Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka - KOGMAS

Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka - KOGMAS Administration & Support Services
Activities

02/07/2026

🚨 PELUANG JIMAT BESAR-BESARAN DAH TIBA! 🚨

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barang keperluan harian pada harga lebih rendah dengan potongan harga sehingga 30% sempena Jualan Rahmah MADANI! πŸ”₯

Sediakan bakul belanja anda & rebut pelbagai barangan pilihan seperti:

πŸ›’οΈ Minyak masak
πŸ— Ayam segar
πŸ₯š Telur
🌾 Tepung gandum
πŸ₯› Milo
πŸ₯« Sardin
🍚 Beras & banyak lagi!

πŸ“… Tarikh: 04 Julai 2026 | Sabtu
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: DEWAN KASTURI, KOMPLEKS JAPERUN AYER KEROH, MELAKA.

✨ Diskaun sehingga 30% = lebih banyak barang, lebih banyak jimat! ✨

πŸ’› Jangan tunggu harga naik, rebut peluang harga rahmah ini sekarang!

πŸ”₯ Datang awal, grab barang pilihan dan nikmati penjimatan maksimum untuk keluarga anda. Stok & tawaran istimewa menanti anda! πŸ”₯

*"PROGRAM INTERVENSI TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN KOPERASI KARIAH MASJID NEGERI PAHANG 2026 - KOGMAS DIJEMPUT BERKONGSI P...
30/06/2026

*"PROGRAM INTERVENSI TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN KOPERASI KARIAH MASJID NEGERI PAHANG 2026 - KOGMAS DIJEMPUT BERKONGSI PENGALAMAN MENTADBIR URUS GABUNGAN KOPERASI MASJID"*

25 Jun 2026 | Khamis

Pengerusi Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Bhd atau KOGMAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Melaka, Tn Hj Zaidan bin Hj Abd Hadi telah dijemput untuk menyampaikan taklimat serta perkongsian pengalaman di dalam mentadbir urus dan mengawal selia serta kejayaan perniagaan gabungan koperasi masjid untuk dijadikan rujukan dalam memperkasa aktiviti ekonomi Koperasi Kariah Masjid (KKM) di negeri Pahang. Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Pahang ini diadakan pada 24 dan 25 Jun 2026 di Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan dihadiri hampir 100 orang peserta dari 50 KKM di Pahang.

Tn Hj Zaidan dalam perkongsiannya telah menyentuh pelbagai perkara termasuk falsafah dan matlamat penubuhan KKM, Visi, Misi, Objektif, Nilai Teras serta Moto KOGMAS iaitu "Berjemaah Menjana Ekonomi" Sertai Kami. Beliau juga berkongsi pelbagai isu & cabaran KKM, hubungan antara tiga 'agensi' di masjid iaitu Jawatankuasa Masjid, Pentadbir Masjid dan Koperasi Kariah Masjid yang boleh menentukan "bangun jatuhnya" sesebuah KKM serta model dan peluang perniagaan yang sesuai dan berdaya maju untuk diceburi oleh KKM. Pelbagai produk KOGMAS berjenama 'BARAKAH' juga diperkenal dan dipamerkan kepada para peserta, boleh terus ditempah atau mendaftar untuk menjadi stokis atau ejen jualan produk KOGMAS.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Dato' Amizar bin Abu Adam dalam ucapannya di Majlis Perasmian Penutup program tersebut yakin bahawa KKM boleh memberi impak yang positif kepada sosio ekonomi ummah terutamanya ahli kariah setempat. Beliau juga percaya bahawa hasrat dan usaha kerajaan untuk memperkasakan institusi masjid bukan hanya sebagai destinasi untuk beribadat tetapi juga tempat bermuamalat atau melaksanakan kegiatan ekonomi melalui koperasi dapat direalisasikan.

Naib Presiden ANGKASA, YBhg Dato' Hj Ibrahim bin Hj Abdullah yang hadir mewakili Presiden ANGKASA turut menjayakan sesi penerangan berkaitan ANGKASA dan Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad atau KONSORMAS.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang, En Mohd Firdaus bin Shaari telah memulakan majlis perasmian penutup ini dengan ucapan aluan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Timur, Pn Haslinda binti Sujak; Wakil Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Tn Syed Ana Ruhiza'at bin Syed Alwi; Pengerusi JKAN Pahang Tengah, YBhg Dato' Hj Mohamad Hanifah BK Koya Moideen Kutty dan Pengerusi JKAN Pahang Timur, Tn Hj Mohd Zahidi bin Hj Husain.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar Dif-Dif Kehormat bersama para peserta, pegawai-pegawai SKM, IKMa, ANGKASA dan agensi-agensi kerajaan yang hadir.




*"LAWATAN KERJA & JELAJAH 'HEBATKAN PERNIAGAAN MALAYSIA' YB MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN & KOPERASI (KUSKOP) KE NEGERI M...
22/06/2026

*"LAWATAN KERJA & JELAJAH 'HEBATKAN PERNIAGAAN MALAYSIA' YB MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN & KOPERASI (KUSKOP) KE NEGERI MELAKA"*

20 Jun 2026 | Sabtu

Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Bhd (KOGMAS) telah menerima kunjungan dari KUSKOP & SKM ke Pusat Pengedaran (DC) pada hari Sabtu, 20 Jun 2026.

Tn Hj Zaidan bin Hj Abd Hadi, Pengerusi KOGMAS bersama Anggota-Anggota Lembaga KOGMAS (ALK) telah menyambut kehadiran YB Tn Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi dalam rangka lawatan kerja & jelajah 'Hebatkan Perniagaan Malaysia' YB Menteri (YBM) KUSKOP ke negeri Melaka dari 19 Jun hingga 21 Jun 2026.

Antara Dif-Dif Kehormat yang hadir bersama YBM ialah YB Tn Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi & Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, YB Tn Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka, YBhg Datuk Mohd Ali bin Mansor, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), YBrs Tn Rahman bin Mohd Din, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pemantauan) KUSKOP, YBrs Pn Siti Azlin binti Ahmad Dauta, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, YBrs Tn Mustafa Kamal bin Mohd Nor, Pengarah SKM Cawangan Negeri Melaka.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, YBM dan rombongan terus di bawa ke lokasi lori baru bagi memotong reben, melancarkan lori yang kedua milik KOGMAS, kali ini dibeli melalui geran pemberian KUSKOP.

Tn Hj Zaidan telah menyampaikan ucapan aluannya, menyentuh berkaitan sejarah penubuhan KOGMAS, gabungan koperasi kariah masjid yang pertama di negara ini oleh Mantan Ketua Menteri Melaka yang kini Tuan Yang Terutama Tun Sri Setia Dr Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam pada 8 Februari 2013, 13 tahun dahulu, dengan azam dan iltizam untuk terus memajukan ekonomi Islam di negeri Melaka khususnya dan Malaysia amnya. Kalau ANGKASA sebagai Badan Apeks atau badan induk tertinggi gerakan koperasi di Malaysia maka KOGMAS bolehlah diibaratkan sebagai 'Badan Apeks' untuk koperasi kariah masjid di negeri Melaka. KOGMAS menerapkan konsep usahasama dengan memberi peluang kepada anggotanya untuk menjadi rakan niaga dalam pelbagai aktiviti ekonomi di samping mewujudkan komuniti atau 'empayar perniagaan koperasi kariah masjid' bagi memenuhi keperluan kariah dan jemaah masjid di masa depan.

Semenjak tahun 2015, perniagaan KOGMAS lebih tertumpu kepada pengilangan melalui 'OEM', pembekalan, pemasaran & penjualan air mineral semulajadi jenama BARAKAH di mana pengedaran & penjualannya bukan hanya di negeri Melaka tetapi juga di utara negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor & WP Kuala Lumpur. Pada pertengahan tahun 2024, KOGMAS telah mengorak langkah lebih jauh iaitu mengeksport air mineral semulajadi ke negara Singapura.

Berdasarkan model perniagaan "air mineral Barakah, hari-hari orang minum", maka dalam tahun 2023, KOGMAS telah memperkenalkan produk baru iaitu sabun cecair pencuci pakaian, pencuci pinggan mangkuk & pencuci lantai & tandas jenama Barakah, dengan konsep atau model yang sama "sabun cecair pencuci, hari-hari orang guna", dengan pelbagai bauan. Tn Pengerusi juga berkongsikan kejayaan KOGMAS melahirkan rangkaian prasarana niaga di negeri Melaka yang dikenali sebagai MyBaraqa Hub, stokis hub dikendalikan oleh koperasi anggota KOGMAS bagi memastikan produk Barakah terutamanya sentiasa ada stok di kariah berkenaan dan dapat sampai kepada pelanggan-pelanggan menepati masa.

YBM Tn Steven Sim dalam ucapannya menekankan bahawa menurut Almarhum Professor Diraja Ungku Aziz, matlamat koperasi merentasi "warna kulit, perbezaan agama & ideologi politik" dengan tiga tujuan utamanya iaitu (1) membangun ekonomi rakyat; (2) menjaga kebajikan rakyat, bukan mementingkan keuntungan semata-mata; (3) membina perpaduan rakyat. Tambahnya lagi, ketika mengambilalih kepimpinan KUSKOP pada awal tahun ini, beliau telah mengumumkan satu peruntukan paling tinggi dalam sejarah 100 tahun Koperasi di Malaysia iaitu sebanyak RM254 juta.

Beliau juga memuji usaha kepimpinan KOGMAS yang melibatkan anggota-anggotanya di dalam jaringan perniagaan melalui produk-produk KOGMAS dan menyatakan bahawa KOGMAS bukan hanya sebuah koperasi tetapi telah bertindak seperti sebuah 'konglomerat' atas kejayaannya mengeksport air mineral ke Singapura.

YBM Tn Steven Sim berucap semasa lawatan kerja ke Pusat Pengedaran KOGMAS di Ayer Keroh, Melaka dalam Program "Hebatkan Perniagaan Malaysia", termasuk perniagaan koperasi. Seusai ucapan, YB Menteri menyampaikan cek cura kepada Koperasi Serbaguna Tenusu Negeri Melaka Berhad bernilai RM30,000. dan Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Melaka Berhad bernilai RM252,550. Majlis juga turut dihadiri oleh Koperasi Baba Nyonya Melaka Berhad.

YBM bersama Dif-Dif Kehormat seterusnya melawat ke kedua-dua Gudang 'Makanan' & Gudang 'Bukan Makanan' KOGMAS. Majlis juga dijamukan dengan hidangan sate, produk OEM KOGMAS.






10/01/2026
*"MAJLIS ANUGERAH USAHAWAN NEGERI MELAKA 2025"*03 Disember 2025 | RabuMajlis Anugerah Usahawan Negeri Melaka 2025 telah ...
04/12/2025

*"MAJLIS ANUGERAH USAHAWAN NEGERI MELAKA 2025"*

03 Disember 2025 | Rabu

Majlis Anugerah Usahawan Negeri Melaka 2025 telah diadakan pada 03 Disember 2025 jam 8:30 malam di Hotel Birkin Melaka yang disempurnakan perasmiannya oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh Ketua Menteri Melaka.

Majlis yang gilang gemilang turut dihadiri oleh YB Tuan Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna; YB Datuk Tuminah binti Kadi@Mohd Hashim, Timbalan Exco; YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka serta dif dif kehormat yang lain.

Pada malam tersebut, antara Anugerah-Anugerah Usahawan yang disampaikan termasuklah Anugerah Usahawan Koperasi Terbaik Negeri Melaka 2025. Tempat Pertama ialah Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Bhd (KOGMAS), tempat Kedua Koperasi MRSM Tun Ghafar Baba Jasin Melaka Bhd, manakala tempat Ketiga Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Bhd.

YBrs Tn Hj Zaidan bin Abd Hadi, Pengerusi KOGMAS telah hadir untuk menerima Anugerah Usahawan Koperasi Terbaik Negeri Melaka 2025 dengan diiringi oleh En Kahar bin Udi, Setiausaha KOGMAS.

Para tetamu telah dihidangkan dengan jamuan makan malam dan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan oleh penggiat-penggiat seni tempatan dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Address

58-2, Jalan LINGKARAN MITC, KOMPLEKS PERNIAGAAN, MITC PERDANA, HANG TUAH JAYA
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka - KOGMAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka - KOGMAS:

Shortcuts

Share