THB Maintenance Sdn. Bhd.

Call Directions Website Contact the business

THB Maintenance Sdn. Bhd. (201001000198(884765-H))

Laman Facebook Rasmi Konsesi Penyenggaraan Jalan Persekutuan : Perlis - Kedah - Pulau Pinang THB MAINTENANCE SDN. BHD.

( 201001000198 (884765-H) )

203 & 204, Jln PSK 5, Pekan Simpang Kuala, 05400 Alor Setar, Kedah

Tel : 04 7725880 | 04 7725881

๐Ÿ๐Ÿ‘๐ญ๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‘๐จ๐š๐ ๐‚๐จ๐ง๐Ÿ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐š๐ง๐ ๐„๐ฑ๐ก๐ข๐›๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง๐Ÿ”๐ญ๐ก ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‘๐จ๐š๐ ๐…๐ž๐๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐€๐ฌ๐ข๐š ๐๐š๐œ๐ข๐Ÿ๐ข๐œ ๐‘๐ž๐ ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ง๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ ๐Š๐ฎ๐ง...
14/10/2026

๐Ÿ๐Ÿ‘๐ญ๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‘๐จ๐š๐ ๐‚๐จ๐ง๐Ÿ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐š๐ง๐ ๐„๐ฑ๐ก๐ข๐›๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง
๐Ÿ”๐ญ๐ก ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‘๐จ๐š๐ ๐…๐ž๐๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐€๐ฌ๐ข๐š ๐๐š๐œ๐ข๐Ÿ๐ข๐œ ๐‘๐ž๐ ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ง๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

THB Maintenance Sdn. Bhd., melalui penampilan di segmen pameran pada hari kedua persidangan dwi-tahunan ini, telah menerima kunjungan oleh YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Manakala pada sebelah petang, reruai THBM turut menerima kunjungan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.

YBrs. Ir. Ts. Gs. Br. PMr. QPr. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar Ketua-ketua Jabatan serta warga kerja THBM setelah menyantuni kunjungan oleh kedua-dua tetamu kehormat ini.

THB Maintenance Sdn. Bhd. sebagai Rakan Strategik Platinum 13th Malaysian Road Conference and Exhibition serta 6th International Road Federation Global Asia Pacific Regional Congress begitu berbesar hati dan berterima kasih menerima kunjungan ini serta kunjungan oleh para pengunjung lainnya.

MRC 2026 berlangsung mulai semalam dan akan berakhir esok.

THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar






Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang

๐Ÿ๐Ÿ‘๐ญ๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‘๐จ๐š๐ ๐‚๐จ๐ง๐Ÿ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐š๐ง๐ ๐„๐ฑ๐ก๐ข๐›๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง๐Ÿ”๐ญ๐ก ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‘๐จ๐š๐ ๐…๐ž๐๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐€๐ฌ๐ข๐š ๐๐š๐œ๐ข๐Ÿ๐ข๐œ ๐‘๐ž๐ ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ง๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌTHB ...
13/10/2026

๐Ÿ๐Ÿ‘๐ญ๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‘๐จ๐š๐ ๐‚๐จ๐ง๐Ÿ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐š๐ง๐ ๐„๐ฑ๐ก๐ข๐›๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง
๐Ÿ”๐ญ๐ก ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‘๐จ๐š๐ ๐…๐ž๐๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐€๐ฌ๐ข๐š ๐๐š๐œ๐ข๐Ÿ๐ข๐œ ๐‘๐ž๐ ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ง๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ

THB Maintenance Sdn. Bhd. sebagai Rakan Strategik Platinum 13th Malaysian Road Conference and Exhibition serta 6th International Road Federation Global Asia Pacific Regional Congress telah membuka reruai di persidangan dwi-tahunan ini.

YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya usai majlis perasmian, telah turut berkunjung ke reruai THBM disantuni oleh YBhg. Datuk Seri Ir. Hasnur Rabiain bin Ismail, Pengarah Urusan serta Pengurusan Tertinggi THBM yang lainnya.

Reruai THBM sepanjang hari ini telah dikunjungi oleh peserta persidangan serta para pemain industri pembinaan jalan negara lainnya.

MRC 2026 berlangsung mulai hari ini dan akan berakhir pada 15 Oktober 2026, Khamis ini.

THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar






Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang
REAM
YPM

๐Ÿ๐Ÿ‘๐ญ๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‘๐จ๐š๐ ๐‚๐จ๐ง๐Ÿ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐š๐ง๐ ๐„๐ฑ๐ก๐ข๐›๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง๐Ÿ”๐ญ๐ก ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‘๐จ๐š๐ ๐…๐ž๐๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐€๐ฌ๐ข๐š ๐๐š๐œ๐ข๐Ÿ๐ข๐œ ๐‘๐ž๐ ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ง๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ๐„๐ฑ๐ก๐ข...
12/10/2026

๐Ÿ๐Ÿ‘๐ญ๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‘๐จ๐š๐ ๐‚๐จ๐ง๐Ÿ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐š๐ง๐ ๐„๐ฑ๐ก๐ข๐›๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง
๐Ÿ”๐ญ๐ก ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‘๐จ๐š๐ ๐…๐ž๐๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐€๐ฌ๐ข๐š ๐๐š๐œ๐ข๐Ÿ๐ข๐œ ๐‘๐ž๐ ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ง๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ

๐„๐ฑ๐ก๐ข๐›๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐’๐ž๐ ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ

As the Platinum Strategic Partner of the 13th Malaysian Road Conference and Exhibition and the 6th International Road Federation Global Asia Pacific Regional Congress, THB Maintenance Sdn. Bhd. is pleased to be part of this biennial conference by showcasing our company at the exhibition.

Thus, we warmly would like to invite all conference delegates and members of the public to visit our booth at S05, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), from 13 to 15 October 2026, between 9.00 AM until 6.00 PM. Please take note that the exhibition will officially end at 1.00 PM on the final day.

Come and get to know us better, THB Maintenance Sdn. Bhd.

THB Maintenance Sdn. Bhd.
Alor Setar Headquarters






Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
REAM

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ž๐œ๐š๐ญ ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ ๐ข ๐‰๐š๐ฅ๐š๐งTHB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasa...
08/10/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ
๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ž๐œ๐š๐ญ ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ ๐ข ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani pada hari ini 7 Oktober 2026, Khamis telah menyertai Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Laluan Persekutuan FT 175 Jalan Gurun ke Kepala Batas (Jajaran S*k), seksyen 33.50, S*k, Kedah Darul Aman.

Program yang memfokuskan kepada kerja-kerja senggara dengan mengecat semula pembahagi jalan kepada warna asalnya ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah S*k. Lokasi yang terlibat adalah bermula dari Pusat Perniagaan Alamanda hingga ke Dataran S*k Lestari, yang merentasi bandar S*k, pusat bandar utama di daerah yang terluas di Negeri Kedah ini.

Melalui program seperti ini diharapkan aset jalan terutama di Laluan Persekutuan sentiasa dalam keadaan baik serta berfungsi sewajarnya, seterusnya akan membantu pengguna ketika mereka memandu menuju destinasi masing-masing.

THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada JKR Daerah S*k yang diketuai oleh Ir. Ts. Mohd Shahneezam bin Abd Rahman, Jurutera Daerah kerana sudi menjemput pasukan THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani untuk nenyertai program seperti ini.

THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar






Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Kedah
JKR S*K
Penduduk S*k

08/10/2026
๐๐จ๐ญ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐š๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง๐…๐“ ๐Ÿ’๐Ÿ“ ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐จ๐๐ข๐š๐ง๐  - ๐€๐ซ๐š๐ฎ - ๐Š๐š๐ง๐ ๐š๐ซ๐’๐ž๐ค๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Ÿ๐Ÿ“.๐Ÿ“๐ŸŽ๐€๐ซ๐š๐ฎ, ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌTHB Maintenance Sdn. Bhd. ...
07/10/2026

๐๐จ๐ญ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐š๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง
๐…๐“ ๐Ÿ’๐Ÿ“ ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐จ๐๐ข๐š๐ง๐  - ๐€๐ซ๐š๐ฎ - ๐Š๐š๐ง๐ ๐š๐ซ
๐’๐ž๐ค๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Ÿ๐Ÿ“.๐Ÿ“๐ŸŽ
๐€๐ซ๐š๐ฎ, ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar ingin memaklumkan terdapat kejadian aliran air ke permukaan jalan di Laluan Persekutuan FT 45 Jalan Kodiang - Arau - Kangar, seksyen 25.50, berdekatan susur keluar/masuk Jalan Kuala Perlis - Ulu Pauh, di Arau, Perlis.

Berikutan kejadian ini, pasukan THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar bersama-sama dengan pasukan daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis telah segera memasang papan tanda amaran serta penghadang plastik di lokasi bagi memberi amaran kepada pengguna laluan tersebut. Makluman kepada uitiliti yang berkaitan juga telah dibuat untuk tindakan segera diambil oleh pihak berkenaan.

Para pengguna laluan ini dinasihatkan untuk berhati-hati terutama ketika menghampiri dan melalui kawasan kejadian.

THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar




Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
PENDUDUK KANGAR, PERLIS .
PENDUDUK PERLIS ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฆ

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง ๐“๐‡๐๐Œ๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui Jabatan Jami...
06/10/2026

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง ๐“๐‡๐๐Œ
๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui Jabatan Jaminan Kualiti telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan THBM Siri 3/2026 pada hari ini 6 Oktober 2026, Selasa bertempat di THBM Ibu Pejabat, Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

YBrs. Ir. Ts. Gs. Br. PMr. QPr. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar THBM telah mempengerusikan mesyuarat ini, yang turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dan Ahli Jawatankuasa berkenaan. Beliau dalam komentar pembukaan antara lain mengingatkan bahawa elemen keselamatan adalah sesuatu yang mandatori untuk diikuti bagi semua kerja yang dilaksanakan di tapak, dan juga dalam segala urusan harian di THBM.

Mesyuarat diteruskan dengan agenda yang telah disusun, secara khususnya bagi menepati keperluan ISO 45001 : 2018 Occupational Health and Safety (OH&S) Management System yang sedang berkuatkuasa ketika ini di THBM.

THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar






Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐š๐ฉ๐š๐ค๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ๐š ๐…๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‰๐Š๐‘ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐‚๐š๐๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ๐š๐š๐ง ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ...
02/10/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐š๐ฉ๐š๐ค
๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ๐š ๐…๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‰๐Š๐‘ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š
๐‚๐š๐๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ
๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ๐š๐š๐ง ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐…๐“ ๐Ÿ’๐Ÿ“ ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐š๐ง๐ ๐š๐ซ - ๐Š๐จ๐๐ข๐š๐ง๐ 

YBrs. Ir. Ts. Hj. Mohd Nasir bin Bontat, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), Jabatan Kerja Raya Malaysia pada hari ini 2 Oktober 2026, Jumaat telah melakukan Lawatan Tapak ke cadangan Zon Sekolah Selamat di Laluan Persekutuan FT 45 Jalan Kangar - Kodiang, seksyen 31.20, Jejawi, Arau, Perlis.

Pelaksanaan Zon Sekolah Selamat merujuk kepada inisiatif Kerajaan untuk menambah baik ciri-ciri keselamatan pada laluan yang berada persekitaran sesebuah sekolah, bagi menjamin keselamatan warganya terutama murid dan pelajar ketika waktu mereka hadir dan balik dari sekolah. Bagi cadangan ini, ia melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajudin, Jejawi, Arau, Perlis.

YB Wan Zikri Afthar bin Ishak, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Hubungan Sempadan Negeri turut sama mengikuti lawatan ini. Program ini juga merupakan maklum balas kepada cadangan yang dibawa semasa sesi kunjungan hormat beliau keatas Menteri Kerja Raya sebelum ini.

Melalui lawatan ini, beberapa cadangan penyelesaian telah dibentang dan dibincangkan, yang turut sama melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis dan pihak sekolah sendiri.

Lawatan Tapak diteruskan lagi dengan melawat beberapa seksyen lain di laluan sama serta di FT 46 Jalan Kuala Perlis - Arau, seksyen 17.00 bagi meninjau sebarang keperluan untuk menambahbaik aspek keselamatan Laluan Persekutuan tersebut, yang disenggara oleh THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar.

THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Exco, YBrs. Pengarah dan delegasi CSFJ, Jurutera Awam Penguasa Kanan (JAPJ) dan pegawai JKR Perlis serta wakil agensi lain dan pihak sekolah kerana telah hadir ke Lawatan Tapak yang sangat signifikan dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan di Laluan Persekutuan, khusunya di Negeri Perlis.

THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar




Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
Wan Zikri Afthar

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘)  #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž๐“๐‡๐๐Œ ๐ˆ๐›๐ฎ ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐€๐ซ๐š๐ฌ ๐Ÿ THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Ib...
01/10/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž
๐“๐‡๐๐Œ ๐ˆ๐›๐ฎ ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐€๐ซ๐š๐ฌ ๐Ÿ

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Ibu Pejabat Aras 1 pada hari ini 1 Oktober 2026, Khamis telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Peralatan buat Sekolah Kebangsaan Kubang Lerek, Mukim Lesong, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Bantuan peralatan yang disumbangkan adalah terdiri daripada TV LED serta kerusi bagi manfaat komuniti sekolah ini kelak. Pada masa sama, pek Bakul Makanan THBM turut disumbangkan buat ibu bapa atau penjaga kepada murid-murid terpilih dalam kategori asnaf sekolah yang sama.

En. Sallehuddin bin Mat, Pengurus Jabatan Pentadbiran mengetuai delegasi THBM Ibu Pejabat Aras 1 yang terdiri daripada staf Jabatan Pentadbiran, Jabatan Akaun dan Jabatan Sumber Manusia, telah berkunjung ke sekolah ini bagi menyempurnakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini.

THBM berharap sumbangan peralatan tersebut akan dimanfaatkan sewajarnya bagi membantu pihak sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian, seterusnya membentuk murid sekolah ini yang cemerlang pada masa hadapan.

THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar






Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Kedah
JKR PT/PS
SK Kubang Leret

Innalillah Wainnalillahi Rajiun Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja THB Maintenance Sdn. Bhd. ingi...
28/09/2026

Innalillah Wainnalillahi Rajiun

Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja THB Maintenance Sdn. Bhd. ingin merakamkan ucapan takziah buat YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri ke-4 dan 7 serta seluruh keluarga, atas pemergian, YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Didoakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman di Jannah

Al Fatihah

THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setat






Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang

Address

No. 203 & 204, Jalan PSK 5, Pekan Simpang Kuala
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047725880

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when THB Maintenance Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to THB Maintenance Sdn. Bhd.:

Shortcuts

Share