22/06/2022
[FACEBOOK™ADS] 5 BENDA BODOH Yang Saya Buat Waktu Baru Belajar Menjual dengan ECOM 😅
Sekarang pun bengg lagi cuma dah boleh gagah sikit haha.
1. Obses dengan Setting
Nak Exclude Web Visitor lah.
Kena guna Objective Engagement dulu, naikkan Social Proof.
Funnel L1 L2 L3 dan macam-macam lagi Setting yang dasyat-dasyat.
Padahal, run iklan Broad Audience tak letak Interest pun boleh ja dapat Sales yang profitable setiap hari.
2. Tak Sedar Kepentingan Sales Page
Asyik nampak data-data dekat Ads Manager saja.
Bila Sales tak masuk, salahkan Setting tak betul.
Kemudian baru tahu game Ecom part paling penting dekat Sales Page.
Sebab dulu main Traffic ke WhatsApp™, so tak tahu sangat lah pasal Sales Page ni.
3. Termakan gula-gula
Orang run produk apa? Kita run produk apa?
Bila menyondol ja main compare memang end up akan rasa frust dengan diri sendiri.
Paling frust, bila dapat tahu gula-gula hasil jual Ubat Kuat 🤣🤣
Patut lah pelik musim PKP pun Parcel bertimbun haha.
4. Tak follow betul-betul apa yang orang ajar
Masalah ni terjadi bila ramai Sifu buat kelas & module.
Sorang kata macam ni, sorang kata macam tu.
End up saya ambil jalan tengah, yang sebenarnya salah.
Nasihat saya, kalau belajar dengan ramai orang, ikut dulu method dia 100%.
Kemudian baru try method sifu ke-2, ke-3 and so on, juga secara 100%.
Last sekali baru kita compare semua method semua sekali dan decide mana satu kita paling selesa untuk follow.
5. Underestimate & Overestimate Ads Creative
Underestimate sebab tak sangka, Poster yang sama bila ubah Headline sahaja pun dah bagi Result yang berbeza.
Overestimate sebab bila dah buat cantik-cantik, kita rasa Ads Creative tu komfem berkesan.
Dari situ saya nampak, sebaris Ayat pun penting, kena test.
Dan jangan terlalu kejar Design Cantik, itu no.2
Yang penting berjaya tarik Traffic yang berkualiti masuk ke Sales Page untuk buat pembelian.
Macam mana nak hasilkan Ads Creative yang boleh tarik Traffic berkualiti?
Anda boleh tengok 9 Contoh Bahan Iklan untuk 9 Niche Berbeza di sini :
> http://adsolution.my/contoh-bahan-iklan/
> http://adsolution.my/contoh-bahan-iklan/
> http://adsolution.my/contoh-bahan-iklan/
Kami telah himpunkan beberapa contoh Ads Creative supaya mudah untuk anda dapatkan ilham bagaimana untuk hasilkan untuk bisnes anda.
Semoga membantu. 😊😊