19/06/2020
SELF-MOTIVATED.
Selalunya kita boleh nampak perkataan 'Self-Motivated' ini di dalam kebanyakan iklan kerja.
Majikan memang s**a jika pekerjanya adalah seorang yg Self-Motivated.
The good news is, being Self-Motivated is a skill that we can learn. Skill ini juga boleh diperbaiki dari masa ke semasa.
Majikan s**a pekerja yg mempunyai skill Self-Motivated ini kerana mereka boleh 'dilepaskan' dan tidak perlu dipantau secara dekat.
Mereka hanya perlu dipantau melalui pelaporan prestasi KPI, dinilai Hasil Kerjanya dan BUKAN dinilai Bagaimana Proses pekerja itu melakukan kerja-kerjanya.
Dengan ini juga majikan tidak perlu mengamalkan Pengurusan Pekerja Secara Mikro (Micro Management Style) yg memenatkan bagi majikan dan merimaskan bagi pekerja. .
🔵Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Yang 'Self-Motivated' ?
Kita lihat dulu makna perkataan MOTIVATION.
➡️Motive for Action = Motivation
👉🏻What is your Motive for you to take Action.
Motivation sememangnya merujuk dari dalam diri sendiri.
Tiada siapa pun (selain dari kita sendiri) yg boleh beritahu kita untuk membuat sesuatu perkara dan merasa puas apabila ia sudah dilakukan.
Ada banyak faktor² dalaman & luaran yg boleh dikenalpasti untuk menentukan Kenapa seseorang itu terMotivasi atau terdorong untuk melakukan sesuatu..
Contoh Faktor Motivasi yang paling Sinonim
➡️ Keseronokan Apabila Menerima Gaji Pada Hujung Bulan.
Kebanyakan pekerja akan seronok buat kerja setiap hari apabila mereka tahu setiap hujung bulan mereka akan dapat gaji.
Pekerja juga akan merasa selamat bila mereka tahu kontrak perkhidmatan mereka masih ada & sah untuk tempoh yg telah didokumenkan di dalam kontrak kerja.
Well, sebenarnya tak salah pun mempunyai faktor motivasi sebegini.
Dalam Human Emotional Drivers tools, faktor motivasi ini dipanggil sebagai 'Security & Control'. The Needs to feel Secured and being in Control.
Merasa Lega dan Puas apabila keadaan Terkawal dan Boleh Dikawal. (Ada lagi 7 faktor lain, 8 kesemuanya)
Jika mereka tidak dapat merasakan perasaan Terkawal dan Boleh Mengawal ini, ada yg akan Marah, Mengamuk, Sedih & Murung..
Ada 7 lagi cara lain untuk menjadikan seseorang itu SELF-MOTIVATED.