Semaian Felda Plantation Management Sdn Bhd

Semaian Felda Plantation Management Sdn Bhd Laman promosi anak benih sawit yang disemai di tapak semaian yang diuruskan oleh FPMSB

Dijemput kepada semua pembekal tenaga kerja migran untuk kerja membekalkan tenaga kerja untuk ladang-ladang yang diurusk...
12/08/2024

Dijemput kepada semua pembekal tenaga kerja migran untuk kerja membekalkan tenaga kerja untuk ladang-ladang yang diuruskan oleh FPMSB.

03/06/2024
Ahli Lembaga, pengurusan dan warga FELDA Plantation Management mengucapkan; Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan ...
09/04/2024

Ahli Lembaga, pengurusan dan warga FELDA Plantation Management mengucapkan;

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada pengikut media sosial ini.

Membaja Subsoil / Subsoil Manuring / Tanam Baja Admin banyak melihat komen dan soalan berkenaan subsoil manuring akhir a...
15/03/2024

Membaja Subsoil / Subsoil Manuring / Tanam Baja

Admin banyak melihat komen dan soalan berkenaan subsoil manuring akhir akhir ini. Bersempena Ramadhan ke-4 hari ini, sama sama kita kongsikan serba sedikit aspek teknikal berkenaan membaja Subsoil ini.

Membaja secara subsoil sesuai dijalankan untuk kawasan yang berbukit atau sering tenggelam. Ini adalah untuk mengelakkan dari baja yang ditabur dari dihanyutkan oleh air. Kaedah ini juga menyediakan pokok untuk penghasilan yang baik pada masa hadapan. Ini boleh dicapai dengan cara meningkatkan kesuburan tanah dan meningkatkan pertumbuhan vegetatif pokok sawit.

Namun begitu, kaedah ini hanya sesuai untuk pokok yang berumur 5 tahun ke atas sahaja untuk kesan yang baik. Hanya baja campuran (mixture) atau sebatian (granular/compound) sesuai untuk kaedah ini. Kedalaman lubang yang perlu digali untuk mengisi baja adalah sekurang kurangnya 15 cm dan lubang yang digali perlu ditutup dan dipadatkan selepas baja ditabur. Selain daripada itu, jarak dan kedudukan lubang juga perlu diubah setiap tahun (sila rujuk gambar).

Untuk jumlah baja per pokok kurang 10 kg, sebanyak 4 lubang bersaiz 20 x 30 x 20 cm manakala untuk baja per pokok melebih 10 kg, sebanyak 4 atau 5 lubang bersaiz 25 x 35 x 25 cm perlu digali untuk penanaman baja.

Jarak lubang untuk penanaman baja adalah 4 kaki dari pangkal pokok untuk pembajaan tahun pertama dan kedua. Bagi lubang penanaman baja untuk tahun ketiga dan keempat, jaraknya adalah 5 kaki dari pangkal pokok atau tambahan 1 kaki dari lubang penanaman baja tahun pertama dan kedua.

Bagi memudahkan pemantauan, adalah disyorkan agar pre bagging baja dibuat terlebih dahulu sebelum kerja membaja subsoil dibuat. Dengan cara ini, beg plastik kosong boleh digantung pada pelepah selepas selesai baja ditanam. Ini memudahkan pemantauan kerana tiada kesan baja di tanah untuk pengesahan kerja.

Dari segi kos, membaja secara subsoil adalah lebih tinggi berbanding membaja secara biasa iaitu sama ada menabur keliling pokok atau pada lorong pelepah. Lantaran itu, adalah wajar sekiranya membaja secara subsoil dibuat di kawasan yang perlu sahaja.

Wishing a Prosperous and Happy Chinese New Year!
10/02/2024

Wishing a Prosperous and Happy Chinese New Year!

Ahli Lembaga Pengarah, Kumpulan Pengurusan dan Petugas Felda Plantation Management Sdn. Bhd. mengucapkan Salam Isra' Mik...
07/02/2024

Ahli Lembaga Pengarah, Kumpulan Pengurusan dan Petugas Felda Plantation Management Sdn. Bhd. mengucapkan Salam Isra' Mikraj kepada semua umat Islam.

Salah satu kaedah kawalan biologi untuk perosak tanaman.
04/01/2024

Salah satu kaedah kawalan biologi untuk perosak tanaman.

SEDIKIT PERKONGSIAN...

Prinsip kejuruteraan ekologi merupakan sebahagian daripada komponen Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) iaitu penggunaan agen kawalan biologi yang mesra alam.

Ia merupakan kaedah penggunaan tanaman berbunga yang kaya dengan nektar sebagai perumah kepada serangga bermanfaat dalam ekosistem padi.

Penanaman spesies tumbuhan berbunga yang kaya nektar ini berfungsi sebagai tempat berlindung dan membiak spesies sahabat tanaman (musuh semulajadi perosak) yang terdiri daripada serangga pemangsa dan parasitoid.

Amalan ini terbukti dapat mengurangkan kadar serangan serangga perosak seperti bena perang, ulat gulung daun dan ulat pengorek batang. Disamping itu, kadar penggunaan racun kimia menurun dan kelestarian ekosistem sawah terpelihara.



🌺🌸🌼

Alat apa tu? Apa agaknya aktiviti yang dibuat tengah panas tu? Tengok gambar pun terasa bahangnya πŸ˜…Cukup LIKE admin cite...
03/01/2024

Alat apa tu? Apa agaknya aktiviti yang dibuat tengah panas tu? Tengok gambar pun terasa bahangnya πŸ˜…

Cukup LIKE admin citer sampai habis... πŸ˜„

Peranan Fosfat Semasa Menanam Anak Benih Sawit Adalah menjadi amalan untuk menaburkan 500g baja Fosfat di dalam lubang t...
02/01/2024

Peranan Fosfat Semasa Menanam Anak Benih Sawit

Adalah menjadi amalan untuk menaburkan 500g baja Fosfat di dalam lubang tanaman semasa menanam anak benih sawit. Ini adalah penting kerana fosfat menggalakkan pertumbuhan akar sawit. Fosfat juga berperanan dalam menyeimbangkan kadar pertumbuhan akar pucuk dan akar sawit.

Fosfat juga penting dalam meningkatkan kadar pertumbuhan tanaman iaitu dari segi meningkatkan luas daun dan pengeluaran daun baru.

Lantaran itu, adalah penting untuk menabur 500g ke dalam lubang tanaman apabila menanam anak benih sawit di ladang. Pertumbuhan anak benih sawit yang baik menjanjikan hasil yang lumayan pada masa akan datang.

Gambar hiasan: Amali penanaman sawit sempena Program Field Day Tanam Semula di Wilayah Raja Alias pada bulan November 2023.

Tawaran pembelian anak benih sawit berkualiti dari Tapak-tapak Semaian Felda Plantation Management Sdn Bhd di seluruh ne...
29/12/2023

Tawaran pembelian anak benih sawit berkualiti dari Tapak-tapak Semaian Felda Plantation Management Sdn Bhd di seluruh negara:

Utara
- Chuping 2
- Sungai Klah

Selatan
- Maokil 3
- Maokil 6
- Endau
- Bukit Ramun
- Penawar / Adela
- Raja Alias 4

Pantai Timur
- Lembah Klau
- Bukit Mendi
- Chalok
- Jengka 25
- Sungai Nerek
- Kg Perlak
- Chiku 5
- Chiku 7

Hubungi kami untuk maklumt lanjut, tempahan atau khidmat nasihat berkenaan anak benih sawit & kerja tanam semula.

https://wa.me/+60193593287
https://wa.me/+60146272884
https://wa.me/+60193255064

Anak benih sawit berkualiti dari Tapak Semaian FPMSB Chiku 5 dan Chiku 7. Imbas kod QR untuk menghubungi pegawai-pegawai...
28/12/2023

Anak benih sawit berkualiti dari Tapak Semaian FPMSB Chiku 5 dan Chiku 7. Imbas kod QR untuk menghubungi pegawai-pegawai kami di lapangan.

Address

Felda Plantation Management Sdn Bhd, Level 28 Menara FELDA, Platinum Park
Ampang
50088

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Semaian Felda Plantation Management Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Semaian Felda Plantation Management Sdn Bhd:

Share