28/03/2026
27/3/2015 — 27/3/2026
Sepatutnya 2 hari lepas aku nak tulis tentang Abah…
tapi aku tak sempat.
Dah genap 11 tahun Abah pergi.
Rindu itu masih ada,
tapi kini aku belajar untuk reda dengan takdir.
Aku percaya, setiap doa yang aku kirim…
sampai buat Abah di sana.
Terima kasih Abah,
kerana membesarkan aku menjadi kuat walaupun tanpa Abah hari ini.
Semoga Abah tenang,
dilapangkan kubur, dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah untuk Abah ❤️