NADI Pekan Kampung Lalang

Call Directions Website Contact the business

NADI Pekan Kampung Lalang Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

Keusahawanan
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kesejahteraan Kendiri
Kesedaran
Inisiatif Kerajaan
SPX Collection Point

12/11/2026
11/11/2026
11/11/2026

Malaysia sedang membangunkan pelan nasional bagi peralihan infrastruktur maklumat kritikal negara kepada kriptografi pascakuantum sebagai persediaan menghadapi ancaman baharu susulan perkembangan pengkomputeran kuantum. πŸ”πŸ’»

Pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat dan terselaras melalui kerjasama MCMC, MKN, NACSA serta syarikat telekomunikasi, termasuk penyelidikan dan pembangunan bagi menguji penyelesaian serta memastikan perkhidmatan penting tidak terjejas. πŸ›‘οΈβš™οΈ





11/11/2026

Malaysia menggesa peluasan ketersambungan digital melangkaui kawasan berpenduduk dengan memberi tumpuan kepada lokasi ekonomi utama seperti pelabuhan, rangkaian kereta api dan lebuh raya melalui penerokaan konsep Coverage of Economic Areas (CoEA). πŸŒπŸ“Ά

Setakat September 2026, liputan Internet di kawasan berpenduduk mencapai 99.75% manakala langganan 5G mencecah 31.3 juta. Usaha turut diperkukuh melalui 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kempen keselamatan Internet serta pengukuhan keselamatan dalam talian. πŸ’»πŸ›‘οΈ





Tiny Techies : Python in Animation (Koleksi Naratif - The Lost Crystal: Forest Adventure) Siri 8πŸ“… : 7 November 2026 | Sa...
09/11/2026

Tiny Techies : Python in Animation (Koleksi Naratif - The Lost Crystal: Forest Adventure) Siri 8

πŸ“… : 7 November 2026 | Sabtu
πŸ•’ : 3:30 petang - 4.30 petang
πŸ“ : NADI Pekan Kampung Lalang
🎯 : Pelajar Sekolah

Objektif : Mendedahkan peserta muda kepada asas pengaturcaraan Python dalam penghasilan animasi, di samping membina kemahiran bercerita melalui kod pengaturcaraan kreatif.

Pengisian :-
1. Pelajari background scrolling.
2. Pelajari pengembaraan karakter.
3. Pelajari koleksi naratif dan peralihan adegan dalam animasi.

Kempen Internet Selamat (KIS)  - Webinar Siri 21 : Anak Scroll, Mak Ayah Control! Kawal Gajet, Lindungi AnakπŸ“… : 7 Novemb...
09/11/2026

Kempen Internet Selamat (KIS) - Webinar Siri 21 : Anak Scroll, Mak Ayah Control! Kawal Gajet, Lindungi Anak

πŸ“… : 7 November 2026 (Sabtu)
πŸ•’ : 3.00 petang – 4.00 petang
πŸ“ : NADI Pekan Kampung Lalang
🎯 : Terbuka kepada kanak-kanak & dewasa

Objektif : Meningkatkan kesedaran ibu bapa dan anak-anak tentang kepentingan mengawal penggunaan gajet secara berhemah, serta membimbing keluarga dalam melindungi keselamatan digital dan menguruskan masa skrin dengan berkesan.

Pengisian :-
1. Pengenalan kepada kawalan kendiri penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak.
2. Strategi praktikal buat ibu bapa dalam memantau dan membimbing aktiviti digital anak di alam maya.
3. Tips keselamatan internet dan pencegahan ketagihan skrin.

Break Time Session Webinar - Psikologi Bertangguh : Kenapa Buka Buku Je Terus Mengantuk?πŸ“… : 7 November 2026πŸ•’ : 2.30 peta...
09/11/2026

Break Time Session Webinar - Psikologi Bertangguh : Kenapa Buka Buku Je Terus Mengantuk?

πŸ“… : 7 November 2026
πŸ•’ : 2.30 petang – 3.30 petang
πŸ“ : Atas Talian (Online)
🎯 : Sesuai untuk semua peringkat umur

Objektif : Mendedahkan peserta kepada aspek psikologi bertangguh dan memahami punca serta faktor minda cepat mengantuk atau hilang fokus ketika mula membaca buku atau belajar.

Pengisian :-
1. Perbincangan mengenai psikologi bertangguh dan fenomena cepat mengantuk semasa belajar.
2. Strategi mengekalkan fokus, motivasi, dan kejayaan dalam pembelajaran.
3. Panduan praktikal mengelakkan minda daripada "tertidur" semasa sesi mengulang kaji.

Tiny Techies – Robotic Innovation: Robot Keselamatan Pintar (Siri 8 )πŸ“… : 7 November 2026 (Sabtu)πŸ•’ : 11.30 pagi – 12.30 t...
09/11/2026

Tiny Techies – Robotic Innovation: Robot Keselamatan Pintar (Siri 8 )

πŸ“… : 7 November 2026 (Sabtu)
πŸ•’ : 11.30 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ : NADI Pekan Kampung Lalang
🎯 : Kanak-kanak / Komuniti Setempat

Objektif : Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas teknologi robotik dan sistem automasi melalui pembangunan Robot Keselamatan Pintar. Selain itu, meningkatkan kemahiran kreativiti, pemikiran logik dan penyelesaian masalah melalui aktiviti pemasangan serta penyambungan litar elektronik yang lebih kompleks.

Pengisian :-
1. Memahami konsep dan fungsi sistem keselamatan automatik.
2. Mempelajari cara mengautomasikan sistem parkir dan penggera.
3. Mengenali komponen elektronik serta fungsi setiap sambungan litar.
4. Aktiviti menyambungkan dan membina litar elektronik yang lebih kompleks.
5. Menguji fungsi robot keselamatan pintar dan memahami aplikasinya dalam kehidupan seharian.

Esukan – Membina Portfolio dalam EsukanπŸ“… : 7 November 2026 (Sabtu)πŸ•’ : 10.00 pagi – 10.15 pagiπŸ“ : NADI Pekan Kampung Lala...
09/11/2026

Esukan – Membina Portfolio dalam Esukan

πŸ“… : 7 November 2026 (Sabtu)
πŸ•’ : 10.00 pagi – 10.15 pagi
πŸ“ : NADI Pekan Kampung Lalang
🎯 : Komuniti Setempat

Objektif : Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membina portfolio dalam bidang sukan elektronik (Esukan) sebagai langkah memperkenalkan kemahiran, pengalaman dan pencapaian diri. Selain itu, meningkatkan pengetahuan peserta tentang peluang kerjaya dan perkembangan potensi diri dalam industri esukan.

Pengisian :-
1. Pengenalan kepada industri sukan elektronik (Esukan).
2. Memahami kepentingan portfolio dalam membina profil dan identiti pemain esukan.
3. Mengenal pasti maklumat penting yang perlu dimasukkan dalam portfolio seperti kemahiran, pengalaman, pencapaian dan penyertaan pertandingan.
4. Panduan membina portfolio esukan yang menarik dan profesional.
5. Pendedahan kepada peluang dan potensi kerjaya dalam industri esukan.

Siri Cyber Hygiene November : Akaun Bank Selamat, Duit TerpeliharaπŸ“… : 5 November 2026 (Khamis)πŸ•’ : 3.00 petang – 4.00 pet...
09/11/2026

Siri Cyber Hygiene November : Akaun Bank Selamat, Duit Terpelihara

πŸ“… : 5 November 2026 (Khamis)
πŸ•’ : 3.00 petang – 4.00 petang
πŸ“ : LMS Cybersecurity
🎯 : Pelajar, belia dan orang awam

Objektif : Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai kepentingan keselamatan akaun bank serta ancaman penipuan kewangan dalam talian. Selain itu, memberi pendedahan tentang taktik penipuan yang sering digunakan oleh penjenayah siber, mengenali transaksi mencurigakan dan mengamalkan langkah keselamatan bagi melindungi akaun bank serta kewangan daripada ancaman siber.

Pengisian :-
1. Pengenalan kepada konsep keselamatan akaun bank dan kepentingan melindungi maklumat perbankan.
2. Mengenali taktik penipuan dalam talian yang menyasarkan akaun bank pengguna.
3. Mempelajari tanda-tanda amaran transaksi perbankan yang mencurigakan.
4. Pendedahan kepada langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan penipuan dan kecurian wang.
5. Amalan terbaik untuk melindungi akaun bank, maklumat peribadi dan kewangan daripada ancaman siber.

Address

13, Pekan Baru Kg Lalang, Mukim Siong
Baling
09100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60136756518

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Pekan Kampung Lalang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Pekan Kampung Lalang:

Shortcuts

Share

Nearby businesses


Other Internet Service Providers in Baling

Show All