22/02/2025
E-Invoice: SME dengan Turnover RM500,000 ke Bawah Dapat Lanjutan 6 Bulan! Apa Maksudnya?
Baru-baru ini, Menteri Kewangan Kedua, Amir Hamzah, mengumumkan bahawa syarikat dengan perolehan tahunan RM500,000 ke bawah akan diberi penangguhan enam bulan untuk pelaksanaan E-Invoicing.
Apa impaknya?
✅ Lebih masa untuk bersedia – Bagi peniaga kecil dan mikro, ini memberi ruang untuk memahami sistem e-invois dan membuat persediaan tanpa tergesa-gesa.
✅ Mengurangkan tekanan compliance – Banyak SME masih belum bersedia dari segi sistem & infrastruktur, jadi ini memberi peluang untuk menyesuaikan operasi perniagaan.
✅ Peluang untuk mendapatkan bantuan – Syarikat boleh menggunakan tempoh ini untuk mendapatkan khidmat nasihat atau latihan berkaitan e-invois sebelum pelaksanaan penuh.
Namun, jangan ambil mudah! Walaupun ada lanjutan, ini adalah peluang terakhir untuk bersedia sebelum e-invois diwajibkan. Ambil langkah sekarang untuk elakkan masalah di kemudian hari.
Adakah bisnes anda terlibat dalam kategori ini? Apa pandangan anda tentang pelanjutan ini? Komen di bawah!
KUALA LUMPUR: Small and medium enterprises (SMEs) with annual sales turnover of RM500,000 and below have been given a six-month extension to comply with e-invoicing, says Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.