27/09/2026
ADA ORANG STRES BILA PERJALANAN PERGI BALIK KERJA JAUH.
Tapi ada juga yang diam-diam s**a beberapa minit dalam kereta itu.
Bukan sebab s**a jem.
Bukan sebab seronok menghabiskan masa atas jalan.
Tapi selepas seharian bekerja, kereta kadang-kadang menjadi satu-satunya ruang untuk dia duduk sendiri.
Tutup pintu.
Pasang lagu yang dia s**a.
Aircond sejuk.
Telefon diletakkan tepi.
Dan untuk seketika, tak ada orang panggil nama kita.
Tak ada mesyuarat.
Tak ada soalan.
Tak ada kerja yang perlu diselesaikan saat itu juga.
Ada yang menggunakan perjalanan pergi kerja untuk menyediakan fikiran menghadapi hari yang panjang.
Ada p**a yang paling menghargai perjalanan balik.
Sebab sebelum sampai rumah dan kembali menjadi ibu, ayah, suami, isteri atau anak, ada sedikit masa untuk kembali menjadi diri sendiri.
Kadang-kadang kita tak perlukan apa-apa yang luar biasa untuk “healing”.
Cukup satu lagu yang kita s**a.
Jalan di depan.
Dan beberapa minit untuk diam.
Mungkin sebab itu bagi sesetengah orang, perjalanan balik kerja bukan sekadar perjalanan p**ang.
Ia ruang kecil di antara penat bekerja dan kehidupan yang menunggu di rumah.
Cuma jangan paksa diri kalau terlalu letih atau mengantuk.
Berhenti dan berehat.
Rumah tetap menunggu.