17/08/2026
3 SEKOLAH. 3 LOKASI. 1 MISI. 🎯
Semalam selesai Team Career Cube bergerak serentak ke 3 buah sekolah bagi mengendalikan Interview Preparation Workshop:
📍 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh
📍 Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
📍 Sekolah Menengah Sains Alam Shah
Ini cukup bermakna apabila pasukan kami dapat bersama para pelajar dalam membantu mereka membuat persediaan menghadapi temuduga biasiswa, kemasukan ke universiti dan peluang pendidikan pada masa hadapan.
Sepanjang program, pelajar bukan sahaja didedahkan dengan teknik menjawab soalan temuduga, tetapi turut melalui latihan praktikal dan Mock Interview untuk membina keyakinan, meningkatkan cara berkomunikasi serta belajar bagaimana membawa diri dengan lebih profesional.
Bagi Career Cube, persediaan temuduga bukan tentang menghafal jawapan.
Ia tentang membantu pelajar mengenali kekuatan diri, menyusun pemikiran dan menyampaikan potensi mereka dengan yakin.
Mengendalikan 3 program di 3 sekolah secara serentak juga menjadi satu pencapaian yang cukup bermakna buat seluruh Team Career Cube. 💙
Terima kasih kepada pihak sekolah atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.
Semoga setiap ilmu dan pengalaman yang dikongsikan menjadi bekalan kepada para pelajar untuk melangkah lebih yakin menuju peluang yang lebih besar selepas ini. 🚀
Career Cube | Preparing Students for Their Next Opportunity