08/04/2026
MISI SUMUD FLOTILLA
Kebenaran tidak mampu dibendung, dan nilai kemanusiaan tidak akan sesekali dipadamkan.
Pada hakikatnya, misi Sumud Flotilla tidak hadir dengan membawa sebarang senjata mahupun agenda propaganda. Ia digerakkan oleh nilai kemanusiaan yang membawa mesej ihsan, solidariti dan perpaduan merentasi sempadan bangsa dan kepercayaan. Namun apabila usaha yang berlandaskan belas ihsan malahan digambarkan sebagai ancaman, maka kita harus renungkan kembali apakah sebenarnya yang sedang dipertahankan oleh dunia hari ini?
Adakah kemanusiaan sudah menjadi sesuatu yang menakutkan, atau keadilan itu sendiri semakin dipinggirkan? Sampai bilakah nasib manusia akan terus ditentukan oleh kekuatan senjata, dan bukan oleh nilai kebenaran serta prinsip keadilan sejagat?
Sumud Flotilla bukan sekadar sebuah misi, malahan merupakan sebuah simbol keteguhan
hati, keberanian moral dan suara kemanusiaan yang enggan disenyapkan. Ia mengingatkan
kita bahawa dalam dunia yang semakin tenat dengan konflik, masih ada insan-insan yang
memilih untuk berdiri teguh dengan nilai kemanusiaan, bukanlah kuasa. Selagi masih ada yang berani membawa harapan, selagi itu dunia belum kehilangan ihsan.
Selamat berlayar semoga mesej kemanusiaan ini terus bergema dan membuka mata masyarakat di seluruh dunia.