14/04/2025
Kita Telah Ditipu : Otak Bukan Pusat Segalanya
Sejak berzaman, umat manusia telah hidup dalam kabus penipuan intelektual yang halus tetapi sangat berbahaya. Kita diajar bahawa otak adalah pusat pemikiran, kebijaksanaan dan kepercayaan. Bahawa segala keputusan hidup — daripada perkara kecil hingga kepada tujuan hidup — kononnya berpunca dari otak. Inilah antara pembohongan besar yang telah diterima pakai dalam sistem pendidikan moden, psikologi, neurosains dan falsafah Barat. Namun, kebenaran itu sedang terkuak satu demi satu, dengan fakta sains yang semakin jujur dan pendedahan wahyu yang tidak pernah berdusta.
Penipuan Moden : Mengangkat Otak Mengatasi Jantung
Teori bahawa otak adalah pusat kesedaran, pembuat keputusan dan takhta akal manusia berasal dari falsafah materialistik Barat yang menolak peranan ruh dan fitrah. Dari sinilah muncul pelbagai aliran seperti behaviorisme, psikoanalisis dan neuropsikologi yang semuanya memuja otak sebagai Tuhan kedua. Kajian saintifik p**a disusun sedemikian rupa untuk menyokong naratif ini, walaupun banyak data sebenar menunjukkan sebaliknya.
Namun, kajian terkini dari HeartMath Institute dan juga pengkaji-pengkaji dalam bidang neurocardiology, telah membuktikan bahawa jantung adalah pusat utama yang mempengaruhi otak — bukan sebaliknya. Jantung mempunyai sistem saraf sendiri (disebut intrinsic cardiac nervous system) dan mampu menghantar lebih banyak isyarat ke otak daripada sebaliknya. Bahkan, koheren jantung — kestabilan emosi dan kerohanian — terbukti memberi kesan langsung kepada kejelasan berfikir, prestasi dan kesihatan keseluruhan.
Wahyu Tidak Pernah Berdusta
Dalam al-Quran, Allah tidak pernah menyebut bahawa otak yang berfikir atau membuat keputusan. Sebaliknya, Allah berfirman :
“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai qalbu (jantung) yang dengan itu mereka memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah qalbu (jantung) yang di dalam dada”, (Surah al-Hajj: 46).
Perhatikan bagaimana Allah meletakkan qalbu (jantung) sebagai alat faham, bukan otak. Dan “di dalam dada” — bukan di dalam kepala. Ini adalah dalil jelas bahawa jantung ialah minda utama yang sebenar, pusat kepercayaan, tempat kebijaksanaan dan takhta ruh manusia.
Penipuan Evolusi : Satu Lagi Pembohongan Asas
Penipuan tentang otak sebagai pusat pemikiran ini setanding dengan teori evolusi Darwin, yang kononnya manusia berasal dari beruk. Tanpa bukti kukuh, tanpa logik akal yang benar, manusia disuruh percaya kepada satu naratif materialistik yang memadamkan keistimewaan penciptaan manusia oleh Tuhan.
Teori evolusi dan teori pemikiran berpusatkan otak mempunyai akar yang sama — menghapuskan peranan Tuhan dalam diri manusia. Apabila manusia tidak lagi percaya bahawa mereka adalah makhluk istimewa yang ditiupkan ruh, maka mereka mudah dikawal oleh sistem, teknologi dan ideologi ciptaan manusia.
Kembalilah kepada Kebenaran : Qalbu adalah Pusat Diri
Kita mesti membebaskan diri daripada sistem pemikiran palsu ini. Kembali kepada fitrah, di mana qalbu adalah pusat panduan dan segala deria serta otak hanyalah alat yang membantu. Jantung yang koheren, bersambung dengan Tuhan, mampu menundukkan otak agar patuh kepada kebenaran, bukan kepada nafsu atau sistem palsu yang dimanip**asi.
Inilah perjuangan sebenar — membina manusia yang kembali kepada jantung, kembali kepada Tuhan, kembali kepada hakikat kejadian. Dan perjuangan ini mesti bermula dengan membongkar segala penipuan yang telah mengikat pemikiran kita sejak berzaman.
HFM | Pengasas QLP
Pengarah | Kat Klub Sdn Bhd