IkhtiarHamil

IkhtiarHamil bantu pasangan anda

ultimenspluss.com 😍😍😍😍
05/04/2022

ultimenspluss.com 😍😍😍😍

05/04/2022

Jika anda inginkan bayi lelaki, menurut Shettles, elakkan melakukan hubungan intim:

terlalu awal daripada 24 jam sebelum anda berovulasi.
bukan 12 jam selepas anda berovulasi.
Shettles juga memberikan nasihat seperti berikut:

Posisi terbaik: posisi penembusan dalam digalakkan, agar air mani dan sperma dapat dikeluarkan dekat dengan serviks, sekaligus meningkatkan peluang sperma untuk masuk ke dalam tiub falopio. Maksimakan peluang untuk dapat bayi lelaki 12 sebelum berovulasi.
Jika pihak wanita dapat mencapai orgasme, ia juga membantu. Rembesan alkali di dalam va**na dapat memberikan bantuan kepada sperma untuk menjalankan fungsinya. Orgasme juga membantu sperma untuk masuk ke dalam tiub falopio dengan mudah disebabkan oleh pergerakan permukaan uterin dan kontraksi rahim.
Bagaimana nak tahu jika saya dah berovulasi?

Kebiasaannya pada pertengahan tempoh kitaran haid, para wanita akan merasakan kesakitan pada satu bahagian bawah pelvis.
Perubahan pada mukus servikal. Rupa mukus yang subur bagaikan putih telur – jernih, berair dan likat. Perubahan pada sel ini adalah bertujuan untuk memudahkan pergerakan sperma melalui serviks hingga ke dalam tiub falopio. Sperma sesuai dengan persekitaran ini dan tidak akan mati, kerana disebabkan mukus subur yang lebih bersifat alkali berbanding mukus tidak subur.
Gunakan kit ujian ovulasi. Ia boleh mengesan perubahan hormono yang berlaku ketika ovulasi, terutamanya peningkatan hormon peluteinan. Tetapi ada perbezaan pendapat tentang ketepatan bacaannya.
Para wanita yang telah berovulasi dan berada pada tahap subur akan merasakan perbezaan. Contohnya seperti peningkatan libido, tampil lebih menawan dan lebih tenang.
Peningkatan pada suhu badan basal. Suhu ini adalah yang paling rendah ketika badan anda berehat dan tidur. Suhu badan akan mula meningkat apabila proses ovulasi hampir bermula. Amat berguna jika anda mengambil rekod perubahan suhu badan pada tempoh ini, agar anda dapat pastikan waktu kesuburan yang sesuai untuk mendapatkan bayi lelaki.
Petua untuk dapat bayi lelaki

Sperma yang sarat membawa kromosom Y boleh dapat tenaga tambahan daripada kafein. Minum secawan kopi, minuman tenaga atau makan sedikit coklat sebelum melakukan hubungan intim.
Cadangkan kepada pasangan anda untuk tukar tabiat menggunakan seluar dalam ketat kepada yang lebih longgar. Gunakan seluar pendek boxer yang kurang ketat agar bahagian testikel tidak terlalu sempit dan panas. Jika suhu terlalu panas, boleh menyebabkan bilangan sperma berkurangan, sekaligus mengurangkan peluang untuk mendapat bayi lelaki.
Bagaimana dengan makanan yang saya ambil?

Diet dan pemilihan jantina berhubung kait rapat kerana sperma bayi lelaki lebih gemarkan persekitaran va**na yang beralkali. Walaupun masih dapat pendapat berbeza tentang pengambilan makanan yang kurang berasid, tetap tidak salah untuk mencuba.

Cuba kurangkan pengambilan makanan berikut:

Makanan pedas yang mengandungi cuka, jus dan buah sitrus dan makanan yang berperisa masam.
Produk tenusu seperti susu, keju, dadih dan aiskrim.
Makanan yang mengandungi potasium yang tinggi seperti pisang, brokoli, kentang, bayam dan kubis brussels.
Lebihkan pengambilan makanan berikut:

Roti, avokado, badam, ulaman dan rumput gandum.
Kacang pain dan ceri.

05/04/2022

Cara dapat bayi lelaki

Cara dapat bayi lelaki

Ada pasangan yang berkeinginan tinggi untuk mendapatkan bayi berjantina tertentu. Kaum bapa terutamanya, inginkan bayi lelaki tetapi ada juga kaum ibu mahukan bayi lelaki. Ada juga pasangan yang tidak kisah apa-apa jantina anak yang dikandung, asalkan bayi mereka sihat dan cukup sifat. Tetapi tidak salah jika anda secara spesifik mahukan bayi lelaki, kerana ada cara untuk mendapatkannya. Hanya perlu ingat bahawa tiada gerenti dan kebarangkalian bagi setiap kehamilan adalah sama untuk dapat bayi lelaki atau perempuan.

Jangan terlalu percaya dengan dakwaan yang dibuat oleh syarikat yang mengatakan mereka mempunyai kepakaran meramalkan jantina bayi yang bakal dikandung. Sila berhati-berhati agar anda tidak menghabiskan masa, duit, kepercayaan dan tenaga kerana pasangan ibu bapa tidak mempunyai pengaruh dan kata putus dalam menentukan jantina bayi. Hanya masa persetubuhan tertentu yang boleh meningkatkan kebarangkalian ini, dan ianya terbukti secara saintifik.

Diet, kalendar lunar, posisi seksual dan corak jantina lelaki/perempuan di dalam keluarga tidak mempengaruhi penentuan jantina.

Petua untuk dapat bayi lelaki

Lakukan hubungan intim pada hari ovulasi (sekurang-kurangnya 24 jam sebelum anda berovulasi).
Posisi penembusan dalam adalah digalakkan.
Sangat membantu jika wanita mencapai orgasme.
Sebelum melakukan hubungan intim, minum minuman tenaga, secawan kopi atau sedikit coklat.
Galakkan pasangan anda untuk memakai seluar boxer yang tidak ketat.
Apa yang fakta dan apa yang auta?

Fakta – bukan wanita, tetapi lelaki yang berperanan menentukan jantina bayi. Lelaki mempunyai dua kromosom yang berkaitan dengan jantina iaitu X (perempuan) dan Y (lelaki).
Kita hanya boleh berusaha untuk mendapatkan bayi dan tidak boleh mempengaruhi 100% jantina bayi yang dimahukan.
Kedua-dua testikel menghasilkan sperma yang mempunyai kromosom X dan Y, bukan berasingan. Telur yang disenyawakan juga adalah rambang dan bukan oleh perancangan rapi.
Jika anda nampak keluarga yang mempunyai bilangan anak lelaki dan anak perempuan yang sama banyak, bermakna seorang lelaki itu menghasilkan sperma yang mempunyai kualiti X dan Y yang baik.
Jantina bayi juga tidak boleh ditentukan dengan bantuan herba dan ubatan tradisional. Penggunaan bahan-bahan ini biasanya dikaitkan dengan dakwaan palsu yang tidak berasaskan carian saintifik.

Address

Baling
09200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IkhtiarHamil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share