14/10/2025
Bila Trainer Tersadai (True Story)
Alhamdulillah, baru-baru ni saya berpeluang berkongsi topik Halal Pharmaceutical bersama peserta Rakyat.
Yang hadir bukan calang-calang. Semuanya pegawai Syariah dan Process Loan Department. Kiranya, ramai “Ustaz banker” dalam satu bilik.
Saya baru tahu, Bank Rakyat adalah sepenuhnya Islamic bank dan mereka juga tawarkan pinjaman kepada SME yang nak kembangkan bisnes, selain nak tengok 6 bulan bank statement, asalkan bisnes patuh syariah atau Halal cert. Sebab tu mereka juga perlu ada knowledge tentang Halal.
Kelas saya jatuh pada hari Jumaat, 9 pagi – 6 petang. Fenomena biasa bagi rakyat malaysia. Dimana jasad masih dalam kelas, tapi roh dah balik kampung. 🤣
Kali ini peserta saya ramai lelaki, dan happening gila! Siap ada Ustaz yang katanya jarang bercakap pun, hari tu asyik tanya soalan & gelak2 ! Saya pun terkejut tapi seronok tengok semua terlibat. Janji jangan ngantuk ekhh…
Dalam kelas saya, saya highlightkan topik yang selalu terlepas pandang.
Disebabkan mereka dah “tepu” bab halal. Saya banyak fokus regulatory perspective. Iaitu macam mana nak tahu produk tu kategori makanan, ubat, kosmetik, atau medical device. Topik ni memang ramai trainer jarang sentuh, tapi inilah punca ramai usahawan stuck. Loan Bank Rakyat dah lulus, tapi bila nak expand, produk tak ngam dengan undang2. Akhirnya, damage control menyebabkan rugi masa, duit & reputasi
Sebagai konsultan regulatori dah jumpa ramai kes macam ni, bukan sebab mereka tak pandai berniaga, tapi sebab tak tahu kategori produk sendiri. Jadi saya selalu tekan nak grow business, kenal produk dulu, baru regulation. Dalam kelas kali ini, saya banyak terangkan dari sudut pandang pelbagai sisi seorang usahawan termasuk marketing, inventory, cost, sales, business agreement etc. Kerana peserta kena deal dengan SME.
Bila audience bukan orang teknikal.
Slide saya tak boleh boring. Saya guna visual, video, dan bahasa yang layman supaya mereka faham dan tak rasa “kena kuliah.” Kelas pun rasa macam sembang santai tapi sarat ilmu.
Dan akhirnya… plot twist
Habis kelas, lepas solat maghrib, saya nak balik.
Sekali… tayar kereta flat!
Mujur peserta belum balik.
Mereka tolong tukar tayar, siap temankan sampai ke bengkel. Ada tu peserta lelaki. Ustaz jugak, "Puan, saya datang kelas arini, bukan belajar halal je, siap belajar macam mana nak tukar tayar"… apa lagi gelak la masing-masing. Kantoi! Ingatkan saya je tak tahu.
Tambah pulak bonet kereta saya tak boleh buka. Tak memasal tayar kena keluarkan dari site passenger. Memang drama betul!
Paling best organizer dari Serunai Commerce Sdn Bhd sanggup patah balik jadi pom pom girls sambil pastikan saya selamat balik rumah.
Sampai rumah pukul 11 malam. Penat… tapi hati senyum sampai ke telinga
Terima kasih Serunai dan University Islam Selangor (Halal Advisory Research Institute Selangor) kerana jemput saya sebagai trainer di ELMU University.
Hari panjang, tapi penuh pengajaran, tawa, dan… tayar pancit. Aishhh..