18/02/2023
Langkah-Langkah Dan Procedure Pernikahan Di Malaysia
1 - Kursus Perkahwinan
anda perlu mengikuti atau menghadiri kursus pra-perkahwinan yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam bagi memperoleh Sijil Perkahwinan.
Lelaki dan perempuan dua-dua wajib pergi kursus perkahwinan ini. Anda perlu mendaftar untuk mengikuti kursus ini terlebih dahulu melalui Jabatan Agama Islam di tempat anda.
2 - Borang Pemohonan Nikah
Sebaiknya, 3 bulan sebelum bernikah, dua-dua pihak perlu isi dan hantar borang permohonan bernikah disertai dokumen sokongan yang telah ditetapkan kepada Jabatan Agama Islam. Borang tu anda boleh dapatkan di Pejabat Agama Negeri atau melalui laman web Pejabat Agama Negeri. Ada sesetengah negeri boleh boleh isi borang secara online sahaja.
3 - Ujian HIV
Setiap pasangan sebelum berkahwin diwajibkan menjalani ujian HIV. Ini penting untuk mengetahui status HIV seseorang individu. Ujian HIV boleh dijalankan di klinik kesihatan atau dekat sesetengah hospital. Sebelum buat ujian HIV, pastikan anda bawa sekali borang nikah dan juga borang ujian HIV yang boleh didapati daripada Pejabat Agama Islam Negeri, dimana anda menikah nanti atau melalui laman web Pejabat Agama Negeri. So nanti result ujian doctor akan isi dalam borang tu. Keputusan akan dapat masa tu jugak.
4 - Pastikan Mukim Pasangan
Secara amnya melalui prosedur ini, pasangan lelaki dan perempuan yang sama daerah perlulah menghantar borang nikah online yang lengkap bersama lampiran yang dikehendaki kepada pejabat agama 30 hari sebelum tarikh nikah. Manakala, 90 hari sebelum tarikh nikah adalah tempoh diperlukan bagi pasangan yang berlainan daerah atau negeri
5 - Lengkapkan Borang Nikah (Lelaki)
Pihak lelaki perlulah terlebih dahulu mengisi dan melengkapkan borang dengan segala maklumat yang dikehendaki sebelum pihak perempuan memulakan prosedur.
6 - Wali Dan 2 Saksi
Wali dan saksi adalah sangat penting dlm process pernikahan dan termasuk dalam salah satu rukun nikah. Wali pulak ada aturanya iaitu bermula dengan ayah kandung pengantin perempun. Kalau tiada, datuk sebelah bapa atau adik-beradik lelaki seibu sebapa. Wali boleh menikahkan sendiri atau boleh diwakilkan kepada Juru Nikah/ Penolong Pendaftaran Nikah dari Pejabat Agama Negeri, dan beliau wajib hadir untuk mengesahkan pernikahan anda nanti. Jadi, anda perlu buat tempahan dan maklum awal-awal tarikh pernikahan kepada juru nikah ni.
7 - Mas Kahwin
Mas Kahwin atau mahar ni wajib diberi oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Pelbagai bentuk yang anda boleh beri bagi mas kahwin ini, tidak semestinya duit sahaja. Anda boleh bagi duit, emas, harta, al-Quran, atau doa bacaan dalam al-Quran. Jumlah mas kahwin ni bergantung kepada kemampuan pihak lelaki dan atas persetujuan pihak Perempuan
cc dβprecious seroja.