ONE NATION VENTURES ditubuhkan dengan matlamat untuk menjadi salah sebuah syarikat bumiputera yang berdayasaing dan bergerak setara dengan syarikat - syarikat bumiputera mahupun bukan bumiputera yang lain. Fokus kami adalah kepuasan pelanggan dengan tawaran yang bermutu dari pelbagai sudut baik dari segi produk, perkhidmatan, penghantaran dan sebagainya. Di daftar pada 27 Jun 2013 dengan nombor pe
ndaftaran SSM (002239088-P), ONE NATION VENTURES mula bergerak secara skala yang kecil iaitu di pasaran yang terdiri daripada pelanggan pihak swasta dan juga pihak syarikat berkaitan kerajaan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Fokus dengan matlamat dan misi kami, pada 27 Jun 2013, ONE NATION VENTURES dengan rasminya mengambil dan memperoleh lesen sah perniagaan dan juga sebagai syarikat 100% Bumiputera. Objektif syarikat adalah untuk menjadi salah satu syarikat kontraktor pembekalan utama bagi sektor Kerajaan dan juga sector swasta yang memungkinkan kewujudan jalinan kerjasama antara rantaian syarikat-syarikat yang sedia ada bagi membina Kekuatan yang lebih mapan dinamik dan berdaya maju. Berdasarkan semua matlamat ini, ONE NATION VENTURES akan terus mengembangkan sayap perniagaan dengan fokus pelanggan yang lebih besar dalam dan juga luar daerah kami. Di harapkan dengan melalui persaingan yang sihat , perniagaan ini akan dapat berkembang dengan lebih maju bersama dengan pesaing - pesaing perniagaan yang lain.