13/09/2021
MARKETING PLAN
.
Be flexible dalam menyediakan marketing plan yang bagus..marketing plan company A berbeza dengan company B..sebab setiap company mempunyai objektif yang berbeza dan cara untuk mencapai objektif itu juga berbeza dan pelbagai.
Banyak kali dah saya kongsikan apa yang perlu ada dalam Marketing Plan anda..tapi hari ini saya berikan point lebih ringkas supaya mudah untuk anda paham dan mulakan tindakan.
Adakan Marketing Plan supaya arah tuju produk/servis/customer dan pasaran anda lebih jelas :
1- Kenalpasti situasi semasa company anda.
buat satu ‘situation analysis’ apa yang berlaku sekarang , apa keadaan bisnes anda sekarang, apa gap nya, apa needsnya, apa masalahnya, listkan supaya anda tahu apa yang perlu diperbetulkan dari semasa ke semasa..dan melalui list ini anda tahu apa kekangan dalam bisnes anda.
2- Describe target audience anda.
bukan sekadar kenalpasti tapi detailkan lagi..adakan customer avatar...perhalusi apa keperluan dan kehendak, tindakan, kuasa membeli, lifestyle target market anda.
3- Listkan Marketing Goal anda..
apa yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang..ianya berbeza dengan Business Plan ya..Marketing Plan goal arah dan fokusnya berbeza..ia lebih kepada strategi-strategi bagi memastikan kesinambungan produk/servis yang berkait rapat dengan peningkatan revenue kepada company..
4- Develop Marketing
Communications, strategi yang anda bakal lancarkan..
dalam mencapai Marketing Goal anda...seperti saya maklumkan..anda perlukan strategi-strategi dan perlaksaan yang konsisten..bagaimana cara anda berkomunikasi dengan target market anda..menggunakan medium apa supaya sampai mesej anda pada mereka..kenalpasti semua ini..
5- Set Marketing Budget
Akhir sekali perlulah kita setkan budget..
bermula dari yang free marketing..sehinggalah marketing yang kita mahukan dan rasakan sesuai dengan brand/positioning produk dan servis kita.
Semoga membantu dan bermanfaat..dan saya harapkan dengan breakdown yang simple ini anda akan mula draft dan commit dengan marketing plan anda.