14/10/2025
🚨Tips Penting Bila Eksiden Di Jalan Raya, Jangan Sampai Kena Tipu.
Bila terjadi kemalangan dan Penarik Kereta datang. Kalau mereka minta tandatangan apa-apa dokumen, jangan bagi tandatangan. Ini mungkin dokumen yang membolehkan mereka dapat komisen 5-10% daripada bengkel.
Jangan sesekali tandatangan. Tidak perlu takut walaupun mereka cuba gertak atau bercerita sedih. Tenang saja.
Apa Yang Perlu kamu buat?
📌Jangan tandatangan apa-apa dokumen yang diberikan oleh penarik kereta luar.
📌Call Wakil Insurance Kereta kamu untuk dapatkan khidmat towing(Jangan lupa ambil gambar tempat kejadian & kenderaan). Sekiranya kamu mahu teruskan juga dengan penarik kereta luar, boleh deal dengan penarik kereta itu.(Update)
📌Cakap sama penarik kereta : “Saya mahu towing sahaja.”
• Caj biasa cuma sekitar RM300.
📌Minta kereta ditarik ke balai polis yang sepatutnya (ikut kawasan kemalangan) untuk buat laporan.
📌Lepas laporan siap, minta penarik kereta hantar ke bengkel panel yang buat kerja pembaikan.
• Kalau tidak tahu bengkel mana, hubungi syarikat insurans dan minta alamat panel mereka.
Bahagian Menarik Yang Ramai Tidak Tahu.
Bila adjuster insurans datang ke bengkel untuk kira jumlah kerosakan, kamu sebenarnya boleh dapat komisen 5-10% daripada jumlah tuntutan. Ini tidak rasmi, tapi selalunya bengkel panel akan tawarkan commission dengan orang yang bawa masuk kereta ke tempat mereka.
Contoh:
Kalau kos baik pulih RM100,000, kamu boleh dapat RM10,000 daripada tauke bengkel sebab kamu yang bawa kerja tu sama dia.
Sebab itulah penarik kereta selalu “berebut kereta”, mereka mahu jadi orang tengah untuk dapat duit komisen.
Hati-Hati Dengan Bengkel “Main Kencing”.
Ada bengkel yang claim insurans tapi tidak tukar barang, cuma repair sahaja.
Apa yang kamu boleh buat:
📌Call insurans dan minta mereka emel senarai barang yang sepatutnya ditukar.
📌Lepas kereta siap, semak satu per satu.
📌Kalau ada barang yang tidak ditukar, tuntut bayaran balik daripada tauke bengkel.
Kalau dia enggan, ugut buat laporan polis, confirm dia akan bayar.
Bonus Tips: Tuntut “Loss of Use”.
Ramai tidak tahu, selain claim kos pembaikan, kamu juga boleh tuntut pampasan “Loss of Use”, bayaran ganti rugi sebab kereta kamu tidak boleh digunakan.
Kadar bayaran: RM30 – RM50 sehari
Contoh: Kalau kereta anda di bengkel 30 hari, anda layak dapat RM900 – RM1,500.
Sayangnya, ramai rakyat Malaysia tidak tahu hak ini, jadi mereka terlepas pampasan yang sepatutnya milik mereka.
Kesimpulannya.
📌Jangan tandatangan dokumen daripada penarik kereta.
📌Towing ke balai → buat laporan → hantar ke bengkel panel.
📌Claim pampasan Loss of Use.
📌Semak semua barang yang ditukar oleh bengkel.