Bina Darulaman Berhad

Bina Darulaman Berhad Official page for Bina Darulaman Berhad - 199501003751 (332945-X) BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) is an investment holding company.

Its subsidiaries are leading names in Kedah for township development, construction, road works, quarry, golf and leisure. As the only public-listed government-linked company in Kedah, BDB is continuing to set benchmarks in all its core businesses with embedded values of social and environmental responsibility.

KUNJUNGAN HORMAT DAN TAKLIMAT OPERASI BDB KEPADA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KEDAH16 Julai 2026 | Bina Darulaman Berhad (BDB...
17/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT DAN TAKLIMAT OPERASI BDB KEPADA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KEDAH

16 Julai 2026 | Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan taklimat berkenaan operasi syarikat kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa, DSDK., S.D.K., A.M.K., B.C.K., Pegawai Kewangan Negeri Kedah, bertempat di Pejabat Kewangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman.

Delegasi BDB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Che Abdul Khalid Md Din dan turut disertai oleh Head of Business Development, Encik Ts. Zawawi Wahab.

Sesi ini memberi penerangan mengenai struktur operasi Kumpulan BDB, termasuk peranan syarikat serta anak-anak syarikat di bawah Kumpulan BDB, di samping aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Di samping itu, sesi tersebut turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperkukuh hubungan strategik antara BDB dan Pejabat Kewangan Negeri Kedah dalam menyokong agenda pembangunan negeri, khususnya dalam aspek pelaburan, pengurusan aset dan pembangunan ekonomi yang mampan.



BDB CORE-X 2026: MENCETUS IDEA STRATEGIK, MENCUNGKIL POTENSI KEPEMIMPINAN7 Julai 2026 | Program BDB CORE-X 2026 telah di...
13/07/2026

BDB CORE-X 2026: MENCETUS IDEA STRATEGIK, MENCUNGKIL POTENSI KEPEMIMPINAN

7 Julai 2026 | Program BDB CORE-X 2026 telah dilaksanakan di Centre of Learning, Menara BDB sebagai platform pembangunan kepimpinan dan perkongsian idea strategik dalam kalangan pengurus serta penolong pengurus Kumpulan BDB.

Program ini melabuhkan tirai menerusi sesi pembentangan akhir peserta yang menampilkan pelbagai cadangan strategik, penyelesaian inovatif serta idea baharu bagi memperkukuh perniagaan teras Kumpulan, meningkatkan kecekapan operasi dan meneroka peluang pertumbuhan masa hadapan.

Sesi pembentangan akhir telah dinilai oleh barisan panel juri yang terdiri daripada Ahli-Ahli EXCO BDB diketuai oleh Group Chief Executive Officer, Encik Che Abdul Khalid Md Din, bersama Chief Financial Officer, Encik Mohd Nasir Ismail; Chief Business Strategy Officer, Encik Mohd Hudzaifah Mohamad Sam; Chief People Officer, Encik Mohd Taufik Abdullah; serta Head of Business Development, Ts. Zawawi Wahab.

Turut hadir Ketua-Ketua Anak Syarikat BDB yang memberikan pandangan dan perspektif strategik terhadap idea-idea yang diketengahkan oleh para peserta.

Selaras dengan moto Spirit of Achievement, BDB CORE-X 2026 mencerminkan komitmen Kumpulan BDB dalam membudayakan kecemerlangan, memperkukuh pemikiran strategik serta mencungkil potensi kepimpinan dalam kalangan bakat dalaman bagi melahirkan pemimpin masa hadapan yang mampu memacu pertumbuhan mampan Kumpulan BDB.




KUNJUNGAN HORMAT DAN TAKLIMAT OPERASI BDB KEPADA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU8 Julai 2026 | Bina Darulam...
09/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT DAN TAKLIMAT OPERASI BDB KEPADA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

8 Julai 2026 | Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi taklimat operasi kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Encik Junaidi Abdul Rani @ Abdul Ghani bagi memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan pembangunan di daerah Kubang Pasu.

Delegasi BDB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Che Abdul Khalid Md Din, bersama Ketua Bahagian Hartanah, Encik Helmi Azarudin Harun.

Sesi tersebut memberi penerangan mengenai struktur dan operasi Kumpulan BDB, termasuk peranan dan aktiviti perniagaan anak-anak syarikat serta pembangunan hartanah yang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Kubang Pasu.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperkukuh hubungan strategik antara BDB dan MPKP dalam menyokong perancangan pembangunan, meningkatkan nilai pembangunan hartanah, dan mewujudkan kehidupan yang mampan demi manfaat masyarakat di daerah Kubang Pasu.



𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 π“π”π€ππŠπ”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi...
05/07/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman

dan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman.

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-84 pada 5 Julai 2026 bersamaan 19 Muharam 1448H.

Allah SWT Lanjutkan Usia Tuanku.

Sembah Takzim daripada Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan dan Warga Kerja Bina Darulaman Berhad.



MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BDB DARULAMAN GOLF RESORT BERHAD (BDGRB) KALI KE-3230 Jun 2026 | BDB Darulaman Golf Resort Berha...
01/07/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BDB DARULAMAN GOLF RESORT BERHAD (BDGRB) KALI KE-32

30 Jun 2026 | BDB Darulaman Golf Resort Berhad (BDGRB) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-32 di Bilik Bunga Raya, Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Jitra.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato’ Haji Abdul Rahman Abdullah, Pengerusi BDGRB, serta dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah, para pemegang saham, tetamu jemputan dan pengurusan kanan Kumpulan Bina Darulaman Berhad.

Antara agenda utama mesyuarat ialah pembentangan Laporan Tahunan 2025, prestasi syarikat serta perancangan pembangunan infrastruktur dan penambahbaikan kemudahan di DGCC.

Mesyuarat turut diakhiri dengan sesi soal jawab yang berlangsung secara profesional dan konstruktif antara Ahli Lembaga Pengarah serta para pemegang saham.





28/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT DAN TAKLIMAT OPERASI BDB KEPADA TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN (PENGURUSAN) / KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO) NEGERI KEDAH

28 Jun 2026 | Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan taklimat berkenaan operasi syarikat kepada Yang Berbahagia Dato’ Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Digital (CDO) Negeri Kedah pada 23 Jun 2026 di Wisma Darul Aman.

Delegasi BDB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Che Abdul Khalid Md Din dan turut disertai oleh Ketua Pembangunan Perniagaan, Encik Ts. Zawawi Wahab.

Sesi ini memberi penerangan mengenai struktur operasi Kumpulan BDB, termasuk peranan syarikat serta anak-anak syarikat di bawah Kumpulan BDB, di samping aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Di samping itu, sesi tersebut turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha menyokong agenda pendigitalan serta pembangunan Negeri Kedah.



LAWATAN TAPAK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SADA KE PROJEK LOJI KOMPAK LRA PADANG SAGA DAN PENYERAHAN PROJEK LOJI KOMPAK LRA B...
22/06/2026

LAWATAN TAPAK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SADA KE PROJEK LOJI KOMPAK LRA PADANG SAGA DAN PENYERAHAN PROJEK LOJI KOMPAK LRA BUKIT KEMBOJA

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Encik Radzuan Othman, bersama Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi serta barisan pengurusan kanan SADA telah mengadakan lawatan tapak ke Projek Loji Kompak di Loji Rawatan Air (LRA) Padang Saga yang sedang dilaksanakan oleh BDB Synergy Sdn. Bhd (BDB Synergy).

Delegasi SADA telah diberikan taklimat menyeluruh mengenai perkembangan semasa projek oleh Pengurus Kanan Projek, Encik Azharain Ahmad dan Pengarah Projek, Encik Zaki Zainol Abidin. Taklimat tersebut merangkumi kemajuan pembinaan, pencapaian semasa serta perancangan pelaksanaan bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Pihak pengurusan tertinggi SADA menyatakan kepuasan terhadap prestasi projek yang menunjukkan perkembangan positif dan mematuhi perancangan yang telah ditetapkan.

Turut berlangsung ialah taklimat berkenaan Projek Loji Kompak LRA Bukit Kemboja yang telah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada SADA untuk operasi. Projek ini dijangka terus memperkukuh kecekapan sistem bekalan air serta memberi manfaat kepada pengguna di kawasan terlibat.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan SADA dan Bina Darulaman Berhad (BDB), khususnya menerusi BDB Synergy, dalam memastikan pembangunan infrastruktur bekalan air dilaksanakan secara cekap, berkualiti dan mampan demi kesejahteraan rakyat Kedah.




Address

Level 9 & 10, Menara BDB, 88, Lebuhraya Darulaman Darul Aman
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+6047300303

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bina Darulaman Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bina Darulaman Berhad:

Shortcuts

Share