UTeM Holdings Sdn Bhd

UTeM Holdings Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UTeM Holdings Sdn Bhd, Business Center, No. 1, Jalan TU 62, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.

11/05/2026
06 MEI 2026๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—™ (๐—ž๐—ฃ๐—˜) ๐—จ๐—ง๐—ฒ๐—  ๐—›๐—ข๐—Ÿ๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—ฆ ๐—ฆ๐——๐—ก ๐—•๐—›๐——Selamat Hari Ulang Tahun Ke...
06/05/2026

06 MEI 2026

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—™ (๐—ž๐—ฃ๐—˜) ๐—จ๐—ง๐—ฒ๐—  ๐—›๐—ข๐—Ÿ๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—ฆ ๐—ฆ๐——๐—ก ๐—•๐—›๐——

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada YBrs. Prof. Madya Ts. Mohd Rahimi bin Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif UTeM Holdings Sdn Bhd. Didoakan agar dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati serta kesejahteraan yang berpanjangan, selain dipermudahkan segala urusan harian. Juga diharapkan perjalanan hidup sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT.

Semoga tahun baharu usia ini membawa lebih banyak kejayaan, kekuatan dan pencapaian yang membanggakan dalam kepimpinan di samping terus memberi inspirasi kepada seluruh warga Kumpulan UTeM Holdings.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Bersempena sambutan Hari Pekerja tahun ini dengan tema โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€...
30/04/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Bersempena sambutan Hari Pekerja tahun ini dengan tema โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€, Kumpulan UTeM Holdings ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja atas dedikasi, komitmen serta semangat yang tidak pernah luntur dalam melaksanakan amanah masing-masing.

Selamat Hari Pekerja! Terus melangkah maju bersama Kumpulan UTeM Holdings.

24 APRIL 2026๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—–๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—จ๐—•๐—”๐—›๐—ฆ๐—จ๐—”๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—™ ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ช๐—”๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ...
24/04/2026

24 APRIL 2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—–๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—จ๐—•๐—”๐—›๐—ฆ๐—จ๐—”๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—™ ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ช๐—”๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ (๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง)

Serahan projek ini menandakan satu langkah penting dalam pelaksanaan cadangan ubah suai dan menaiktaraf bangunan sedia ada kepada sebuah sekolah rendah swasta berteraskan industri (TVET). Majlis ini melibatkan penyerahan rasmi kepada YBrs. Prof. Madya Ts. Mohd Rahimi bin Yusoff selaku Ketua Pegawai Eksekutif UTeM Holdings Sdn. Bhd. (UHSB), yang disempurnakan oleh Tuan Akmal bin Abdul Manap, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Melaka Berhad (KMB).

Inisiatif ini dilihat selari dengan keperluan semasa yang menuntut generasi muda dilengkapi dengan pengetahuan praktikal, kemahiran teknikal serta pendedahan awal kepada dunia industri.
Adalah diharapkan agar usaha murni ini akan membuahkan hasil yang cemerlang pada masa akan datang.

Kejayaan pelaksanaan projek ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar dan institusi pendidikan, malah turut menyumbang kepada pembangunan modal insan berkualiti serta pertumbuhan ekonomi setempat. Semoga segala perancangan yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.

23 APRIL 2026๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—– ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐——๐—œ ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐—จ๐—ง๐—ฒ๐—  ๐—›๐—ข๐—Ÿ๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—ฆ ๐—ฆ๐——๐—ก. ๐—•๐—›๐——.Satu sesi pembentangan telah ...
23/04/2026

23 APRIL 2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—– ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐——๐—œ ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐—จ๐—ง๐—ฒ๐—  ๐—›๐—ข๐—Ÿ๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—ฆ ๐—ฆ๐——๐—ก. ๐—•๐—›๐——.

Satu sesi pembentangan telah diadakan bagi membincangkan status terkini perkembangan Strategic Business Unit (SBU) di bawah UTeM Holding Sdn. Bhd. Pembentangan ini melibatkan perkongsian berkaitan pencapaian semasa, cabaran yang dihadapi serta perancangan strategik ke hadapan dalam memperkukuh prestasi setiap SBU.

Antara wakil yang terlibat:

1. Ts. Shamsul Fakhar Bin Abd Ghani โ€“ Profinity Consulting Group
2. Prof. Madya Ts. Dr. Wan Hasrulnizzam Bin Wan Mahmood โ€“ Innovatech Ventures
3. Pn. Siti Rohana Binti Omar โ€“ Loopwise Solution

Diharapkan sesi ini dapat mempertingkatkan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan strategi perniagaan selaras dengan aspirasi organisasi.

17 APRIL 2026๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ง๐—ฒ๐—  ๐—›๐—ข๐—Ÿ๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—ฆMajlis Ramah Mesra Kumpulan UTeM Holdings diadakan pada jumaat lal...
20/04/2026

17 APRIL 2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ง๐—ฒ๐—  ๐—›๐—ข๐—Ÿ๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—ฆ

Majlis Ramah Mesra Kumpulan UTeM Holdings diadakan pada jumaat lalu, yang dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM Holdings YBhg. Datuk Hajah Rosnah Binti Hj Abd Rashid Shirlin, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan UTeM Holdings Datuk Mohd Arrif bin Abdul Majid, Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Profesor Madya Ir. Dr. Mohd Rayme bin Anang Masuri, Profesor Dr. Mohd Rizal bin Salleh, Encik Abdul Rashid bin Ab Rahman, Encik Husaini Amir bin Azizan dan Datuk Wira Latipah binti Omar, sambil disantuni oleh Ketua Pegawai Eksekutif, UTeM Holdings Profesor Madya Ts. Mohd Rahimi bin Yusoff.

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Kumpulan UTeM Holdings, pihak pengurusan serta rakan sekerja. Selain menjadi platform untuk berkumpul, majlis ini juga membuka ruang kepada warga kerja untuk bertukar pandangan serta memperkukuh hubungan dalam suasana yang mesra dan harmoni.

09 APRIL 2026๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—ญ๐—œ๐—”๐—›Innalillahi wa inna ilaihi rajiโ€™un"๐™”๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™, ๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ฃ๐™ž๐™ก๐™–๐™ ๐™™๐™ž๐™–, ๐™ง๐™–๐™๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ก๐™–๐™ ๐™™๐™ž๐™–, ๐™ข๐™–๐™–๐™›๐™ ๐™–๐™ฃ๐™ก๐™–๐™ ๐™จ๐™š๐™œ๐™–๐™ก๐™– ...
10/04/2026

09 APRIL 2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—ญ๐—œ๐—”๐—›

Innalillahi wa inna ilaihi rajiโ€™un

"๐™”๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™, ๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ฃ๐™ž๐™ก๐™–๐™ ๐™™๐™ž๐™–, ๐™ง๐™–๐™๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ก๐™–๐™ ๐™™๐™ž๐™–, ๐™ข๐™–๐™–๐™›๐™ ๐™–๐™ฃ๐™ก๐™–๐™ ๐™จ๐™š๐™œ๐™–๐™ก๐™– ๐™ ๐™š๐™จ๐™–๐™ก๐™–๐™๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™ฎ๐™–, ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™—๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™๐™ ๐™–๐™ฃ๐™ก๐™–๐™ ๐™™๐™ž๐™– ๐™™๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™™๐™ค๐™จ๐™– ๐™จ๐™š๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™ข๐™–๐™ฃ๐™– ๐™ ๐™–๐™ž๐™ฃ ๐™ฅ๐™ช๐™ฉ๐™ž๐™ ๐™™๐™ž๐™—๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ ๐™ค๐™ฉ๐™ค๐™ง๐™–๐™ฃ".

Kumpulan UTeM Holdings menerima perkhabaran dukacita mengenai pemergian staf Zulkifli bin Hussin, Pembantu Khidmat Am Pejabat Pendaftar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Pemergian beliau pasti menjadi satu kehilangan besar bagi warga UTeM.

Sebagai tanda kasih dan keprihatinan, Encik Zahifulazwan Bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan mewakili Kumpulan UTeM Holdings menzahirkan sumbangan ikhlas kepada isteri Allahyarham. Sumbangan ini dizahirkan dengan penuh keikhlasan sebagai sokongan moral dan kebersamaan dalam saat kesedihan ini.

Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐’๐“๐€๐… ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Š๐”๐Œ๐๐”๐‹๐€๐ ๐”๐“๐ž๐Œ ๐‡๐Ž๐‹๐ƒ๐ˆ๐๐†๐’Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Dengan segala hormatnya, kam...
06/04/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐’๐“๐€๐… ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Š๐”๐Œ๐๐”๐‹๐€๐ ๐”๐“๐ž๐Œ ๐‡๐Ž๐‹๐ƒ๐ˆ๐๐†๐’

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan segala hormatnya, kami ingin mengucapkan selamat datang kepada staf baharu Kumpulan UTeM Holdings. Kehadiran anda semua amat dihargai dan diharapkan dapat menyumbang tenaga, idea, serta perspektif baharu yang mampu memperkukuhkan organisasi.

Semoga perjalanan kerjaya anda bersama Kumpulan UTeM Holdings dipenuhi dengan pengalaman yang bermakna, pembangunan diri yang berterusan, dan kejayaan yang cemerlang demi memajukan visi dan misi organisasi.

03 April 2026๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘ ๐’๐“๐€๐… ๐๐”๐‹๐€๐ ๐…๐„๐๐‘๐”๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐‚Alhamdulillah...
06/04/2026

03 April 2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘ ๐’๐“๐€๐… ๐๐”๐‹๐€๐ ๐…๐„๐๐‘๐”๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐‚

Alhamdulillah, Kumpulan UTeM Holdings kembali mengadakan Majlis Perkongsian Ilmu Bil. 2/2026. Majlis ini merupakan salah satu usaha yang digerakkan oleh staf Kumpulan UTeM Holdings bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih dinamik, progresif dan berteraskan ilmu.

Majlis ini turut mengambil kesempatan untuk meraikan sambutan hari lahir staf bagi bulan Februari dan Mac sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan organisasi terhadap kebajikan warga kerjanya. Inisiatif ini bukan sahaja menceriakan suasana tempat kerja, malah mampu mengeratkan hubungan antara staf serta memupuk nilai kebersamaan, saling menghargai dan semangat berpasukan yang kukuh dalam kalangan warga Kumpulan UTeM Holdings.

Majlis ini memberi peluang kepada staf untuk berkongsi pengalaman, idea serta pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Bagi sesi kali ini, perkongsian ilmu telah disampaikan oleh:
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Encik Khairul Nizam Bin Mohd Sharif
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Puan Norarifah Izzati Binti Abdol Razak

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua pembentang atas perkongsian yang bermanfaat serta kepada semua warga kerja yang turut serta menjayakan majlis ini.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana d...
20/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang penuh keberkatan ini setelah menempuh bulan Ramadan yang mulia.

Di kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja dan rakan strategik atas komitmen, sokongan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi sepanjang tahun ini. Segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan amatlah dihargai dalam memastikan kecemerlangan dan kelangsungan organisasi.

Saya juga ingin memohon keampunan atas segala kekhilafan dan kesilapan sepanjang menjalankan tugas dan tanggungjawab. Semoga hubungan silaturahim yang terjalin akan terus diperkukuhkan dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› โœจAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukur...
20/03/2026

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› โœจ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih diberi kesempatan untuk menyambut Syawal yang penuh keberkatan ini.

Di hari yang mulia ini, kami warga Kumpulan UTeM Holdings menyusun sepuluh jari memohon keampunan atas segala khilaf dan kesilapan, zahir dan batin. Semoga segala amalan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Semoga Aidilfitri ini membawa rahmat, kebahagiaan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Address

No. 1, Jalan TU 62, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh
75350

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Friday 08:30 - 05:30

Telephone

+6062336263

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTeM Holdings Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UTeM Holdings Sdn Bhd:

Share