asalkan memiliki sifat qanaah (merasa cukup) dan sentiasa bersyukur dengan menunaikan hak-hak harta berkenaan, di samping jiwa pemilik harta sentiasa merasa tenang dan bahagia.







27hb Mei 2024
18hb Zulkaedah 1445H

28/02/2024
28/02/2024

Rehlah Ilmiah Abi Syeikh Muhammad Nuruddin Barbu Al-Banjari Al-Makki ke bumi kemboja pada 24-27/02/2024

បេសកកម្មលើកទី២ទៅខាង គីឡូ17,ស្រុកតំបែរ,ខេត្ត.      ត្បូងឃ្មុំ(Jalan Lo)សំរាប់ឆ្នាំ2024 04/01/2024
04/01/2024

បេសកកម្មលើកទី២ទៅខាង គីឡូ17,ស្រុកតំបែរ,ខេត្ត. ត្បូងឃ្មុំ(Jalan Lo)សំរាប់ឆ្នាំ2024
04/01/2024

Cute 🥰❤️❤️
24/11/2023

Cute 🥰❤️❤️

HADIS HARI INIPerintah dan Laranganعَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْ...
01/11/2023

HADIS HARI INI

Perintah dan Larangan

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin RA beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesuatu yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kepada kamu, maka hendaklah kamu lakukannya seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak bertanya dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka." (HR Bukhari No: 6777) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap muslim mestilah menjauhi semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi.

2. Setiap Muslim mestilah melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangan dengan semampu yang boleh. Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara’ iaitu kerana uzur atau sakit

3. Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Dilaksanakan sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan.

4. Sifat terlalu s**a bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah suruhan dan larangan para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan dan kebinasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.

5. Larangan banyak bertanya adalah dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah, atau pertanyaan berbentuk mempersendakan atau menghina seseorang serta bertanya tentang masaalah yang tidak berlaku.

31hb Okt 2023
16hb Rabiul Akhir 1445H

Hari ini dapat tunaikan amanah sejadah dan jam digital serta telakung untuk masjid kampong Angko Jea, Wilayah Thaboung K...
09/10/2023

Hari ini dapat tunaikan amanah sejadah dan jam digital serta telakung untuk masjid kampong Angko Jea, Wilayah Thaboung Khamum Kemboja
09/10/2023

Assalamualaikum Wbt.*KEPADA YANG BERHAJAT KIRIM QURBAN & AQIQAH DI KEMBOJA*Boleh Kirim Melalui Ustaz Abdul Azim AL-Hafiz...
10/02/2023

Assalamualaikum Wbt.

*KEPADA YANG BERHAJAT KIRIM QURBAN & AQIQAH DI KEMBOJA*

Boleh Kirim Melalui Ustaz Abdul Azim AL-Hafiz Di Bumi Kemboja Dan Ustaz Abdul Azim Sendiri Yang Menguruskan Program Ini Tidak Melalui Pihak Yang Kedua Insyaallah.

*1BHG LEMBU HANYA: RM350 TERMASUK KOS PENGURUSAN*

*KAMBING SEEKOR RM700*

Terdapat banyak hadis yang menganjurkan ibadat korban antaranya di mana Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih dis**ai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.[1] Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a..
مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.

*Pendaftaran Telah Pun Di Buka*

⏩ Untuk Penyertaan Sila Hubungi Whatsapp Ustaz Abdul Azim: +855965723001

Address

Peam Chileang
Phum Kompong Cham
22345

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Perihatin Ummah Kemboja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share