19/09/2021
[ 𝗠𝗢𝗧𝗜𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗔𝗚𝗜 ] اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ ْ ِ Bila mana kalian rasa diri kalian susah, maka pandanglah orang di sekeliling yang jauh lebih susah. Nescaya kalian akan rasa bersyukur dengan apa yang kalian ada dan miliki hari ini. Pagi ini bangunlah dari setiap kekecewaan yang telah pergi semalam, usah mengeluh dan berputus asa. Teruskan berusaha, yakinlah akan janji yang Esa. Tuhan tidak pernah berjanji bahawa langit akan selalu berwarna biru, bunga-bunga akan selalu mekar, dan matahari sepanjang hari akan selalu bersinar. Tetapi yang perlu kalian ketahui adalah bahawa Tuhan akan selalu memberikan pelangi setelah ribut berlalu. Ayuhhh.. bersemangat dalam meneruskan kehidupan ini. InsyaAllah. Assalamualaikum dan Selamat Pagi, 💪 😊.