KLPK SDN BHD

KLPK SDN BHD Based in Kedah, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (Reg. No. 198001000689 (54472-U)) specializes in plantation management.

We deliver exceptional agricultural services and high-quality products to meet your needs.

πŸ“Œ π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ€π”ππ“π„π‘ πŠπ–π’π πƒπˆ 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 ππ”πŠπˆπ“ ππ„π‘π€πŠ 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀13 Mei 2026, Ladang Bukit Perak Utara – KLPK dengan ...
13/05/2026

πŸ“Œ π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŠπ€π”ππ“π„π‘ πŠπ–π’π πƒπˆ 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 ππ”πŠπˆπ“ ππ„π‘π€πŠ 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀

13 Mei 2026, Ladang Bukit Perak Utara – KLPK dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menganjurkan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pn. Nur Amalina Noordin daripada KWSP Cawangan Alor Setar berkaitan caruman pekerja dan majikan.

Program ini dihadiri oleh wakil ibu pejabat, anak-anak syarikat dan wakil dari setiap ladang dengan jumlah kehadiran lebih kurang 50 orang peserta. Sesi taklimat ini memberi penerangan yang jelas dan bermanfaat kepada kakitangan yang berurusan dengan pihak KWSP, khususnya berkaitan pelaksanaan caruman KWSP bagi pekerja warga asing yang kini turut melibatkan sektor perladangan. Selain sesi taklimat, turut dibuka kaunter perkhidmatan bagi urusan berkaitan akaun KWSP seperti pendaftaran i-Akaun, semakan baki simpanan dan lain-lain.

Pihak KLPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KWSP Cawangan Alor Setar atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang bermanfaat serta berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

πŸ”« ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐃𝐀𝐍 π”π‰πˆπ€π πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π ππ„ππ†π„ππƒπ€π‹πˆπ€π π’π„ππ‰π€π“π€ππˆ πŠπ‹ππŠ πŸπŸŽπŸπŸ”7 Mei 2026, Pendang - Unit Keselamatan KLPK mengan...
11/05/2026

πŸ”« ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐃𝐀𝐍 π”π‰πˆπ€π πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π ππ„ππ†π„ππƒπ€π‹πˆπ€π π’π„ππ‰π€π“π€ππˆ πŠπ‹ππŠ πŸπŸŽπŸπŸ”

7 Mei 2026, Pendang - Unit Keselamatan KLPK menganjurkan Program Latihan Dan Ujian Kemahiran Pengendalian Senjatapi KLPK 2026 bertempat di Lapang Sasar PDRM IPD Pendang untuk pemegang Lesen A dan C&U. Acara ini dikendalikan oleh pegawai bertauliah daripada IPD Pendang dan taklimat keselamatan diberikan sebelum acara bermula.

Program ini disertai oleh pegawai-pegawai KLPK dan anggota Pengawal Keselamatan dari setiap unit operasi ladang. Pelbagai acara diatur oleh Sjn Shalkiff Bin Saad selaku Pegawai In-Charge Unit Keselamatan KLPK.

Para peserta diingatkan untuk mengamalkan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh PDRM semasa berada di lapang sasar tersebut. Acara tahunan ini diadakan agar pemegang lesen mempunyai kemahiran pengendalian senjatapi secara selamat.

βœ¨π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŸπŸŽπŸπŸ”Setiap titik peluh yang dicurahkan di ladang, setiap usaha yang digerakkan di lapangan, adalah...
01/05/2026

βœ¨π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Setiap titik peluh yang dicurahkan di ladang, setiap usaha yang digerakkan di lapangan, adalah nadi kepada kejayaan dan kelangsungan industri.

Sempena Hari Pekerja ini, pihak pengurusan KLPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja, dari ladang hingga ke pejabat atas dedikasi, komitmen dan semangat yang tidak pernah luntur.

Semoga segala usaha dan pengorbanan terus dihargai dengan ganjaran setimpal serta menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan 🌿✨

🐐 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒 π“π„π‘ππ€πŠπ€π & ππ„ππ˜π€πŠπˆπ“ πŠπ€πŒππˆππ† 𝐒𝐔𝐒𝐔Ladang Satelit Nasional, 27 April 2026 – KLPK Ternak Sdn. Bhd. telah m...
27/04/2026

🐐 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒 π“π„π‘ππ€πŠπ€π & ππ„ππ˜π€πŠπˆπ“ πŠπ€πŒππˆππ† 𝐒𝐔𝐒𝐔

Ladang Satelit Nasional, 27 April 2026 – KLPK Ternak Sdn. Bhd. telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu berkaitan pengurusan asas ternakan dan penyakit kambing susu yang disampaikan oleh En. Zamri bin Abdullah, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah. Program ini telah dihadiri oleh kakitangan KLPK Ternak serta pelajar latihan amali daripada Kolej Pertanian Malaysia. Turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kumpulan KLPK, Abdul Roni bin Abu Bakar.

Cenderahati telah disampaikan oleh Pengurus KLPK Ternak, En. Zaidi bin Che Ismail sebagai tanda penghargaan kepada pihak Veterinar. Diharapkan perkongsian ini dapat mengukuhkan kerjasama antara pihak KLPK Ternak dan JPV Kedah dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan ternakan serta pembangunan industri yang lebih berdaya saing.

ZAHIRKAN CINTA DAN KETAATAN KEPADA ALLAH SWT, LAMBANG PENGORBANAN DAN KEIKHLASANAyuh berkorban tahun ini bersama KLPK TE...
24/04/2026

ZAHIRKAN CINTA DAN KETAATAN KEPADA ALLAH SWT, LAMBANG PENGORBANAN DAN KEIKHLASAN

Ayuh berkorban tahun ini bersama KLPK TERNAK.Kami menyediakan perkhidmatan korban yang lengkap, teratur dan telus β€” dari urusan sembelihan, proses lapah hingga agihan kepada yang memerlukan.

🚚 Penghantaran PERCUMA seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang & Kedah (kecuali Langkawi).
οΏ½πŸ“… Penghantaran bermula 1 minggu sebelum Hari Raya Korban sehingga hari terakhir Hari Tasyrik.

πŸ“Œ Penghantaran adalah untuk lembu hidup sahaja (Pakej 1).οΏ½πŸ“Œ Bagi Pakej 2 (bahagian), peserta perlu mengambil sendiri di lokasi yang ditetapkan.

Jangan bertangguh, rebut peluang keemasan ini untuk melaksanakan ibadah korban dengan sempurna demi meraih ganjaran pahala di sisi Allah.
οΏ½Ayuh, hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

πŸ“ž Hubungi:οΏ½
En. Zaidi - www.wasap.my/60134601008/LembuKorban

En. Idwan - www.wasap.my/60195584248/LembuKorban

En. Syafiq - www.wasap.my/60175455776/LembuKorban

En. Farhan - www.wasap.my/60175566726/LembuKorban

En. Roslilan - www.wasap.my/601136755537/LembuKorban

⛑️ πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 ππ„π‘π“πŽπ‹πŽππ†π€π π‚π„πŒπ€π’, 𝐂𝐏𝐑 & 𝐀𝐄𝐃Pendang, 21 April 2026 - Bertempat di Ladang Bukit Perak Utara, telah b...
21/04/2026

⛑️ πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 ππ„π‘π“πŽπ‹πŽππ†π€π π‚π„πŒπ€π’, 𝐂𝐏𝐑 & 𝐀𝐄𝐃

Pendang, 21 April 2026 - Bertempat di Ladang Bukit Perak Utara, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas, Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Defibrilator Luaran Automatik (AED) dengan penyertaan seramai 35 orang peserta. Peserta terdiri daripada wakil setiap ladang PKNK yang merangkumi Penolong Pengurus, penyelia ladang, mandor serta pekerja ladang. Selain itu, wakil dari ibu pejabat KLPK dan anak syarikat turut hadir.

Kursus ini telah disampaikan oleh En. Norazlan Bin Abu Bakar (Penolong Pengarah Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kedah) dan En. Muhammad Hafizuddin Ang Bin Abdullah (Jurulatih Kanan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kedah). Para peserta telah didedahkan dengan ilmu dan kemahiran asas yang sangat penting dalam menghadapi situasi kecemasan, termasuk teknik CPR yang betul serta penggunaan AED bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan di tempat kerja.

Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pertolongan cemas, CPR serta penggunaan AED dengan lebih yakin dan berkesan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam situasi kecemasan serta menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih selamat ✨

🌴 ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ”πŒππ”π‹π€π 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐈𝐍𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃Isnin, 20 April 2026 - Pihak Pengurusan KLPK Sdn Bhd telah mengad...
20/04/2026

🌴 ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ”πŒππ”π‹π€π 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐈𝐍𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃

Isnin, 20 April 2026 - Pihak Pengurusan KLPK Sdn Bhd telah mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Perladangan PKINK Berhad di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat, Gua Musang, Kelantan.

Pihak Klpk Sdn Bhd diwakili oleh Tn. Hj. Abdul Roni Bin Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, En. Wan Kamarul Hazim Bin Wan Ya, Pengurus Jabatan Akaun dan Kewangan, En. Mohd Hafiz Bin Mahtar, Pen. Pengurus Klpk Niaga Sdn Bhd.

Kumpulan Perladangan PKINK Berhad diwakili oleh Tn. Hj. Abd Aziz Bin Jamaluddin, Head of Plantation serta Pengurus Kanan dan Pengurus Ladang.

Perbincangan kedua- dua pihak ini lebih menfokuskan kepada ke arah mengukuhkan urusan perniagaan yang sedia ada dan yang akan datang.

JUALAN LEMBU & KAMBING KORBAN KORBAN 2026/1447HNak cari lembu atau kambing korban? Kami sediakan &  siap hantar terus ke...
12/04/2026

JUALAN LEMBU & KAMBING KORBAN KORBAN 2026/1447H

Nak cari lembu atau kambing korban? Kami sediakan & siap hantar terus ke lokasi anda!

🚚 Penghantaran PERCUMA

Seluruh negeri Kedah (kecuali Langkawi),Perlis & Pulau Pinang.
(Penghantaran: 1 minggu sebelum Hari Raya Korban sehingga hari terakhir Tashriq)

βœ” Lembu & kambing sihat serta cukup syarat korban
βœ” Berkualiti & dijaga rapi
βœ” Harga berpatutan
βœ” Pakej sembelihan disediakan

Harga bermula dari: RM4200/seekor

πŸ“ž Hubungi sekarang:

En. Zaidi - www.wasap.my/60134601008/LembuKorban

En. Idwan - www.wasap.my/60195584248/LembuKorban

En. Syafiq - www.wasap.my/60175455776/LembuKorban

β€œKorban adalah bukti keimanan, keikhlasan dan kesanggupan kita berkorban kerana Allah.”

Jangan tunggu last minit, rebut peluang sekarang!

🌟 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 ππ”πŠπˆπ“ ππ„π‘π€πŠ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”Pendang, 9 April 2026 – Ladang Bukit Per...
09/04/2026

🌟 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 ππ”πŠπˆπ“ ππ„π‘π€πŠ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Pendang, 9 April 2026 – Ladang Bukit Perak Selatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di perkarangan Pejabat Ladang Bukit Perak Selatan. Majlis ini telah diserikan dengan penyediaan pelbagai menu yang dimasak secara gotong-royong oleh pekerja dan penduduk ladang.

Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar KLPK, Tn. Hj. Abdul Roni bin Abu Bakar bersama isteri, serta dimeriahkan dengan kehadiran wakil-wakil ladang PKNK dan stakeholders. Penganjuran majlis ini telah mencapai tujuan sebenar program iaitu penyatuan dan keharmonian serta semangat kemasyarakatan di semua peringkat warga ladang 🀝🏻✨

πŸŒ™ π‰π€πŒπ”π€π π‘π”πŒπ€π‡ π“π„π‘ππ”πŠπ€ 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 ππ”πŠπˆπ“ ππ„π‘π€πŠ 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀Rabu, 8 April 2026 β€” Ladang Bukit Perak Utara telah mengadakan Majlis Jam...
09/04/2026

πŸŒ™ π‰π€πŒπ”π€π π‘π”πŒπ€π‡ π“π„π‘ππ”πŠπ€ 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 ππ”πŠπˆπ“ ππ„π‘π€πŠ 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀

Rabu, 8 April 2026 β€” Ladang Bukit Perak Utara telah mengadakan Majlis Jamuan Rumah Terbuka bagi meraikan dan menghargai para pekerja ladang, kontraktor, pengurusan tertinggi ibu pejabat, kakitangan serta ahli keluarga dalam suasana Aidilfitri yang penuh kemeriahan dan kebersamaan.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai pihak berkepentingan termasuk Bahagian Pengurusan Ladang, agensi kerajaan, pihak sekolah, Polis Diraja Malaysia (Balai Sungai Tiang), pegawai Pejabat Parol Pendang serta penduduk setempat.

Majlis ini berjaya menghimpunkan anggaran kehadiran seramai 450 orang, sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara semua pihak yang terlibat πŸ’–

πŸ—‚οΈ πŒπˆπ€ π€π‚π‚πŽπ”ππ“πˆππ† & π…πˆππ€ππ‚πˆπ€π‹ π“π„π‚π‡ππŽπ‹πŽπ†π˜ π’π‡πŽπ–π‚π€π’π„ πŸπŸŽπŸπŸ”Rabu, 8 April 2026 - Jabatan Akaun & Kewangan KLPK Sdn Bhd yang di...
09/04/2026

πŸ—‚οΈ πŒπˆπ€ π€π‚π‚πŽπ”ππ“πˆππ† & π…πˆππ€ππ‚πˆπ€π‹ π“π„π‚π‡ππŽπ‹πŽπ†π˜ π’π‡πŽπ–π‚π€π’π„ πŸπŸŽπŸπŸ”

Rabu, 8 April 2026 - Jabatan Akaun & Kewangan KLPK Sdn Bhd yang diketuai oleh En. Wan Kamarul Hazim Bin Wan Ya (Pengurus), Pn. Noor Hafiza Bt Ishak, Pn. Juwita Syafinaz Bt. Yaacob dan Pn. Rusydina Bt. Ismail telah menghadiri MIA Accounting & Financial Technology Showcase 2026 yang dianjurkan oleh Malaysian Institute of Accountants (MIA) bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur,

Persidangan ini diadakan bertujuan untuk membantu industri dalam menyesuaikan diri dengan transformasi digital Dan AI disamping mempamerkan penyelesiaan digital yang berinovatif untuk kewangan dan perakaunan serta menghubungkan kepakaran kewangan dengan kecerdasan digital.

Semoga dengan usaha ini dapat membuka peluang yang lebih banyak kepada Syarikat berkaitan dengan teknologi kewangan ✨

Address

Lot 160, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darulaman
Alor Setar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047311933

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KLPK SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share