01/11/2026
1 NOVEMBER 2026 | KUNJUNGAN YB MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE MADACORP
Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn. Bhd. (MADACorp) berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, ke MADACorp pada hari ini.
Kehadiran YB Menteri disambut penuh mesra oleh YBrs. Puan Siti Balkhis binti Husain, Pengerusi MADACorp, YBrs. Encik Abdullah bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MADACorp, serta barisan Ahli Lembaga Pengarah. Turut hadir memeriahkan sambutan ialah kepimpinan tertinggi MADA, diketuai oleh YBrs. Tuan Wan Kharizal bin Wan Khazim, Pengerusi MADA, dan YBrs. Tuan Ir. Nik Kun bin Nik Man, Pengurus Besar MADA.
Majlis dimulakan dengan sesi sarapan pagi dan taklimat korporat yang merangkumi perkongsian mengenai hala tuju strategik, pencapaian serta peranan MADACorp dalam menyokong pembangunan sektor pertanian dan memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.
Kunjungan ini turut menjadi ruang bermakna untuk YB Menteri beramah mesra bersama barisan kepimpinan, pengurusan dan warga kerja MADACorp, sekali gus mempererat hubungan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam mendukung aspirasi sektor agromakanan negara.
MADACorp merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YB Menteri meluangkan masa berkunjung ke MADACorp. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerjasama strategik serta membuka lebih banyak ruang dan peluang ke arah memperkasa industri pertanian, meningkatkan kesejahteraan komuniti peladang dan memacu keterjaminan makanan negara secara mampan.