31/08/2025
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐ค๐-๐๐. ๐๐๐๐๐๐๐! ๐๐๐๐๐๐๐! ๐๐๐๐๐๐๐!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Pada tanggal 31 Ogos ini, kita seluruh rakyat Malaysia sekali lagi diberi kesempatan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68. Sambutan ini adalah lambang penghargaan kita terhadap jasa serta pengorbanan generasi terdahulu yang berjuang demi tanah air tercinta.
68 tahun adalah perjalanan yang membuktikan bahawa Malaysia mampu berdiri sebagai sebuah negara yang berdaulat, progresif dan berdaya saing di pentas dunia. Di sebalik segala cabaran dan perubahan landskap global, perpaduan rakyat tetap menjadi tonggak kekuatan kita.
Sebagai sebuah organisasi, seluruh warga syarikat turut menjiwai semangat kemerdekaan ini dengan terus komited untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, memperkukuh daya saing, serta mengekalkan nilai integriti dalam setiap langkah perniagaan.
Marilah kita bersama-sama menghayati makna sebenar kemerdekaan ,bukan sekadar kebebasan, tetapi juga tanggungjawab untuk memelihara keamanan, mengekalkan keharmonian dan mengorak langkah menuju masa depan yang lebih gemilang.
Dengan semangat itu, marilah kita terus berganding bahu membina Malaysia yang lebih kukuh, berdaya maju, dan dihormati dunia.