Vsion Project

Vsion Project Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Vsion Project, Business service, No G12, Jalan DaGang B/3A, Taman Dagang, Ampang.

18/11/2025
The brain of a trader is totally different 🤯
17/11/2025

The brain of a trader is totally different 🤯

Making money is a Skill Maintaining money is a Discipline multiplying money is an Art
17/11/2025

Making money is a Skill
Maintaining money is a Discipline
multiplying money is an Art

[Bagaimana Menjana Pendapatan Pasif?]🟣 Pendapatan pasif memberikan banyak kelebihan dalam kehidupan seharian antaranya s...
14/11/2025

[Bagaimana Menjana Pendapatan Pasif?]
🟣 Pendapatan pasif memberikan banyak kelebihan dalam kehidupan seharian antaranya seperti:
1. Kebebasan masa. Anda boleh susun masa anda sendiri dan anda bebas memilih untuk melakukan aktiviti yang anda s**a.

2. Kestabilan kewangan. Pendapatan pasif bukan sahaja memberikan kestabilan kewangan, malah ianya boleh menjadi platform untuk mencapai kebebasan kewangan.

3. Masa hadapan yang lebih terjamin. Anda tidak perlu lagi stress memikirkan masalah kewangan.
♦ Anda boleh menjana pendapatan pasif dengan melakukan langkah-langkah dibawah.
1. Jana pendapatan dari pelbagai sumber pekerjaan.

▪ Selain pekerjaan tetap, anda boleh lakukan kerja sampingan mengikut kemahiran yang anda miliki untuk menambah sumber pendapatan.

▪ Sekarang sudah banyak pekerjaan yang boleh dibuat secara sambilan, anda boleh pilih mengikut kesesuaian.

▪ Berbelanja di bawah kemampuan dan simpan wang lebihan.
2. Gunakan wang lebihan untuk menjana pendapatan pasif melalui pelaburan.

▪ Belajar melabur, mulakan dengan laburkan masa anda untuk menuntut ilmu pelaburan.

▪ Rancang pelaburan anda. Melalui pelaburan, anda berpotensi menggandakan wang lebihan dengan efektif.
3. Pulangan pelaburan menggantikan sumber pendapatan.

▪ Jika anda berjaya membuat keuntungan secara konsisten dalam pelaburan dan melakukan teknik compounding, p**angan pelaburan anda akan sampai tahap dimana ianya melebihi daripada gaji yang anda perolehi dengan bekerja.

▪ Pada ketika ini, anda sudah boleh mencapai kestabilan kewangan. Pelaburan juga boleh dijadikan platform untuk anda mencapai kebebasan kewangan.
🟣 Belajar menyimpan dan melabur bermula dari sekarang. Jangan sia-siakan masa yang anda. Lebih cepat anda mulakan, lebih cepat anda akan nampak hasilnya.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

[Bagaimana nak dapatkan keuntungan dalam trading?]🔸 Pelaburan saham melibatkan kebarangkalian. Walau bagus macam mana pu...
13/11/2025

[Bagaimana nak dapatkan keuntungan dalam trading?]
🔸 Pelaburan saham melibatkan kebarangkalian. Walau bagus macam mana pun trading setup/strategi/teknik yang digunakan, pelabur masih tetap terdedah dengan risiko kerugian.
🔸 Disebabkan itu, setiap kali sebelum membeli sesuatu saham, setiap trader perlu bersedia dengan exit plan.
🔸 Berbanding berapa banyak kali anda untung dan rugi dalam trading, jumlah keuntungan dan kerugian setiap kali trade adalah jauh lebih penting.
🔸 Fokus setiap tader harus ditumpukan kepada bagaimana untuk meminimakan risiko dan memaksimakan keuntungan sebaik mungkin.
🔸 Profitable trading is simply being wrong small and right big.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

⚡ Dalam pelaburan saham, terdapat beratus atau beribu teknik dan strategi yang boleh digunakan untuk memperolehi keuntun...
11/11/2025

⚡ Dalam pelaburan saham, terdapat beratus atau beribu teknik dan strategi yang boleh digunakan untuk memperolehi keuntungan.
⚡ Tidak kira teknik apa pun yang anda gunakan, jika anda mampu menjana keuntungan secara konsisten, bermakna anda sedang lakukan perkara yang betul.
⚡ Berlainan p**a dengan kerugian, tidak banyak sebab pun sebenarnya kenapa anda boleh rugi, ianya berbalik kepada perkara yang sama saja seperti tidak dapat mengawal emosi dengan baik, ilmu tidak mencukupi, tidak disiplin, tiada trading plan, tidak rajin buat homework, terikut-ikut pendapat orang lain dan lain-lain lagi.
⚡ Tidak mengapa jika anda lakukan kesilapan, tetapi pastikan anda tidak ulangi lagi kesilapan yang sama untuk trade yang seterusnya. Jangan buang masa, berikan komitmen sepenuhnya alang-alang anda sudah terlibat dalam pelaburan saham.
⚡ Jika anda serius, pelaburan saham ini mampu menjadi lubuk emas kepada anda. Pengalaman anda dalam trading merupakan aset yang sangat berharga. Sebab itu anda perlu mempunyai trading journal.
⚡ Belajar dari pengalaman akan mematangkan anda sebagai seorang pelabur. Anda akan semakin faham apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan untuk berjaya dalam pelaburan saham.
⚡ Don’t worry, just keep going, you’re almost there.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

[Connecting The Dots]🔸 Selain ilmu, pengalaman juga merupakan satu aspek penting yang akan membantu anda untuk berjaya d...
10/11/2025

[Connecting The Dots]
🔸 Selain ilmu, pengalaman juga merupakan satu aspek penting yang akan membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham.
🔸 Disebabkan ini, penting untuk anda mulakan pelaburan saham seawal mungkin.

▪ Walaupun mungkin dalam 1-3 tahun pertama anda melabur anda masih belum berjaya kembangkan modal pelaburan dengan baik, namun dalam tidak sedar anda sebenarnya sudah mempunyai ‘know how’ anda sendiri.
🔸 Pada masa ini, banyak yang sudah anda belajar. Anda sudah tahu saham mana favourite anda, anda tahu bila sepatutnya waktu terbaik untuk entry atau exit, anda tahu apa kesilapan yang menyebabkan anda rugi, anda tahu bagaimana sectoral play berlaku dalam pasaran saham, anda tahu dimana nak cari peluang melalui news dan catalyst dan lain-lain lagi.
🔸 Jika anda sudah sampai pada tahap ini, anda tinggal perlu mengawal emosi dengan baik sahaja lagi untuk berjaya membuat keuntungan secara konsisten dalam pelaburan saham.
🔸 Sebelum membuat sesuatu keputusan pelaburan, banyak aspek yang perlu dipertimbangkan.

▪ Anda perlu kaitkan semua ilmu yang telah dipelajari (connecting the dots) untuk membuat keputusan pelaburan yang terbaik dan bersesuaian untuk anda.

▪ Dengan pengalaman proses ini akan menjadi lebih mudah kerana anda tahu memilih kriteria mana yang perlu diberikan penekanan berdasarkan situasi semasa.
🔸 Maka jika anda berminat untuk memulakan pelaburan saham, tidak perlu bertangguh lagi. Kumpul sebanyak mungkin pengalaman bermula dari sekarang.
🔸 Take time to gather up the past so that you will be able to draw from your experience and invest them in the future- Jim Rohn.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

[CARA BELAJAR UNTUK JADI TRADER BERJAYA]🟢 Ikuti langkah-langkah berikut jika anda mahu cepat belajar untuk mendapatkan k...
08/11/2025

[CARA BELAJAR UNTUK JADI TRADER BERJAYA]
🟢 Ikuti langkah-langkah berikut jika anda mahu cepat belajar untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten dalam pelaburan saham.
1. Belajar Ilmu Pelaburan Saham.

🟩 Lengkapkan diri dengan ilmu pelaburan saham sebelum memasuki pasaran. Pelbagaikan sumber pembelajaran.

🟩 Anda boleh belajar dari mentor yang pakar dan berpengalaman, belajar dari buku-buku pelaburan, serta belajar dari video pelaburan yang sumbernya boleh dipercayai.

🟩 Dalami dan kuasai ilmu penting yang boleh membantu anda membuat keuntungan dalam pelaburan saham.
2. Lihat Cara Trader Berjaya Trade.

🟩 Disinilah pentingnya untuk mempunyai mentor. Anda boleh lihat dan belajar bagaimana cara trader berjaya trade.

🟩 Trader berjaya pasti mempunyai teknik dan strategi tersendiri yang datangnya dari bertahun-tahun pengalaman mereka dalam bidang pelaburan saham.

🟩 Jika anda boleh belajar dan ikut resepi kejayaan mereka, ini akan sangat menjimatkan masa belajar anda. Anda tidak perlu lagi lalui proses try and error seperti yang telah mereka lalui.

🟩 Mentor juga boleh membantu anda mengenalpasti kesilapan yang telah anda lakukan dan tunjukkan cara perbaiki kesilapan tersebut. Proses ini sangat membantu dalam mempercepatkan peningkatkan prestasi trading anda.
3. Praktis Trade.

🟩 Praktis banyak-banyak kali ilmu yang telah anda pelajari. Anda boleh praktis sama ada menggunakan modal yang kecil atau secara paper trade mengikut keselesaan anda.

🟩 Anda perlu kenalpasti trading style dan trading strategi anda sendiri untuk berjaya dalam pelaburan saham. Praktis sehingga anda jumpa rentak anda sendiri.

4. Ulangi langkah 1-3.

🟩 Untuk berjaya mendapat keuntungan yang konsisten dalam pelaburan saham memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi.

🟩 Proses ini mungkin memakan masa bertahun-tahun bergantung kepada sejauh mana komitmen yang anda berikan.
🟢 Perkara terbaik anda boleh lakukan ialah belajar secara berterusan dan fokus untuk menjadi trader yang lebih baik setiap hari.
🟢 Hardwork never betrays. Rezeki pasti ada untuk mereka yang rajin berusaha.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

🟣 Apabila anda mula berminat terhadap sesuatu perkara baru, pernah tak anda rasa menyesal dan terfikir...kenapalah anda ...
07/11/2025

🟣 Apabila anda mula berminat terhadap sesuatu perkara baru, pernah tak anda rasa menyesal dan terfikir...kenapalah anda tidak mulakannya dari dulu lagi?
🟣 Begitu juga dengan pelaburan saham. Ramai pelabur yang baru terlibat dengan pelaburan saham rasa menyesal kenapalah mereka tidak mula belajar melabur saham seawal mungkin.
🟣 Perasaan ini akan semakin bertambah apabila mereka dapat lihat sendiri bagaimana rakan-rakan pelabur lain yang sudah mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam pasaran kelihatan mudah saja membuat keuntungan dalam pelaburan saham.
🟣 Ilmu dan pengalaman saja yang membezakan di antara kedua mereka. Pelabur yang anda lihat berjaya membuat keuntungan secara konsisten sekarang ni juga lalui proses yang sama seperti pelabur baru semasa diperingkat awal mereka memulakan pelaburan saham.
🟣 Jika anda baru memulakan pelaburan saham, trust the process. Fokuskan kepada bagaimana untuk menjadi pelabur yang lebih bagus pada setiap hari. Anda juga mampu berjaya seperti atau lebih daripada mereka apabila sampai masanya.
🟣 Jika anda belum mulakan belajar ilmu pelaburan saham, better late than never. Belum terlambat jika anda nak mulakan sekarang. Selagi anda mempunyai keinginan, anda pasti boleh melakukannya.
🟣 Sekarang ini semua maklumat boleh didapati di hujung jari. Nak melabur saham pun boleh dilakukan hanya dihujung jari. Persoalannya, nak atau tak nak sahaja.
🟣 Tidak guna menyesal di kemudian hari. Manfaatkanlah masa yang anda miliki sekarang untuk memajukan kewangan anda dan keluarga demi kehidupan yang lebih terjamin pada masa hadapan.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

Lakukan sesuatu dari sekarang jika anda serius nak ubah tahap kewangan anda ke arah yang lebih baik.Tanpa tindakan, peru...
06/11/2025

Lakukan sesuatu dari sekarang jika anda serius nak ubah tahap kewangan anda ke arah yang lebih baik.
Tanpa tindakan, perubahan tidak akan berlaku. Jika anda berminat nak melabur saham, pastikan anda mulakan dengan belajar ilmu pelaburan saham dulu.
Banyak perbezaannya diantara pelabur yang bertindak dengan ilmu dengan pelabur yang terus terjun ke pasaran saham tanpa ilmu.
Bila dah kuasai ilmu asas pelaburan saham, barulah faham macam mana cara yang betul nak buat p**angan secara konsisten.

Salah satu keadaan kita rugi dalam dunia pelaburan saham ni bila kita membeli masa harga tengah dekat atas.Sebab tu nak ...
05/11/2025

Salah satu keadaan kita rugi dalam dunia pelaburan saham ni bila kita membeli masa harga tengah dekat atas.

Sebab tu nak melabur biar ada ilmu, jangan ikut s**a je☝️

[KEPENTINGAN TRADING JOURNAL KEPADA PELABUR SAHAM]⭐ Trading Journal merupakan antara perkara asas yang paling penting pe...
04/11/2025

[KEPENTINGAN TRADING JOURNAL KEPADA PELABUR SAHAM]
⭐ Trading Journal merupakan antara perkara asas yang paling penting pelabur/pedagang saham perlu titikberatkan. Pelabur/pedagang perlu merekod trading journal setiap kali melakukan transaksi beli dan jual saham.
⭐Trading journal membantu pelabur untuk menilai semula trading performance sepanjang penglibatan mereka dalam pasaran saham.
⭐ Ada pelabur yang tidak s**a melihat kerugian, selepas cut loss terus tidak mahu tengok lagi portfolio mereka untuk menilai sebab kenapa mereka rugi. Jika anda mengamalkan sikap ini, ternyata anda sedang melakukan kesilapan yang sangat besar.
⭐ Ada pelabur yang merasakan mereka membuat keuntungan dalam pasaran saham sehinggalah mereka mula merekod trading journal. Barulah mereka sedar, yang sebenarnya modal pelaburan mereka telah menyusut dengan begitu banyak.
⭐ Jangan sudah bertahun-tahun melabur, baru anda sedar yang anda sebenarnya berada dalam kerugian.
⭐ Latih diri untuk merekod semua transaksi beli dan jual setiap kali anda melabur. Anda akan lebih cepat faham dan mendapat rentak dalam pasaran saham.

Address

No G12, Jalan DaGang B/3A, Taman Dagang
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Vsion Project posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share