09/07/2018
Program Memori Kuala Lumpur yang bertujuan untuk mengumpulkan cerita & gambar lama KL daripada orang ramai akan dijalankan dari 1 Julai sehingga 31 Ogos 2018.
Maklumat dan gambar-gambar yang disumbangkan akan digunakan untuk membina naratif penceritaan sejarah Kuala Lumpur yang akan dipamerkan pada panel-panel interpretasi di sekitar pusat bandar.
Kami ingin menjemput anda berkongsi cerita/pengalaman anda agar dapat direkodkan sebagai sebahagian daripada memori bandar ini. Hubungi kami di [email protected] sekiranya sudi ditemuramah atau mempunyai bahan-bahan untuk dikongsi bersama.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di pautan http://www.dbkl.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1877&Itemid=161&lang=ms
Heritage Output Lab, bagi pihak DBKL.