πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡

  • Home
  • Malaysia
  • Alor Setar
  • πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡ بِسْـــــــــــــــــمِ Ψ§ο·²ΩΨ§Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω… https://twitter.com/mainkdh

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN...
31/05/2026

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

DIRGAHAYU TUANKU



100 Asnaf Terima Agihan Daging Korban dan Sumbangan MAIKPENDANG, 30 Mei 2026 – Seramai 100 asnaf di sekitar kariah Masji...
31/05/2026

100 Asnaf Terima Agihan Daging Korban dan Sumbangan MAIK

PENDANG, 30 Mei 2026 – Seramai 100 asnaf di sekitar kariah Masjid Al Hasaniah Kampung Bendang Bukit, Pendang telah menerima agihan daging korban serta sumbangan tunai berjumlah RM400 seorang menerusi Majlis Penyerahan Daging Korban dan Sumbangan Baitulmal Tahun 1447H/2026M yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).

Ketua Pegawai Operasi MAIK, Yang Berbahagia Dr. Haji Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, program tersebut merupakan manifestasi keprihatinan MAIK terhadap golongan yang memerlukan, khususnya dalam membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin mencabar.

Beliau turut memaklumkan bahawa tahun 2026 merupakan tahun ke-13 pelaksanaan program ibadah korban oleh MAIK. Menurutnya, usaha berterusan itu bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat, malah memberi kegembiraan dan manfaat kepada para penerima bantuan.

Majlis yang dirasmikan oleh Sohibus Samahah Dato' Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, M***i Negeri Kedah ini turut dihadiri oleh wakil Pegawai Daerah Pendang, Encik Azmi Dollah dan Pegawai Agama Daerah Padang Terap merangkap Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Mohd Sayuthi Bin Abdullah.




30/05/2026

MAJLIS PENYERAHAN DAGING KORBAN DAN SUMBANGAN πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡ 2026/1447 DI MASJID AL HASANIAH, KAMPUNG BENDANG BUKIT, PENDANG



Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447/2026 daripada Yang Dipertua, Anggota Majlis, Ketua Pegawai Operasi dan seluru...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447/2026 daripada Yang Dipertua, Anggota Majlis, Ketua Pegawai Operasi dan seluruh warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Kedah.



#1447
#2026

PERSARAAN SETIAUSAHA MAIKMajlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK) mengucapkan terima kasih dan selamat bersara ...
25/05/2026

PERSARAAN SETIAUSAHA MAIK

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK) mengucapkan terima kasih dan selamat bersara kepada Yang Berbahagia Dato' Dr. Syeikh Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin atas perkhidmatan cemerlang beliau sepanjang menggalas tugas selaku Setiausaha MAIK.



*JUALAN TAKWIM 1448H MAIK KINI BERMULA*Dapatkan sekarang di MAIK dengan harga RM6.00 senaskah.Sebarang pertanyaan sila h...
24/05/2026

*JUALAN TAKWIM 1448H MAIK KINI BERMULA*

Dapatkan sekarang di MAIK dengan harga RM6.00 senaskah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 047026200 (ext: 6243).



23/05/2026
*APA ITU WAKAF TUNAI?*Wakaf tunai merupakan instrumen strategik yang bukan sahaja memberi manfaat berterusan kepada masy...
23/05/2026

*APA ITU WAKAF TUNAI?*

Wakaf tunai merupakan instrumen strategik yang bukan sahaja memberi manfaat berterusan kepada masyarakat, malah menjadi pelaburan akhirat yang berimpak tinggi dan berkekalan.

2️⃣ Cara mudah untuk berwakaf di Majlis Agama Islam Negeri Kedah melalui:

β–ͺ️ Secara walk-in di Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Kedah;
β–ͺ️Kaedah β€œQr-Code” atau Online Transfer menggunakan akaun di bawah:

*02011010138657*
*BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD*
*(KUMPULAN WANG MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH)*

β–ͺ️Potongan gaji secara bulanan di MAIK; atau
β–ͺ️Layari Laman Web Rasmi MAIK untuk maklumat lanjut:

maik.kedah.gov.my

Nikmati layanan Potongan Cukai sebanyak 10% bagi setiap sumbangan wakaf yang diberikan!

Like, follow dan share!!
*β€œWakaf, Investasi Dunia, Pahala Akhirat”*



22/05/2026

πŸ’§

Tahukah anda?
Masih terdapat kawasan di Negeri Kedah yang berdepan masalah bekalan dan sumber air bersih.

Prihatin dengan keadaan ini, Unit Tabung Amanah Baitulmal Kedah mengambil inisiatif membantu golongan yang memerlukan melalui Skim Infak Bekalan Air demi memastikan keperluan asas masyarakat terus terjamin.

Setiap sumbangan yang dihulurkan mampu memberi sinar dan manfaat besar kepada mereka yang memerlukan.

✨ Infak kecil, Impak besar✨

Jom berinfak melalui:

πŸ“² Imbas kod QR pada poster
ATAU pindahan secara dalam talian ke:

🏦 Bank Rakyat
πŸ“Œ 1102069830
πŸ“Œ Rujukan: Infaq Bekalan Air

*_Nombor akaun ini untuk pembayaran secara dalam talian sahaja_

🏒 Atau hadir terus ke Kaunter MAIK


KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AS SALAM TAMBAK BUNGA22 Mei 2026 (Kota Setar): Keb...
22/05/2026

KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AS SALAM TAMBAK BUNGA

22 Mei 2026 (Kota Setar): Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid As Salam Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah, di sini.

Keberangkatan tiba Tuanku disambut oleh YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, YB Dato' Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Y.Bhg Dato' Dr. Syeikh Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha MAIK.

Baginda Tuanku Sultan Kedah kemudian perkenan untuk bergambar bersama ketua-ketua jabatan kerajaan, dif-dif jemputan serta AJK Masjid As Salam Tambah Bunga sebelum diteruskan dengan sesi khutbah dan solat Jumaat secara berjemaah.




Address

Bangunan Wan Mat Saman
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 07:30 - 04:30
Tuesday 07:30 - 04:30
Wednesday 07:30 - 04:30
Thursday 07:30 - 03:00
Sunday 07:30 - 04:30

Telephone

+6047026200

Website

http://fidyahkedah.gov.my/kalkulator-fidyah.php, https://maik.kedah.gov.my/index.php/infaq-maik

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ πŠπ„πƒπ€π‡:

Share