ASRA Wealth Consulting Services Sdn Bhd

ASRA Wealth Consulting Services Sdn Bhd Konsultan Hartanah, Wasiat, Hibah & Urus Pusaka
(1)

Tahniah kepada Top2 Producers & Achivers (Real Estate) untuk bulan Januari 2026.
02/02/2026

Tahniah kepada Top2 Producers & Achivers (Real Estate) untuk bulan Januari 2026.

01/02/2026

📌 SHARING RINGKAS: HIBAH HARTANAH

Ramai orang ingat bila kita dah ada wasiat, harta automatik akan jadi milik pasangan atau anak.
Hakikatnya, tidak semudah itu.

👉 Hibah hartanah ialah pemberian harta semasa kita masih hidup, dan terus jadi milik penerima tanpa perlu tunggu faraid atau proses pusaka yang panjang.

Kenapa hibah hartanah penting?

✅ Elak harta beku bertahun-tahun
✅ Rumah tak perlu masuk faraid
✅ Pasangan / anak boleh terus duduk & guna rumah
✅ Kurangkan konflik waris
✅ Boleh tentukan siapa penerima sebenar

Contoh situasi biasa:

Suami meninggal, rumah atas nama suami → isteri & anak tak boleh jual / pindah milik tanpa persetujuan semua waris

Ada anak bawah umur → proses jadi lebih rumit

Ada waris yang susah dikesan → harta terus tergantung

👉 Dengan hibah, semua masalah ini boleh dielakkan lebih awal.

Penting untuk tahu:
🔹 Hibah perlu dibuat dengan betul (dokumen sah)
🔹 Bukan sekadar cakap atau janji
🔹 Boleh hibah kepada pasangan, anak, atau sesiapa yang kita mahu

📌 Pesanan:
Rancang harta bukan sebab kita nak mati,
tapi sebab kita sayang keluarga.

Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut atau nak faham ikut situasi sendiri, boleh tanya secara peribadi 👍

📲 Pagi tadi aku terima satu WhatsApp…“Saya ada ternampak iklan mengenai harta peninggalan tidak dituntut oleh waris sehi...
10/01/2026

📲 Pagi tadi aku terima satu WhatsApp…
“Saya ada ternampak iklan mengenai harta peninggalan tidak dituntut oleh waris sehingga mencecah RM90 bilion.

Kenapa boleh jadi macam tu, tuan tahu ke sebabnya?”

Soalan ni nampak ringkas,
tapi sebenarnya sangat besar maknanya.

Sebab realitinya, harta pusaka tak dituntut ni bukan cerita orang kaya sahaja.

Ramai yang meninggal dunia dengan: – akaun bank lama
– tanah sekangkang kera
– rumah kos sederhana
– caruman yang waris tak tahu pun wujud

Bila si mati tak pernah cerita,
tak senaraikan harta,
tak buat perancangan…

Waris p**a:
❌ tak tahu nak mula dari mana
❌ tak faham proses pusaka
❌ ada yang tak sepakat
Akhirnya harta itu tergantung bertahun-tahun.
Bukan sebab nilainya kecil,
tapi sebab tak diurus dari awal.

Sebab itulah hari ini,
jumlah harta pusaka tidak dituntut di Malaysia mencecah puluhan bilion ringgit.

💡 Pengajaran dia mudah:
Kalau kita ada harta walaupun sedikit,
jangan tinggalkan masalah untuk waris.

Tinggalkan pelan & panduan.

📩 PM
Aku boleh bantu jelaskan langkah asas yang patut dibuat supaya harta tidak jadi beku nanti.

05/01/2026

Seorang kawan pernah tanya aku,
“Bang, kenapa kejap² aku tengok kau tulis pasal kerjaya hartanah,
kejap rumah nak jual,
kejap wasiat & hibah?”

Aku senyum.
Soalan tu nampak ringkas, tapi jawapannya panjang.

Aku mula bercerita.
Sebenarnya semua tu bukan topik berasingan.
Ia adalah satu perjalanan hidup.

Kebanyakan orang mula kenal aku sebab nak jual atau beli rumah.
Nak beli, nak jual, nak sewa.
Nampak macam urusan batu, simen dan harga.

Tapi bila aku duduk depan klien, aku nampak cerita manusia.
Rumah tu dibeli masa baru kahwin.
Dijual sebab anak nak masuk universiti.

Atau terpaksa dilepaskan sebab pasangan dah tiada.

Sejak tu aku sedar,
hartanah bukan tentang rumah semata-mata, tapi tentang kehidupan.

Bila aku menulis tentang kerjaya hartanah, bukan sebab aku nak tunjuk hebat atau sekadar nak rekrut orang.
Aku tulis sebab aku tahu kerjaya ni boleh jadi alat untuk bina masa depan.

Ada orang keluar dari tekanan kewangan.
Ada orang dapat masa dengan keluarga.
Ada orang jumpa semula nilai diri selepas umur 40.

Kerjaya ni bukan untuk semua orang,
tapi untuk orang yang nak hidup dengan tujuan.

Lepas tu orang tertanya p**a,
kenapa aku sentuh wasiat & hibah?

Jawapannya mudah.
Sebab aku terlalu kerap nampak perkara yang sama berulang:
Rumah ada.
Tanah ada.
Nilai naik.
Tapi bila tuan harta meninggal dunia,
anak-anak bergaduh.
Harta beku bertahun-tahun.
Niat baik arwah tak pernah sampai.

Waktu tu baru semua sedar,
harta tanpa perancangan bukan warisan, tapi beban.

Di sinilah ramai tak nampak satu benda penting.
Sebenarnya semua ni saling berkait.

Sebab tu aku dan team di ASRA Wealth Consulting (AWC)
kami bina dua platform utama:
👉 Hartanah
👉 Urus Pusaka (Wasiat & Hibah)

Kami tak lihat rumah sebagai produk.
Kami lihat ia sebagai alat perancangan hidup.

Ada klien datang sebab nak jual rumah, kami bantu urus dengan betul.

Ada yang datang sebab nak bina
kerjaya sebagai perunding hartanah —
kami sediakan platform dan berikan bimbingan. Bukan semata mata mengejar duit.

Dan ada yang datang dengan soalan paling jujur dalam hidup:
“Kalau aku tak ada esok, siapa nak bantu uruskan semua ni?”
Di situlah Urus Pusaka jadi jawapan.
Bukan sebab takut mati,
tapi sebab sayang keluarga.

Jadi bila kau nampak aku kejap tulis pasal rumah, kejap pasal kerjaya,
kejap pasal wasiat & hibah…
aku sebenarnya tak lompat topik.
Aku cuma bercerita lebih jauh daripada sekadar jual rumah.

Aku sedang bercakap tentang satu misi:
membantu orang membina, mengurus dan meninggalkan kehidupan dengan baik.

Dan kali ni kawan aku diam lama.
Bukan sebab dia tak faham.
Tapi sebab
dia akhirnya nampak gambaran dengan lebih jelas.

Jumlah anggaran harta beku di Malaysia adalah sekitar RM90 bilion.Bila aku baca angka ni kali pertama, aku senyap lama. ...
05/01/2026

Jumlah anggaran harta beku di Malaysia adalah sekitar RM90 bilion.

Bila aku baca angka ni kali pertama, aku senyap lama. RM90 bilion tu bukan angka kecil. Itu bukan duit satu orang.

Itu gabungan rumah, tanah, akaun bank, saham, simpanan milik orang yang pernah hidup, bekerja, berkeluarga, sama macam kita hari ni.

Yang buat aku lebih terkesan, kebanyakan harta beku ni bukan milik orang kaya. Ia milik ayah yang ada sebuah rumah, mak yang ada simpanan sikit, suami yang tak sempat sediakan apa-apa, isteri yang ditinggalkan dengan anak kecil.

Harta tu bukan hilang. Cuma terkunci.
Terkunci sebab tak ada wasiat, tak ada perancangan, waris tak tahu nak mula dari mana.

Aku pernah jumpa rumah yang tak boleh dijual bertahun-tahun, bukan sebab tak laku, tapi sebab geran masih atas nama arwah dan waris tak sepakat.

Sedangkan masa pemilik hidup dulu,
rumah tu dibeli dengan niat yang baik: 👉 nak lindungi keluarga
👉 nak ada tempat berteduh
👉 nak tinggalkan sesuatu

Tapi bila tiada perancangan, niat yang baik boleh bertukar jadi beban kepada yang hidup.

Wasiat bukan pasal mati. Wasiat pasal kasih sayang terakhir. Aku sendiri masih belajar. Dan aku rasa, topik ni terlalu penting untuk disebar² kan.

Kalau ada rumah, ada pasangan,
ada anak… Mungkin sudah sampai masa kita fikir — apa jadi pada harta kita, bila kita tiada.
Kalau awak nak buat wasiat, contact jer aku di wasap.my/60103240051/nakbuatwasiat

Kalau awak meninggal hari ini…Siapa yang akan uruskan semua harta awak?Bukan siapa yang awak harap.Tapi siapa yang secar...
30/12/2025

Kalau awak meninggal hari ini…

Siapa yang akan uruskan semua harta awak?

Bukan siapa yang awak harap.
Tapi siapa yang secara sah boleh urus.
Kalau jawapannya,
“Entahlah…”

Maka, itu masalah yang besar.
Tanpa wasiat:
❌ Akaun dibekukan
❌ Rumah tak boleh dipindah milik
❌ Proses pusaka lambat
❌ Keluarga tertekan
❌ Potensi pergaduhan

Dengan wasiat:
✔ Arah jelas
✔ Pentadbir dilantik
✔ Proses lebih cepat
✔ Keluarga lebih tenang

Bezanya cuma satu dokumen.
Wasiat bukan untuk orang yang hampir mati.
Wasiat untuk orang yang tak mahu menyusahkan keluarga.

Ada anak → buat wasiat
Ada pasangan → buat wasiat
Ada harta → buat wasiat
Mudah.

Kalau awak masih fikir,
“Nantilah…”
Ramai juga yang fikir begitu.
Sehingga mereka tak sempat.

Buat keputusan hari ini.
Lindungi keluarga awak.

Tulis saja:
“Saya nak buat wasiat.”
Saya bantu uruskan semuanya.

wasap.my/60103240051/nakbuatwasiat

Adakah rumah yang masih dalam pinjaman boleh di hibahkan?
24/12/2025

Adakah rumah yang masih dalam pinjaman boleh di hibahkan?

Apakah itu Hibah HartaHibah harta ialah pemberian harta oleh seseorang kepada orang lain semasa pemberi masih hidup, dib...
23/12/2025

Apakah itu Hibah Harta

Hibah harta ialah pemberian harta oleh seseorang kepada orang lain semasa pemberi masih hidup, dibuat secara sukarela dan sah di sisi syarak serta undang-undang.

➡️ Harta yang dihibahkan tidak lagi menjadi harta pusaka selepas kematian pemberi.

Jenis Harta Yang Boleh Dihibahkan
🏠 Harta tidak alih
- Rumah
- Tanah
- Kondominium / Apartment

💰 Harta alih
- Wang simpanan
- Kenderaan
- Saham
- Akaun pelaburan

Rukun & Syarat Sah Hibah
Hibah harta mesti memenuhi 4 rukun utama:

1️⃣ Pemberi hibah
Waras
Baligh
Pemilik sah harta
Memberi secara rela (tiada paksaan)

2️⃣ Penerima hibah
Wujud & dikenal pasti
Boleh memiliki harta
Contoh: anak, isteri, suami, ibu bapa, atau orang lain

3️⃣ Harta yang dihibahkan
Milik penuh pemberi
Jelas & bernilai
Boleh dipindah milik

4️⃣ Akad hibah
Ijab & kabul (persetujuan)
Secara bertulis lebih kuat (dokumen hibah)
Disokong saksi

Cara Pelaksanaan Hibah Harta
🟢 Cara paling kuat & selamat:
Pindah milik terus (tukar nama geran / strata)
✔️ Paling kukuh
❌ Kos guaman & duti setem

🟡 Alternatif (digunakan di Malaysia):
- Dokumen Hibah Amanah
- Pemilik masih pegang harta
- Penerima mendapat hak selepas kematian
- Perlu disediakan dengan betul supaya tidak dicabar

Kelebihan Hibah Harta
✅ Elak perebutan harta pusaka
✅ Lindungi pasangan / anak tertentu
✅ Cepat & tidak perlu melalui faraid
✅ Boleh rancang pembahagian harta ikut keperluan

Risiko & Isu Hibah (Penting!)
⚠️ Hibah boleh dicabar jika:
- Tiada penyerahan milik yang jelas
- Dokumen tidak lengkap
- Ada unsur paksaan
- Tidak adil antara anak tanpa sebab munasabah
- Pemberi tidak waras ketika hibah dibuat

Contoh Situasi Biasa
- Ibu bapa hibahkan rumah kepada anak bongsu yang menjaga mereka
- Suami hibahkan rumah kepada isteri bagi jaminan tempat tinggal
- Individu bujang hibahkan harta kepada ibu bapa

APAKAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN HIBAH ? Hibah ialah pemberian harta secara sukarela oleh seseorang kepada orang lain ketika...
15/12/2025

APAKAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN HIBAH ?

Hibah ialah pemberian harta secara sukarela oleh seseorang kepada orang lain ketika pemberi masih hidup, tanpa mengharapkan balasan.

Maksud ringkas

👉 Hibah = hadiah harta semasa hidup

Ciri-ciri utama hibah:

1. Diberi semasa hidup
Bukan selepas meninggal dunia (itu pusaka / faraid).

2. Ikhlas & sukarela
Tiada paksaan dan tiada balasan.

3. Penerima mesti wujud & dikenal pasti
Contoh: anak, isteri, suami, ibu bapa, atau sesiapa sahaja.

4. Harta mesti diserah milik
Contohnya:

- Rumah ditukar nama

- Duit dimasukkan ke akaun penerima

- Dokumen hibah ditandatangani dengan jelas

Contoh hibah:

Seorang ayah menghibahkan sebuah rumah kepada anaknya semasa beliau masih hidup.

Seorang suami menghibahkan simpanan atau harta kepada isteri bagi menjamin kebajikan jika berlaku kematian.

Beza Hibah vs Faraid (ringkas):

Hibah Faraid
- Semasa hidup
- Ikut kehendak pemberi
- Boleh beri kepada sesiapa

Faraid
- Selepas meninggal dunia
- Ikut hukum Islam
- Ikut bahagian waris

Nak buat hibah ? Contact :
Shaharul- 010-324 0051
Azrina - 0103234739

KISAH SEBENAR YANG SERING BERLAKUSaya nak cerita satu kisah.Bukan untuk takutkan sesiapa.Tapi ini kisah yang berlaku ter...
14/12/2025

KISAH SEBENAR YANG SERING BERLAKU

Saya nak cerita satu kisah.
Bukan untuk takutkan sesiapa.
Tapi ini kisah yang berlaku terlalu kerap.

Seorang ayah meninggal dunia secara mengejut.
Tinggalkan isteri dan tiga orang anak.

Ada rumah.
Ada kereta.
Ada simpanan.

Pada mulanya, semua ahli keluarga sepakat.
Semua kata, “Tak apa, kita urus sama-sama.”

Tapi bila masuk bab dokumen…
Bila akaun dibekukan…
Bila proses pusaka bermula…

Segalanya berubah.

---

Masalah mula timbul bila soalan-soalan ini muncul:

Siapa yang patut jadi pentadbir?
Siapa yang patut urus rumah?
Siapa yang pegang duit?
Siapa yang tanggung kos guaman?
Siapa yang layak dapat lebih?

Dan yang paling menyakitkan…

“Arwah pernah cakap apa sebenarnya?”

Tiada siapa tahu.
Sebab arwah tak tinggalkan wasiat.

---

Isterinya terpaksa ulang-alik ke pejabat tanah.
Anak-anak mula rasa tak selesa sesama sendiri.
Ada yang terasa hati.
Ada yang menjauhkan diri.

Bukan sebab mereka tamak.
Tapi sebab masing-masing keliru dan tertekan.

Akhirnya, hubungan keluarga jadi renggang.
Bukan kerana harta…
Tetapi kerana tiada arahan daripada orang yang paling mereka sayang.

---

Sekarang bayangkan situasi yang sama…

Tetapi dengan satu perbezaan.

Arwah ada wasiat.

Dalam wasiat itu dinyatakan:

✔ Siapa pentadbir
✔ Bagaimana aset diurus
✔ Siapa dapat apa
✔ Siapa jaga anak bawah umur
✔ Apa keutamaan yang perlu diselesaikan

Tiada persoalan.
Tiada sangkaan.
Tiada pertikaian.

Semua hanya ikut arahan.

Dan keluarga boleh fokus pada proses berduka,
bukan bergaduh tentang harta.

---

Inilah bezanya orang yang ada wasiat dan yang tiada.

Orang yang tiada wasiat meninggalkan tanda tanya.
Orang yang ada wasiat meninggalkan ketenangan.

Wasiat bukan soal harta semata-mata.
Ia soal hubungan keluarga yang kita tinggalkan.

---

Kalau awak sendiri adalah seorang ayah, ibu, suami atau isteri…

Tanya diri awak satu soalan sahaja:

“Kalau aku pergi hari ini, adakah keluarga aku tahu apa yang perlu dibuat?”

Jika jawapannya tidak pasti…
Maka, inilah masanya untuk bertindak.

Saya sedia bantu awak:

📄 Sediakan wasiat yang jelas & sah
📝 Senaraikan aset dengan betul
👨‍👩‍👧 Lantik pentadbir yang dipercayai
🔐 Pastikan dokumen disimpan dengan selamat

Awak tak perlu tunggu sempurna.
Awak cuma perlu mula.

Tinggalkan mesej:

“Saya nak buat wasiat.”

Itu sudah cukup untuk melindungi keluarga awak daripada kisah seperti ini.

010-324 0051
Shaharul Ridzuan Azrina Fakhrudin

12/12/2025

“Apa Yang Akan Berlaku Bila Tiada Wasiat”

Ada satu perkara yang ramai tak mahu fikir…
Tetapi ia tetap berlaku setiap hari.

Apabila seseorang meninggal tanpa wasiat.

Keluarga bukan sahaja kehilangan insan tersayang,
tetapi mereka juga kehilangan arah.

Kerana bila tiada wasiat:

❌ Keluarga tak boleh sentuh harta
❌ Proses pusaka jadi lama (kadang bertahun-tahun)
❌ Ahli keluarga mula salah faham
❌ Ada yang terasa hati
❌ Ada yang saling menuduh
❌ Ada yang menghilang bila diperlukan
❌ Ada yang tiba-tiba muncul bila tahu ada harta

Semua ini bukan kerana harta itu banyak…
Tetapi kerana tiada persediaan.

---

Dan yang paling menyakitkan ialah…

Masalah ini berlaku selepas kita tiada.
Selepas kita tak boleh buat apa-apa lagi.
Selepas semua tanggungjawab itu jatuh atas bahu keluarga kita.

Sedangkan kita ada peluang untuk elakkan semua itu semasa hidup.

Dengan satu dokumen.
Dengan satu keputusan.

Dengan wasiat.

---

Apa yang ramai tak tahu…

Bila tiada wasiat, ahli keluarga perlu pilih pentadbir harta arwah.

Dan biasanya…
Di sinilah titik pergaduhan bermula.

Ada yang rasa dia lebih layak.
Ada yang rasa dia paling banyak berjasa.
Ada yang rasa dia patut dapat lebih.
Ada yang tiba-tiba ungkit kisah lama.

Semua ini berlaku kerana tiada arahan dari arwah.

Kalau wasiat sudah siap, semuanya jelas:

✔ Siapa pentadbir
✔ Bagaimana proses dijalankan
✔ Siapa dapat apa
✔ Mengikut hukum & kehendak arwah

Tiada ruang untuk salah faham.
Tiada ruang untuk pergaduhan.
Tiada ruang untuk perebutan.

---

Orang yang buat wasiat bukan orang yang takut mati.

Orang yang buat wasiat ialah orang yang:

✔ Bertanggungjawab
✔ Sayang keluarga
✔ Tidak mahu meninggalkan beban
✔ Mahu keluarganya tenang walaupun dia tiada
✔ Mahu pastikan harta tidak beku lama
✔ Mahu urusan pusaka selesai dengan cepat dan mudah

Itulah tanda cinta yang sebenar —
melindungi keluarga selepas kita pergi.

---

Kalau awak sedang membaca ini…

Mungkin Allah sedang buka pintu kesedaran.

Bukan semua orang diberi hidayah untuk terfikir tentang wasiat.
Hanya orang yang Allah sayang — supaya dia bersedia.

Kalau awak mahu saya bantu:

📞 Saya boleh terangkan dari A–Z
📝 Saya bantu senaraikan aset
📄 Saya sediakan draf wasiat lengkap
👨‍👩‍👧 Saya bantu pilih pentadbir paling sesuai
🔐 Wasiat disimpan dan selamat untuk rujukan keluarga

Awak cuma perlu beritahu:

“Saya nak buat wasiat.”

Selepas itu, biar saya bantu selesaikan semuanya.

Contact jer :
010-324 0051

12/12/2025

Ramai orang ingat wasiat ni untuk orang tua…
Sebenarnya salah.

Wasiat adalah untuk orang yang sayang keluarga.
Untuk orang yang tak nak anak-anak susah.
Untuk orang yang tak nak pasangan terpaksa “minta tolong” sana sini bila sesuatu berlaku.

Sebab hakikatnya…
Kita tak tahu bila masa kita akan pergi.
Tapi kita boleh tentukan apa yang berlaku selepas kita tiada.

Dan di sinilah pentingnya wasiat.

---

Kenapa ramai keluarga bergaduh selepas kematian?

Bukan sebab harta banyak.
Tapi sebab tiada arahan jelas.

❌ Tak tahu siapa dapat apa
❌ Tak tahu siapa pentadbir
❌ Tak tahu macam mana urus harta
❌ Semua orang mula rasa "akulah paling layak"

Di sinilah masalah bermula.

Hakim terpaksa buat keputusan.
Keluarga saling menuduh.
Proses pusaka jadi lambat bertahun-tahun.

Padahal…
Benda ni boleh selesai dengan sehelai dokumen wasiat sahaja.

---

Bila ada wasiat:

✔ Hak & pembahagian jelas
✔ Siapa pentadbir pun dah dinyatakan
✔ Proses pusaka jadi cepat
✔ Tiada perebutan
✔ Keluarga lebih tenang

Wasiat bukan sekadar dokumen.
Ia adalah hadiah terakhir kita kepada keluarga.

Hadiah berupa ketenangan.

---

Jika awak sendiri rasa…

“Kalau aku pergi esok, siapakah yang akan uruskan anak-anak aku?”
“Rumah, kereta, KWSP, ASB semua tu nanti jadi apa?”
“Tanggungjawab aku pada keluarga dah cukup ke?”

Maka, awak sebenarnya sudah bersedia untuk buat wasiat.
Hanya belum mula.

---

Jika nak saya bantu siapkan wasiat awak:

Saya boleh bantu dari A–Z:

📌 Konsultasi & penjelasan
📌 Semakan aset
📌 Penyediaan dokumen
📌 Penamaan pentadbir
📌 Penyimpanan & tindakan selepas kematian

Wasiat bukan tentang mati.
Ia tentang melindungi orang yang masih hidup.

Jika nak mula dengan sesi konsultasi, beritahu saya:
“Saya nak buat wasiat.”

Saya akan uruskan selebihnya.

---

Contact je :
010-324 0051

Address

Ampang
68###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ASRA Wealth Consulting Services Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share